SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, April 30, 2011

kena pakai lense jelah kalau dah macam gitu






minggu lepas ni, dari isnin sampai jumaat cik zira tak pakai cermin mata MERAH cik zira tuh. pakai lense jek sebab dah lama tak pakai lense pergi sekolah. lagipun disebabkan cermin mata ni pun dah macam longgar, tunduk sikit dah nak jatuh, jadi pakai lense je senang, tapi petang nak balik tuh tanggal lense dan pakai spek balik sebab lense tak boleh pakai lama sangat kan, nanti mata penat






nanti spek ni nak kena pergi tanya buatkan bagi dia ketat balik. tunggulah kalau ada masa nak ke jusco nun ha,, huhu






jadi, hari isnin pakai lense tuh, budak-budak semua tegur, mana spek teacher lah, teacher tak pakai cermin matalah, teacher nampak ke tidaklah, macam-macam budak-budak ni,, ;)






cikgu-cikgu baru yang tak pernah nampak cik zira pakai lense pun tanya spek kat mana, padahal dulu awal-awal masuk memang cik zira pakai lense, awal tahun ni je mula pakai spek. dorang tak pernah nampak, tu yang dorang tanya tu






rata-rata dorang suka tengok cik zira tanpa kaca mata, mungkin spek yang longgar itu membuatkan cik zira nampak serabut sikit, nanti dah betulkan, bolehlah pakai spek MERAH ni balik gi sekolah. tapi, pakai lense pun mudah sebenarnya,, =)




teacher hazirah dengan spek MERAH nya




budak cakap, suka tengok teacher tak pakai spek. teacher tak payahlah pakai spek, cantik. pastu cik zira tanya balik, habis kalau pakai spek tak cantiklah ye? dorang senyum-senyum cakap, cantik jugak,, hee






macam-macamlah bebudak ni semua. baik-baik, teacher hazirah nak kena cantik-cantiklah pulak bagi dorang suka tengok teacher dan suka nak belajar. asyik nampak serabut jek kan, masa untuk bercantik-cantik semula,, =)



teacher hazirah pakai lense




yelah sangat cik zira. kalau dah pergi sekolah pun main pakai jek nak pakai apa. sampai kekadang malam nak iron baju pun termenung tak tahu nak pakai baju apa, tudung apa, sebab semuanya dah pernah pakai,, huhu






jadi cikgu kan, kena banyak baju, tapi cik zira? pakai jek mana ada sebab almari dah tak muat!







^________*







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 30 april 2011 8.39 a.m.

semalam, 29 April 2011





salam sayang dan salam sabtu buat semuanya,







gembira sungguh rasa di hati setelah sekian lama tidak dapat berehat di pagi sabtu, hari ni lah harinya sebab dah mula cuti dan tak payah pergi sekolah hari sabtu. kalau tak, setiap sabtu mesti kena peri sekolah. dapatlah berehat sikit. itu pun tak rehat mana, nak buat kerja sekolah. kena key in ujian lisan bila dah datang mood nak buat yang tu,, ;)






semalam kan kat sekolah, mengajar seperti biasa. lesson berjalan seperti yang dirancang dalam lesson plan, alhamdulillah dan nampak macam budak mencapai objektif yang cik zira sasarkan. siap baik hati tau cuti tak bagi kerja rumah, teacher yang bagus tau untuk dorang,, bagi dorang cuti sebab dah tahu subjek lain konpem banyak kerja rumah dah.






semalam makan kat sekolah, makan berpakej, maksudnya, makan dadih-kerepek-jambu. tiga-tiga sekali makan. melabur dekat bilik guru setiap hari. nasib baik takde jual makanan lain, kalau ada pun mesti sapu jugak. perut ni kan, asal rasa nak makan, kenalah sumbat makanan,, hehe



kepek pedas sedap!




sebelum mula sekolah makan roti telur dengan kuah dia. dalam pukul berapa tuh makan nasi + lauk paprik. semuanya habis macam biasa,, ni kan cik zira,, =)



sebelah nasi + sebelah roti telur



balik jalan tak jam, sampai rumah awal, siap tengok Kate dengan Charles kahwin lagi. sungguh cantiklah kate, suka tengok dia, dia senyum manis sangat. tengok sambil makan keropok lekor cicah sos,, mestilah nak kena makan jugak,, 






lepas itu mandi solat semua, malam setelkan kerja sekolah sikit, lepas tuh berehat tengok tv, dating sekejap kemudian tido pukul 12 lebih.






itulah rutin cik zira untuk semalam. sama je lebih kurang dengan hari-hari lain cuma hari jumaat masa di sekolah singkat, jadi takdelah kelam kabut sangat sebab banyak sikit masa terluang untuk buat kerja-kerja lain.






petang karang tusyen dengan bebudak sekolah rendah. malam boleh buat kerja. esok pagi sampai tengah hari tusyen sekolah menengah, isnin takde apa program lagi. tapi, mana-mana kerja yang kena buat, kena siapkan dulu ye cik zira, baru boleh nak ke mana-mana tau!







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 30 april 2011 8.25 a.m.

Friday, April 29, 2011

setelah lama menunggu, akhirnya sampai jua...





ingat tak cik zira ada buat entry pasal hadiah cik zira belikan diri sendiri untuk birthday tahun 2011 ni?






takpe, kalau tak ingat, boleh KLIK SINI.


beg tersebut dalam gamba,, =)




cik zira belikan handbag untuk diri sendiri. tapi beg tuh direct dari US, kena tunggu sikitlah. tapi, cik zira menunggu beg tiba dah nak dekat sebulan lebih dah, huhu







tapi, Siti, owner blog cik zira beli handbag ni bagus, bertanggung jawab, dia selalu bagi tahu pasal beg tu, jadi cik zira tak risau sangat,,







jadi, setelah lama menunggu, balik sekolah semalam dah dapat dah parcel beg idaman kalbu. terus buka dengan rakusnya,, eceh!







suka sangat! peluk cium handbag baru tuh sebab sangat gembira ria,, =)







syukur, dapat dah hadiah birthday untuk diri sendiri walaupun birthday dah berzaman berlalu, 27 Mac lepas,,






nasib baik tak tido dengan beg baru tuh. masuk dalam plastik balik lepas dah gaya-gaya depan cermin, simpan elok-elok balik. tunggu masa yang sesuai jek boleh pakai,, =)






.happy sangat-sangat ni dapat handbag baru.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 29 april 2011 8.48 a.m.

projek dah siap!





semalam sampai sekolah siapkan rak tingkat cik zira. amek tingkat dua sebab budak-budak boleh nampak kenderaan dan labelnya sekali.







buat sorang-sorang je dalam bilik SAC tu. sangkut kapal terbang dengan jet tuh. takde tali, jadi guna salotape jelah. harap-harap dah siap takdelah tangan gatal-gatal duk kacau. walaupun petang semalam masuk SAC sangat geram sebab dah beralih dah ada yang gatal sangat kacau. tak faham agaknya cik zira dah tampal notis boleh tengok je tak boleh pegang. 






dahlah setiap kali masuk SAC mesti penuh sampah sana sini. geramlah. kalau dajah 1 cik zira leh maafkan, ni dajah 6, dah besar dah, patut tahulah. nasib cik zira tak jumpa bebudak ni, kalau jumpa dah kena dah!






cik zira dah siapkan bahagian cik zira dan macam biasalah orang lain tak buat apa-apa pun lagi walaupun dah pesan banyak kali. takpelah, cik zira dah siapkan cik zira punya, yang lain pandai-pandailah. malas nak pesan banyak-banyak kali. patut kena tahu kerja sendiri, cuba siapkan. 






Insya Allah, cik zira akan terus jadi diri sendiri, buat kerja dengan cepat, tak nak tangguh kerja. kerja yang ada kena siapkan. itu prinsip dan cara cik zira bekerja. mana yang kenal cik zira, tahu cik zira kerja macam nana. cik zira cuba kekalkan sampai bila-bila, Insya Allah.






nampak gayanya, daripada banyak-banyak tajuk, transportation jek siap dulu,, =)








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 29 april 2011 8.38 a.m.

semalam, 28 April 2011





Assalamualaikum dan salam sayang buat semuanya,






pejam celik, dah lah hari jumaat, padahal rasa baru je buat entry pagi isnin, begitu kejap masa berlalu kan,,






ha, tanpa berceloteh panjang, mari mulakan cerita semalam, khamis, 28 april 2011 :






pagi semalam tak kemana-mana, duduk rumah siapkan kerja sekolah. sebelum pergi sekolah tuh, masukkan segala barang dalam kereta sebab semalam banyak barang bawa gi sekolah.






pagi sarapan bihun tomyam. lepas tuh dah masa, bersiap gi sekolah. bawa 2 bekal tau semalam, jangan main-main, hehe






satu bekal bawa kuey teow goreng sebab sampai sekolah nak makan dulu sebab lapar. lagipun nak kena ada tenaga sebab hari khamis kan kelas terus dari kul 1 sampai 4.30. jadi, makan kuey teow dulu.






sampai sekolah, letak barang dekat tempat dalam bilik guru. lepas tuh, amek papan kenderaan tuh kat kereta dan hantar gi SAC. kemudian sorang-soranglah dalam bilik SAC tuh, siapkan rak cik zira bertajuk trasportation tuh. alhamdulillah dah siap. harap takde tangan gatal duk kacau, tapi petang tengok ada jek yang beralih. budak-budak dajah 6 memang tak reti bahasa agaknya. cikgu tak pesan kot! geram jadi bila setiap kali masuk SAC tu, sampai bersepah sana sini padahal dajah 6 tuh, dah besar patut kena tahu jaga kebersihan. asyik nak kena bersihkan je. cikgu pun kena mainkan peranan selalu pesan pada budak, pastikan sebelum keluar bilik tuh bersih. tak tahu dah nak cakap macam mana, huh!






sebelum buat kerja tuh, makan kuey teow dulu sampai licin,, hehe






nak dekat bunyi loceng, cik zira turun bilik guru dan pergi amek wudhuk dulu sebab nanti boleh terus solat bila dah sampai waktu. kena amek masa kelas 3J sekejap pergi zohor dan bagi dorang kerja suruh siapkan.






kelas habis kul 4.30, cik zira yang sakit tekak semalam terus minum air dulu. tekak perit sangat. duduk berehat jap minum air, lepas tuh tanda buku 3J. dah siap tanda, tulis reflection dalam buku rekod. lepas tuh, pergi asar dulu.






lepas asar, makan bekal dibawa. tapi lupa amek gambalah! aduhai
semalam bawa bekal nasi + ikan goreng + lauk kari ada carrot dengan terung. makan sampai habis!







lepas makan, masukkan tali dalam langsir baru yang kena pasang. kemudian, masa bebudak 2F pergi PJ, cik zira naik gi kelas pasang langsir. langsir lagi 3 helai tuh takde wayarnya nak gantung, simpan dulu.






lepas pasang langsir, turun bilik guru balik, siapkan lesson plan untuk jumaat dan selasa terus. tunggu masa nak balik sempat beli kerepek pedas yang sedap tuh makan, tunggu loceng bunyi.






semalam dalam kereta nak balik pun rasa tak sedap badan sangat. kepala berat je, tekak memang sakit sangat. nasib baik jalan tak sibuk sangat, sampai umah sebelum azan.






lepas isyak semalam memang dah tak boleh tahan. telan panadol activefast tu 2 biji terus tido. terjaga kul 10 lebih, kul 12 baru dapat tido balik.






alhamdulillah hari ni dah sihat balik, tanak sakit-sakit cuma badan macam tak cergas sangatlah. takpe, asalkan tak sakit sebab nak kena pergi sekolah. itu yang penting,,, =)






ok semua, esok sampai isnin cuti. Yay!
tapi sabtu ahad ada tusyen macam biasalah. tusyen banyak kali takde, kenalah buat plak cuti-cuti ni, tak boleh cuti sama,, hehe






itu sahaja. sorry gamba makanan tak banyak,, ;)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 29 april 2011 8.25 a.m.

Thursday, April 28, 2011

Tips : kalau dah sayang





ini apa yang cik zira buat dan masih cuba buat :







kalau tengah marah macam mana pun, 







selalulah ingat tentang kebaikan dia, cuba ingat yang baik-baik sahaja






Insya Allah, daripada marah sangat pun akan boleh tersenyum






*kalau ingat yang tak baik akan bertambah geram, baik jangan!*






jadi, ingat yang baik-baik sahaja ye cik zira,, =)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 28 april 2011 8.54 p.m.

apa progress projek transportation cik zira?





eceeceh, kalau tengokkan tajuk macam projek besar-besar jek kan, padahal untuk pertandingan rak kreatif di bilik SAC je. tapi disebabkan cik zira buat sendiri, dan tahu tak kreatif, maka, terhasillah sebegitu rupa, huhu






label semua dah siap hari selasa lagi. boardnya baru beli pagi semalam. jadi, cik zira cuba siapkan mana yang termampu malam semalam sampai ngantuk-ngantuk, hehe






mula-mula susun-susun dulu buat dekat bawah. lepas tuh dah dapat kedudukan, lukis line-line putih pakai liquid paper. kemudian, guna double tape, bagi semua kenderaan tuh melekat dekat board tuh dan tak bergerak. letak sekali labelnya.


susun dekat bawah lantai dulu





kapal terbang dengan jet tak boleh letak atas jalan raya, kena guna tali dan gantungkan dekat rak tu nanti. kiranya hari ni dah boleh letak dekat rak dengan harapan takdelah kena kacau dengan tangan budak-budak nakal. AMIN.






akak-akak kumpulan cik zira tak mula pun lagi. harap-harap dorang akan siapkan dalam masa terdekatlah. kesian rak tuh tak berhias lagi, lama dah cik zira kosongkan, dari awal tahun lagi,, huhu






nak kena hiaskan tingkat rak cik zira tajuk transportation ni. siap hari ni ke esok ke, dah lega dah. kena rajin singgah SAC bilik cik zira kena jaga tuh, kemas dan tengok pape yang patut,,


da siap, letak atas meja,, 
ini jek yang termampu,, huhu




tahun depan dah boleh tunjuk kenderaan tu semua guna untuk belajar,, hehe
tahun ni guna gambar jek,, ;)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 28 april 2011 8.32 a.m.

semalam, 27 April 2011





salam sayang seribu kali sayang,, 







ha, nampak tuh, seribu sayang tau cik zira kat korang semua yang rajin singgah sini walaupun cik zira rasa pengisian blog cik zira ni macam hari-hari je sama, maaflah ye, memang cik zira suka berkongsi apa yang terjadi pada cik zira dalam blog ni,, =)






semalam pagi, lepas siapkan update blog, cik zira keluar rumah pergi menyelesaikan beberapa perkara. keluar rumah dalam pukul 8 lebih nak dekat kul 9. terus ke KWSP dulu. lepas selesai KWSP, terus ke maybank tanya sikit, lepas tuh terus ke Kg. Melayu photostat beberapa helai dokumen, beli board sekali untuk projek trasportation. kemudian, ke pejabat pos kg melayu, poskan dokumen ke chenta hati 1. lepas itu pulak, destinasi terakhir ke giant, membeli barang-barang bik ani seperti gula dan tepung. dan memang ke mana-mana cik zira akan sorang-sorang jek sejak dari dulu, senang,, =)






sampai rumah pukul 10.20 macam tu. terus bersiap nak pergi sekolah.






keluar rumah semalam pun agak lewat 15 minit. tetiba tak reti macam mana nak pakai pashmina gabak tuh, tu yang amek masa lama. aduhai, sebab tu suka pakai syria je, senang sangat, pakai sarung dah siap! hari ni pakai syria balik,, hehe






oleh kerana tidak makan sedari pagi, makanya, tapau nasi, bawa sekali lempeng, makan dalam perjalanan pergi sekolah. lempeng tuh bukan main besar, cik zira amek separuh pun dah kenyang dah. makan kosong macam tu jek dah sedap sebab dalam dia macam ada kelapa. tapi kalau dapat makan dengan sambal tumis, lagilah sedap, cuma macam mana nak makan dengan sambal sambil memandu kereta?,, ;)


 tengoklah tuh, makan lempeng pun nak tunjuk kat blog, 
isyh iysh,, ;)

ini bekalan lempeng yang dimakan dalam perjalanan ke sekolah




sampai sekolah, letak barang, buat kerja sikit, makan pelam plak. sedap, sejuk, RM 1 je. kat bilik guru kitorang dah macam-macam jual, semuanya sedap. sebab tuh hari-hari cik zira mesti melabur beberapa ringgit, beli buah lah, beli kerepeklah, beli dadih lah,, best tau bilik guru SKTC ni,, =), lepas makan pelam, makan dadih plak, perisa jagung


pelam yang sedap, masam masam manis,, =)




mesyuarat pukul 12.30 sampai pukul 2, sedih betul cik zira tak dapat masuk 2F. tapi, masuk jugak nak amek kedatangan lepas mesyuarat tuh, bergegas naik kelas. bagi dorang homework dan terangkan macam mana dorang nak buat. hari ni nanti cik zira ajar dorang. 3 kelas lain dapat mengajar seperti biasa. nanti kena siapkan lesson plan untuk hari ni plak.






makan nasi dalam pukul bape entah tak ingat, kul 4 tak silap. sekali makan dengan chicken chop, fries dengan coeslaw, dapat sebab ada jamuan untuk cikgu bawa budak-budak pergi olahraga, tapi cik zira tak dapat datang jamuan pagi semalam, jadi cikgu laki tolong tapaukan. terima kasih ye cikgu-cikgu laki,, =)






semalam makanan ada tambah lah, tetap habis, jangan risau,, hehe
dan bekal semalam ialah nasi + sup sayur campur bebola + tauhu goreng + sambal kicap






balik rumah semalam sampai lewat sebab jalan jam. bersihkan diri, solat ngaji siap-siap seperti biasa, kemudian makan sambil tengok berita dan cerita nak amek mood nak buat kerja sekolah. amek mood caranya kena makan dulu,, ehe







makan malam dalam pukul 8 lebih tu ialah bihun tomyam dan bihun goreng yang sedap. makan sampai habis, tak baik membazir kan,, =)








buat kerja sekolah, tido pukul 11 lebih macam tuh.






itulah cerita semalam. cerita kat sekolah + cerita pasal makan. hidup cik zira sebagai seorang guru tidak akan dapat lari dari makanan. itu lumrah cik zira,, ^_______*








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 28 april 2011 8.10 a.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails