SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, March 31, 2011

berakhirlah MAC 2011




hari ini 31 Mac, hari terakhir dalam bulan MAC 2011







esok, 1 April 2011, dah masuk bulan keempat tahun ini, 2011






bulan MAC sudah pun berlalu, 3 bulan sudah berakhir dalam 2011, masih ada 9 bulan untuk dilalui






untuk April dan Mei, jadual sekolah, takwim sekolah tersangatlah padat. setiap sabtu kena datang sekolah. macam sabtu dan ahad ni ada program sekolah kena datang dan sampai ke malam programnya. kiranya bulan April ni, tiada cuti langsung untuk hari sabtu. semua kena datang sekolah





yelah, sementara nak tunggukan cuti hujung Mei nanti, kenalah bertungkus lumus menyiapkan semua kerja sekolah dan menjalankan semua program sekolah yang telah dirancang






jadi, perjalanan masih jauh dan perlu diteruskan. jangan toleh ke belakang, fikirkan yang ke hadapan ni. 






semoga Allah memberikan kesihatan kepada kita semua dan dapat melakukan kerja dengan baik. AMIN








~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 31 mac 2011 8.18 a.m.

terima kasih anak-anakku!





semalam, sampai sekolah tengok bawah meja ada plastik. ingatkan plastik sape, sekali buka hadiah birthday. budak-budak kelas 3 Bijaksana bagi birthday present. tapi kan sebab 2 hari cik zira tak datang sekolah, jadi dorang letaklah dekat tempat cik zira






masuk dalam kelas, ada lagi yang bagi hadiah






terima kasih sangat ye anak-anakku. happy cik zira bila ada yang ingat dan nak bagi hadiah






cik zira dapatlah teddy kecik, lilin cantik, frame gambar, mug besar, pen MERAH, pen biru, higlighter. tang pen MERAH tu cik zira suka. dapat 2 batang. terus guna satu untuk tanda buku malam semalam. yang lain pun cik zira akan simpan elok-elok.






walaupun tahun ni birthday tak disambut macam tahun lepas, tapi cik zira tetap happy sebab ada yang bagi hadiah, wish dan ingat cik zira. terima kasih banyak-banyak ye semuanya,, =)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 31 mac 2011 8.08 a.m.

semalam, 30 mac 2011




dah dua hari tak pergi sekolah sebab hantar budak hoki, semalam mengajar balik seperti biasa. budak-budak nampak muka cik zira terus tanya, teacher pergi mana? teacher demam ke? teacher sakit ke?



teacher hazirah yang boolat





malas cik zira nak layan. banyak pulak soalnya. bagi keje entah buat ke entah tidak






semalam sampai sekolah je setelkan keje mana yang patut. aduhai, keje dua hari tinggalkan punyalah banyak. nasib baik 2 hari jek, kalau dua minggu, habislah nahas diri sendiri,, huhu






kelas pertama semalam kelas sendiri, 2F. mengamuk cik zira ada keje tak siap, ada tak buat. geram betul. dorang ingat cik zira tak check agaknya, sebab tu buat sambil lewa. habis semua kena marah semalam. cik zira tahu tak baik buat macam tuh, tapi cik zira nak dorang sedar, kalau dorang buat baik, cik zira akan layan baik. yang baik memang takkan kena marah, tapi yang buat hal tuh memang nak kena, tak boleh biarkan.






lepas tuh, dah kena marah tuh ada plak sorang budak perempuan gembeng nangis teresak-esak masa cik zira tengah mengajar. entah apa-apa, pastu cik zira cakap dengan semua, "patutnya, teacher ni yang kena nangis awak semua tanak dengar cakap teacher. awak semua tak siapkan kerja. teacher ni tau patutnya nangis, bukan awak!"






geram betul. tak boleh kena marah sikit, nangislah apelah. dah tahu taknak kena marah, jangan buat silap.






pendek kata, 4-4 kelas cik zira masuk semalam semua kena marah. naik lemak tau semua, mentang-mentanglah cik zira 2 hari tak datang sekolah. main-main semua!






hari ini nak tengok sape lagi nak kena marah. dahlah hari ni kelas dari kul 1 sampai kul 4.30 tak berhenti. kalau ada yang cari pasal, siaplah dorang nanti






semalam, bayangkan cik zira menanda buku punyalah banyak. dalam kelas dah siapkan tanda. dekat meja dah siapkan tanda. bawa balik rumah sambung nak tanda buku lagi. punyalah banyak. kalau setiap kelas katakanlah 40 orang kali 2 buku setiap seorang kali dengan 4 kelas. ha, banyak tak banyaklah kan keje cik zira menanda buku semalam. dah selesai malam tadi, siapkan tanda semuanya.






uisyh, taip entry ni teringat budak-budak semalam, geram dibuatnya. maknanya kena berhenti dulu. kang tak pasal-pasal sakit hati plak,, hehe






ok semua, terima kasih sebab masih sudi jenguk blog MERAH cik zira dan baca kisah seharian cik zira terutama berkongsi pasal cik zira di sekolah. terima kasih banyak-banyak,, ^________^







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 31 mac 2011 8.01 a.m.

Wednesday, March 30, 2011

Review : nak buat gambar canvas?





hai semua, malam ini kembali semula kepada entry review.






malam ini cik zira nak perkenalkan pula satu blogshop yang pastinya best untuk korang yang suka dengan gambar-gambar.






kalau korang nak abadikan gambar kenangan di atas kanvas, inilah blogshop yang perlu korang jengah.















boleh buat gamba kahwin ke, untuk hadiah kepada yang tersayang dan sebagainya. harga pun berpatutan dan pastinya yang terbaik akan anda dapat.






apa lagi, silalah ke The Perfect Canvas untuk maklumat lanjut.






entry review ini dibawakan oleh cik zira hanya di ~R.E.D. is equal to Z.I.R.A.~






p/s pictures credit to The Perfect Canvas







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 29 mac 2011 7.23 p.m.

makan dan minum petang semalam





balik hoki petang semalam, punyalah haus, pergi isi minyak, pam tayar, beli air yogurt bliss






puas sangat tengah haus-haus dapat minum air yogurt sejuk-sejuk plak tuh,,






aaahhhhh,,, lega rasanya,,, =)






balik plak makan mee bandung bik ani masak. makan plak panas-panas. peh lagi bernikmat!




sedap nyum nyum




kata je nak start kurangkan makan. tapi, hampeh!








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 29 mac 2011 7.08 p.m.

hoki SK Taman Cendana




alhamdulillah, semalam berakhirnya hoki perempuan di stadium bandaraya, stadium hoki


tengoklah kayu hokinya,, I LIKE!




pagi ini sambungan hoki lelaki dan cik zira dah tak hantar dah sebab budak perempuan dah habis. hari ini pergi sekolah mengajar seperti biasa. kena ajar budak dah 2 hari ketinggalan.






semalam, group A kalah di saringan suku akhir. kalah kepada 2 pasukan. mungkin disebabkan satu pemain kena demam campak, jadi semangat dah kureng. dan mungkin juga tidak bermain dengan bersungguh dan mungkin pasukan lawan memang hebat. pasrah.


 GPK Koko, Cikgu Roslan yang tekun menonton perlawanan

budak-budak group A yang dah kalah berehat dan menonton




group B berjaya ke peringkat separuh akhir, tetapi kalah tipis kepada SK Taman Daya 3, dengan 0-1. berjaya merangkul tempat ketiga. masa kalah separuh akhir tuh hamboi, semua nangis macam hape. padahal dah pesan banyak kali main betul-betul. bila dah kalah, tak dapat nombor 1 atau 2, mula nangis bagai. budak-budak.


 ada yang tercedera

yang menangis,,




nak naikkan semangat balik main untuk rebut tempat ketiga tuh punyalah susah. nasib baik main bagus masa penentuan ke tempat ketiga dan keempat menentang SK Kota Masai 2. main 20 minit, seri, main masa tambahan berjaya sumbat 1 gol dan kemenangan berpihak kepada SK Taman Cendana untuk tempat ketiga.



pemain sedang menunggu untuk upacara penyampaian hadiah




tempat pertama SK Sungai Tiram yang memang sangat power. main tak pernah kalah. tempat kedua SK Taman Daya 3.


 SK Sungai Tiram - JOHAN

 SK Kota Masai 2 - tempat keempat


 SK Taman Cendana - tempat ketiga

SK Taman Daya 3 - tempat ketiga




tahniah kepada semua pemenang!



sesi bersalaman




takut-takut cik zira tengok budak-budak ni berlawan. jantung dap dup dap dup. tak senang duduk jadinya.




Hoki Perempuan SK Taman Cendana




takpe ye SKTC, Insya Allah, tahun depan boleh cuba lagi dapatkan lagi yang lebih baik.






harapan kepada hoki lelaki. nanti tengok apa keputusannya.






habis cerita hoki.






kena ajar budak-budak english balik. kesian ni dah 2 hari dorang tak jumpa cik zira. hari ni nak ajar bagi seronok nak naikkan balik mood belajar english dorang. Let's learn English with teacher hazirah!






rindu sekolah pula 2 hari datang pagi amek budak hantar gi stadium. takpe, hari ni dapat mengajar semula. Yay!







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 29 mac 2011 7.04 p.m.

Tuesday, March 29, 2011

Review : blogshop jual barang kecantikan dan minyak wangi





salam sayang semuanya,






untuk entry malam ini, cik zira nak perkenalkan satu lagi blogshop best buat yang tak tahu. blogshop ini ownernya ialah Siti yang cantik dan baik. senang berurusan dengan Siti. tanyalah apa-apa kalau nak tahu lebih lanjut pasal barangan yang dijual k.






blog ni khas jual barangan kecantikan, kosmetik, minyak wangi dan ada juga handbag dan jam tangan. semuanya original.






dan entry petang tadi tuh, cik zira beli handbag DKNY, pre order tuh dengan Siti lah.






kalau korang nak tahu lebih lanjut, KLIK SINI tau. pergi cuci mata, semua barang best-best. tak tipu.


SK11 pun ada tau!

minyak wangi

kosmetik


jam tangan

handbag idaman hati,, ;)




harga yang jauh lebih murah berbanding kalau beli dekat dalam shopping mall.






sila serbu sekarang ye,, =)






p/s pictures credit to thebeautyholics.blogspot.com






~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 28 mac 2011 7.11 p.m.

hadiah birthday beli sendiri 2011





kalau tahun lepas, cik zira belikan diri sendiri dslr nikon untuk beginner tu untuk hadiah birthday. kamera tuh pun dah cukup setahun dengan cik zira.






tahun ni cik zira beli hadiah apa pulak ye untuk birthday cik zira?






nak tahu tak?






hadiah yang cik zira nak sangat! awal-awal nampak dekat blogshop macam tengok-tengok dulu. taknak beli lagi tapi memang berkenan sebab ada warna MERAH.






lepas tuh, masa pergi penang hari tuh, nak cari barang, ternampak lah dia. harganya, fulamak, 2 kali ganda daripada dalam blogshop yang amek direct dari sana. dan memang sangat cantik in real dan memang berkenan sangat-sangatlah!






tengok dekat blogshop awal tuh dah sold out. sekali cari-cari, jumpalah lagi. dan dah order dah. tengah tunggu sampai jek. tak sabar.






apa bendanya ye?






hehe






hadiah cik zira beli untuk diri sendiri tahun ini bersempena birthday 25 tahun ni ialah handbag DKNY.






beli dekat blogshop harga RM 500 sahaja. kalau beli dekat parkson ke, dalam outlet harga RM 1000 ++. beg ni memang cantik sangat. cik zira konpemlah amek warna MERAH. dia ada warna brown, hitam pun ada. tapi warna MERAH jugak yang cantik,, =)






dalam 2 minggu lagi ke insya Allah sampai hadiah cik zira tu. kena pre order, tu yang kena sabar sikit tunggu hadiah sampai.






tak sabar sebenarnya, tapi kena buat tak ingat. kang asyik tunggu je tu yang rasa lama sangat,, ^______*







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 28 mac 2011 7.00 p.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails