SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, June 30, 2011

buka puasa 30 jun 2011




hari ni kan kena sekolah pagi, awal pagi dah keluar sekolah, pukul 1 lebih sampai rumah. buat kerja apa-apa yang patut. nak dekat azan maghrib, tunggu waktu nak berbuka,,,


muka pagi tadi,, =)




hari ni cik zira berbuka makan nasi + ikan sweet sour + sayur kacang panjang goreng kicap + ikan masin






lepas makan nasi biasalah, kena makan lain plak, makanya, cik zira makan plak pau inti kari kentang. punyalah besar, penat nak ngabiskan,, huhu







malam-malam , macam biasa akan menguyah kerepek. pagi tadi pun kat sekolah ada anak cik zira bagi kerepek, mak dia bawakan, jadi bolehlah menguyah kerepek yang ada.






esok pagi cik zira bercerita sket pasal Hari Terbuka sekolah cik zira pagi tadi ye,,, =)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 30 jun 2011 8.41 p.m.

bila puasa ni, mulalah nak makan macam-macam kan,,





dah masuk 3 minggu cik zira berpuasa, dan bila puasa ni faham-fahamlah kan, memang tekak teringin nak macam-macam, nasib baik dapat bersabar dan takdelah kempunan mana pun, cuma teringin. tapi, bila dah masuk kategori mengidam dan kempunan nanti, harus pergi dapatkan segera!






baiklah, di sini cik zira senaraikan makanan yang cik zira kempunan ye.






1) ole' by KFC






2) GCB by Mc Donalds





3) WOW super savers by Pizza Hut  
(tak kisahlah mana-mana pun. more to pasta and drinks)







entah kenapa memang teringin plak tekak ni nak makan semua fast food tu. ole' tu kan baru, tak pernah rasa, GCB tu pernah rasa tahun lepas, memang boleh tahan. yang pizza hut tu memang dah biasa tapi bila disebabkan murah, tu yang nak makan sebab boleh jimat,, ngee






takpelah, tekak saja je ni gatal-gatal teringin belum kempunan lagi kan wahai tekak?
(harap-harap janganlah sampai tahap kempunan, tak kose nak melayan)






okeh, lepas siap entry ni kena terus lupakan apa yang dah taip untuk entry ni?






boleh ke cik zira?,,, ^____*






p/s  pictures credit to foodpromotion and everydayonsales







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 28 jun 2011 9.25 p.m.

buka puasa 29 jun 2011





salam sayang buat pembaca yang membaca entry malam ni, macam biasa ye, entry malam entry makan-makan,, hehe






tadi, cik zira berbuka puasa dengan :



  • nasi lemak
  • sambal tumis ikan bilis
  • telur dadar
  • ayam goreng
  • jemput-jemput
  • tomyam campur






memalam sambil buat kerja tengok bola sekali, makan kerepek ikan yang sedap beli kat akak kat sekolah. mulut nak menguyah-nguyah kan malam-malam, sambil buat kerja plak tu, mestilah kena ada sesuatu yang ringan-ringan,, ;)






malam ni kena tido awal lah kalau boleh sebab esok kena bangun awal dari biasa sebab ada Hari Terbuka, mula pukul 7.30 pagi. harap-harap mak ayah yang jumpa cik zira semua baik-baiklah, janganlah ada gaduh-gaduh ke apa. minta jauhlah. AMIN,,






esok pukul 6 lebih ke dah kena gerak dari rumah. tak nak keluar lambat, takut highway pasir gudang jam nanti.






okeh, ini je entry ringkas untuk malam ni. jumpa lagi entry pagi esok ye,, =)







p/s nak letak gamba tapi tak bole upload, tension betul lah,, nanti dah boleh, cik zira tempek ye,,






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 29 jun 2011 9.25 p.m.

hari ini, hari terbuka sekolah,, =)





"bangun pagi, gosok gigi, basuh muka mandi-mandi..."






hehe, pernah dengar tak lagu kanak-kanak tu?,,, =)






cik zira pagi ni bangun awal, bangun siap-siap sebab hari ni Hari Terbuka sekolah, jumpa ibu bapa amek report card anak-anak.






nasiblah baik cik zira dah kenal 43 anak-anak cik zira tuh. dah masuk 7 bulan ni dah kenal perangai sorang-sorang. nama memang bulan 3 alhamdulillah dah berjaya ingat semua. senang nak amek kedatangan dekat perhimpunan.






hari ni akan kenal lagi dengan mak ayah anak-anak kelas 2F cik zira tu. awal tahun dulu jumpa dorang bayar yuran, ni kali kedua lah jumpa. mesti banyak yang dorang nak tanya pasal anak dorang. kena siap sedialah ni.






sampai rumah kang mesti lewat jugak sebab kena selesaikan semuanya baru boleh balik.






esok sekolah macam biasa.






oklah ye korang yang disayangi, mungkin sekarang ni cik zira sibuk melayan ibu ayah yang berjumpa cik zira ni, guru kelas 2F. nanti cik zira update pasal Hari Terbuka ni ye kalau ada cerita best.






jumpa entry petang karang pulak ye,, =)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 29 jun 2011 9.33 p.m.

Wednesday, June 29, 2011

telefon bimbit/tangan/genggam kesayangan hati..





handphone dalam istilah inggerisnya, manakala dalam istilah bahasanya ialah telefon tangan atau telefon bimbit atau pun telefon genggam dan makna-makna yang sewaktu dengannya.






kenapa cik zira bercerita pasal handphone plak ni ye?






takde, cik zira sebenarnya mula ada handphone sendiri yang betul-betul beli sendiri tak kongsi-kongsi dengan chenta hati 1 waktu cik zira awal-awal masuk maktab. guna duit sendiri tau beli enpon nokia daun 7610 tak silap. masa tuh dia baru keluar, harga beli tu ingat lagi, RM 1 300. bangga tau dapat beli enpon sendiri dengan duit sendiri. sekarang kalau harga macam tuh dah dapat enpon canggih-manggih dah.






sejak beli tuh sampailah sekarang, tak pernah lagi tukar enpon kesayangan cik zira tu tau, tetap pakai dan akan pakai sampailah dah tak boleh pakai nanti.






dulu kawan-kawan maktab selalu suruh cik zira tukar phone sebab dorang tahu cik zira dah lama pakai phone daun tu dan dorang pun tahu betapa lajunya cik zira menaip guna daun tu,, hehe






tapi, cik zira sangat sayang dekat enpon daun cik zira ni, selagi dia masih boleh berjasa, selagi itulah cik zira akan tetap jaga dan sayang dia.







tahu tak bila cik zira beli enpon daun kesayangan cik zira ni?


hari-hari dia temankan cik zira tau,, =)




tarikhnya cik zira simpan ketat dalam enpon ni tau. cik zira beli dekat kedai phone dekat manjung pada tarikh 22 Ogos 2005. nanti birthday dia bulan lapan, genaplah 6 tahun enpon ni di bawah jagaan cik zira.






walaupun sekarang ni ada 2 phone, yang lagi satu khas untuk ehem-ehem, tetap cik zira sayangkan enpon daun ni dan akan jaga dia sama cik zira jaga barang-barang cik zira yang lain. opps, walaupun dah berapa kali jugak enpon ni kena hentak dan sebagainya, tapi dia masih sihat dan kuat untuk terus berjasa kepada cik zira.






sebab tu lah cik zira sayang sangat enpon daun cik zira ni.
tak kisahlah dia bukan smart phone, dia bukan blackberry, dia tak boleh video call ke, tetap jugak sayang dia!







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 27 jun 2011 9.25 p.m.

semalam, selasa 28 jun 2011




nak buat point-point jelah untuk entry pagi,,, ;)






  • lepas subuh buat kerja sebab tak nak bagi mengantuk, tak nak tido.
  • buat kerja sambil tengok tv
  • nak dekat pukul 10 tuh siap-siapkan barang nak bawa gi sekolah kemudian bersiap-siap nak ke sekolah. keluar rumah seperti biasa.
  • semalam pergi kerja pakai baju kurung tanah oren berbunga ungu + tudung syria warna senada.
  • sampai sekolah letak barang, buat lesson plan untuk hari ni,, hehe
  • mengajar 4 kelas kesayangan hati cik zira tuh macam biasa, mengikut seperti yang dirancang.
  • balik alhamdulillah jalan lancar dan sampai rumah agak awal, pukul 7. duk termenung depan makanan tunggu azan maghrib untuk berbuka.
  • malam tadi, lepas maghrib tu dengar ceramah israk mikraj dari dalam bilik je, surau ada buat ceramah dan dengar sampai ke rumah. ustaz tu pulak cakap jelas, tu yang boleh dengar ilmu dari jauh.
  • sambil update blog malam tadi, sambil makan kerepek pedas yang masih ada dalam bekas kat dapur tu.





dah nak masuk syaaban dah kan, kejap je rasanya. ada lagi tak ganti puasa? cepat-cepat, dah nak puasa dah nanti, kang takut tak sempat tau. cik zira dah buat awal-awal masa raya tu terus ganti puasa. habis awal-awal senang, boleh puasa sunat je,, alhamdulillah,,, =)
macam hari ni, masih berpuasa dan seronok sebab dah terbiasa dah. takdelah penat mana, nanti bulan puasa pun dah biasalah, Insya Allah.






hari ni ada mesyuarat pukul 12.30 nanti kat sekolah. rasanya mesyuarat ni ambil masa lama sebab banyak perkara nak disampaikan terutama dari GB.






ini sahaja untuk pagi ni. semoga hari ni hari yang baik berbanding semalam dan sama-sama kita memperbaiki mana yang kurang dalam diri kita k. AMIN.








~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 28 jun 2011 9.05 p.m.

Tuesday, June 28, 2011

buka puasa 28 jun 2011





malam ni entry nak update ringkas jelah, nak tunjuk makanan cik zira berbuka hari ni tadi ye,






hari ni berbuka makan bubur + kicap + terung goreng sambal + lobak jeruk ikan bilis + ayam goreng






walaupun selalunya makan bubur time sakit-sakit, tapi sesekali makan masa sihat pun sedap jugak kan? ^____*








~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 28 jun 2011 8.38 p.m.

props - payung





kadang-kadang kan bila bergambar ni mesti nak jadikan apa-apa sebagai props 
bagi mengindahkan lagi gambar dan menaikkan seri kononnya






terutama bila nak amek gamba untuk acara tertentu ke seperti pra perkahwinan dan sebagainya






bukan maksudnya di sini cik zira dah nak berbicara pasal kahwin, eh, bukan-bukan, jauh terpesong dengan niat sebenar entry ini,, hehe






maksud sebenar cik zira ialah props memainkan peranan dalam penghasilan sesuatu gamba kan? tak kisahlah ianya kecil mahupun besar, tetap memberikan impak kepada gambar yang diambil.






dan, props yang cik zira ingin perkatakan dalam entry ini ialah PAYUNG. ye, payung. bukan payung mahkota tau, payung biasa tu. payung sekarang macam-macam rupa dan bentuk dan ianya memang sesuai digunakan sebagai props ketika anda mengambil gambar. dengan menggunakan payung, berbagai aksi dan gaya boleh dihasilkan.






daripada anda berdiri seorang diri, bila adanya props payung di tangan walaupun gambar itu nanti bukan berbicara tentang panas mahupun hujan, namun tetap ada perbezaannya daripada bergambar seorang diri.






faham tak apa cik zira cuba sampaikan ni ea? harap-harap fahamlah ye,,, ^___*






cik zira bagi contohlah senang ea.






ini 2 gamba cik zira bergambar dengan payung.



 payung ini payung warna-warni namanya sewarna-warni baju jugek

payung ni ala-ala english style




cuba bayangkan kalau takde payung dalam 2 gambar di atas? mesti akan nampak lain kan?






jadi, walaupun hanya dengan menggunakan payung, gambar yang terhasil tetap ada kelainannya walaupun hanya secara minor sahaja.







dan macam gamba di bawah ini pula, props payung ni digunakan sebaiknya,,, ^__^


walaupun payungnya nampak separuh sahaja,, huhu





~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 26 jun 2011 9.49 p.m.

semalam, isnin 27 jun 2011




akibat bangun subuh hari masih gelap, memanglah akan tido balik lepas subuh tu. siap kunci jam kengkonon nak tido kejap dalam 40 minit cenggitu, sekali, hamek, dah celik mata, saje golek-golek lagi, celik mata lagi, golek lagi, penyudahnya, bik ani yang kejutkan sebab nak minta tolong pergi bank tukarkan duit.






itu cerita pagi semalamlah tu! lepas bangun tu, sempatlah tulis diari kejap lepas tuh pergi bank, terlanjur tu keluarkan duit sekali nak isi minyak kereta untuk minggu ni.






pergi sekolah seperti biasa. bertudung dan berbaju kurung hijau biru. berpuasa seperti biasa semalam.






cik zira ada masalah dengan SMM, nampaknya hari ni kena bawa laptop uzur ni ke sekolah sebab tak boleh nak transfer data terus dari pendrive. mungkin sebab cik zira salah simpan SMM ni kat tempat lain, tu bila transfer dekat laptop orang lain, memang tak boleh buka.
semalam, budak kelas cik zira 4 orang tak datang. sejak buka sekolah hari tu, sehari purata dalam 1-2 je orang tak datang, semalam 4 orang sekali tak datang. mengajar seperti biasa untuk kelas 3B, 2E dan 2F. 






3B cik zira ajar cerita semalam, The Clever Mousedeer. budak kelas cik zira ni memang suka bab bercerita ni sebab dorang boleh berlakon. dengan cik zira sekali berlakon,, hehe






untuk kelas 2F dan 2E belajar buat ayat dan buat peta minda ringkas. lesson plan semuanya berjalan seperti yang dirancang semalam. harapnya hari ni pun samalah.






hari khamis ni kena datang pagi untuk Hari Terbuka yang merupakan hari akhir jugak dalam bulan Jun 2011 ni, hari jumaat dah masuk bulan julai. maknanya lagi 6 bulan nak lalui tahun 2011 yang penuh makna. semoga Allah panjangkan umur dan memberikan kesihatan yang baik kepada cik zira dan semua. AMIN.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 27 jun 2011 9.10 p.m.

Monday, June 27, 2011

buka puasa 27 jun 2011




jalan pulang ke rumah daripada sekolah tidaklah sibuk sangat dan sempat sampai beberapa minit sebelum azan maghrib. alhamdulillah..






hari ni tadi, berbuka lauknya simple sahaja tetapi tetap sedap.







nasi + sup ayam + sambal sardin + sayur kubis. minum air sunquick tropika. lepas tuh makan roti coklat gardenia tu pulak.






malam-malam lepak buat kerja sambil makan kerepek pedas. cik zira bab kerepek-kerepek dengan kacang-kacang ni memang suka. kalau hari raya memang akan cari macam tuh sebab tak suka sangat kuih raya.






sekarang musim dah panas balik kan? takde angin langsung, bahang je rasa. kena banyakkan minum air kan? tapi cik zira ni puasa hari-hari, sabtu ahad je tak puasa, lagilah kurang minum air, kerja minum air manis je, air masak satu cawan pun susah nak dapat, huhu






bak kata atok tadi, sekarang musim panas, nanti nak dekat puasa musim hujan, masa puasa panas balik, raya hujan. ha, atok dah jadi peramal kaji cuaca tu. tengok betul ke tidak ye nanti,, ;)






sampai sini jelah update ringkas untuk malam ni. sampai ketemu di entry pagi besok ye, Insya Allah.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 27 jun 2011 8.54 p.m.

boleh begini dan juga boleh begitu





nak suruh cik zira jadi english lady to be gitu?






boleh saja, sila tengok gamba di bawah







nak suruh cik zira jadi ala-ala makcik berkain batik?






juga boleh, tengok pula gamba di bawah ini...






tapi, hari-hari cik zira sebenarnya adalah biasa-biasa sahaja, ringkas dan simple untuk bertemu anak-anak di sekolah...






di bawah ini salah satu contoh gaya cik zira sehari-hari sebagai seorang guru yang dipanggil Teacher Hazirah oleh anak-anak muridnya.







 walau macam mana pun pandangan orang lain kepada kita, 
terutama dari segi penampilan kita, orang hanya memandang daripada luaran, 
tapi diri kita sendiri yang perlu kenal dan faham siapa kita sebenarnya 
dan biarlah seburuk mana sangkaan orang pada kita, jadi diri kita yang sebenarnya. usah jadi orang lain~cik zira






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 26 jun 2011 9.35 p.m.

cik zira dan chenta-chenta hatinya.





sejak dari kecik memang cik zira dengan chenta-chenta hati memang selalu bertiga. gaduh baik pun bertiga. paling kuat gaduh cik zira dengan chenta hati 1 lah! chenta hati 2 tu jenis malas nak masuk campur, diam jek. amek langkah selamat. dia pun runsing tengok kakak abang dia dua orang ni tak habis-habis gaduh. gaduh bukan sikit-sikit tau, tapi tendang terajang semua ada, macam nak bertinju pun ada jugak,,, ;)






itulah kenangan manis masa kitorang kecik. 






cik zira masa baby sampai 2-4 tahun comel lagi. masuk tadika, masuk sekolah rasa macam selekeh betul. tak macam perempuanlah. pastu hitam, asek main kat luar berjemur jek, manalah tak kan,,






masa sambut birthday plak, birthday chenta hati 1, 26 Mac, birthday cik zira 27 Mac, jadi tiap kali kitorang sambut hari lahir kitorang, si chenta hati 2 mesti nak menyibuk. macam birthday dia. bila birthday dia, kitorang kena duk diam-diam jek, dia nak amek gamba sorang-sorang. memang tak adil!,,, hehe


paling tak comel = si kakak MERAH,, huhu




arwah mak lah dulu, memang suka amek gamba kitorang bertiga. siap pernah masuk studio lagi amek gamba masa birthday chenta hati 2 walaupun cik zira time tuh serabai tak ingat. 


ketinggian mengikut umur ye, harap maklum,, =D




kalau tengok album gamba masa kecik, rasa macam malu pun ada sebab diri ni buruk selekeh gila, yelah, keje ingat nak main je, tapi dalam masa yang sama, rasa kelakar, rasa best sangat bila ingat zaman kecik-kecik dulu, zaman dengan mak, masa mak masih ada,,, =)






sampailah bila adik kitorang ina lahir, macam bila berempat tu rasa lain sebab gap ina dengan chenta hati 2 agak jauh, beza 5 tahun. jadi, bila kitorang dah besar, ina kecik lagi, kira macam tak geng lah, tapi sayang tetap sayang sebab adik kitorang tau






dan, sampailah sekarang masing-masing dah besar, kegemaran mengambil gamba bertiga memang tak boleh nak dielakkan terutama bila tiba hari raya, memang tak menyempat nak bergambar bertiga.


bila dah besar, paling comel = si kakak MERAH,, haha!




tapi, tahun ni chenta hati 1 mungkin tak dapat beraya bersama, dia nak keje. jadi, bertiga bersama ina jelah, tak dapat berempat,, huhu,, =(






harap-harap chenta hati 1 berubah fikiran nanti dan nak balik beraya. ye jeri?,,, ;)






dan korang mesti tahu kenapa cik zira panggil dua hero sejati cik zira ni chenta-chenta hati? mestilah, sebab cik zira kan chentakan dorang, sayang dorang sebab adik-adik ni mana boleh cari pengganti, adik-adik nilah sedarah sedaging yang sampai bila-bila pun hubungan tak akan terputus. sebab tu lah dorang ni chenta-chenta hati cik zira selamanya dan sampai bila-bila pun.






korang tahu kan camne rah sayang korang?,,, ^______*







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 26 jun 2011 9.21 p.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails