SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, August 31, 2011

suasana raya 1 syawal 1432H





cik zira tempek dulu gamba-gamba kitorang sekeluarga di pagi 1 syawal ye.













nanti cik zira sambung lagi pasal raya ea. tapi nak bagi tahu dulu, tahun ni tak bergambar banyak macam tahun lepas, tapi adalah jugak sikit-sikit untuk kenangan,,, =)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 31 ogos 2011 10.20 a.m.

doakan tokyam sembuh





tokyam (nenek belah mak) masuk hospital sejak jumaat malam. pembedahan berjaya dilakukan pagi sabtu tu dan alhamdulillah pada mulanya tiada masalah. namun pagi ahad 4 pagi ada sedikit komplikasi dan mula bermasalah pada bahagian paru-paru. jantung semua dan perut pembedahan tiada masalah. tokyam pun dah 75 tahun memang nak tak nak akan ada risiko selepas pembedahan.






kitorang satu keluarga besar ni tunggu tokyam sepanjang tokyam berada di ICU. ahad tu dia masih boleh bercakap. namun, pukul 4 macam tuh tokyam tak boleh bernafas. cik zira masuk bersama mak jah, mak itam, qiela panggil-panggil tokyam. pak itam dan pegang kepala tokyam dan bacakan ayat-ayat Al-Quran. masa tu tengok keadaan tokyam kesian sangat. dah macam dah nak 'pergi' dah, tapi disebabkan tojyam sangat kuat semangat, dia masih bernyawa lagi sehinggalah sekarang.






semalam cik zira ke HSI, tengok tokyam di HDW (high dependency ward). ramai datang melawat tokyam dan tokyam memang tak sedar sangat, ditidurkan bagi tokyam rehat. banyak sangat wayar sekeliling tokyam. cik zira pegang-pegang tangan pun takde tindak balas. tapi masa abah masuk tokyam sedar dan dia buka mata.






cik zira yakin, tokyam boleh sembuh sebab tokyam yang cik zira kenal memang mempunyai semangat yang kuat walau sakit mana pun.





tokyam, kita doakan tokyam cepat sembuh. tokyam kena sembuh ye tokyam. kitorang semua doakan untuk tokyam. tokyam kena kuatkan semangat ye, banyakkan doa.






sama-sama doakan tokyam. Amin.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 31 ogos 2011 9.53 a.m.

menu berbuka puasa 29 ramadhan 1432H





tak nak membiarkan blog MERAH kesayangan ini terbiar di syawal mulia ni, cik zira curi masa jugak update sket-sket. tapi, cik zira update dulu juadah kami di rumah ni berbuka puasa di ramadhan akhir isnin yang lepas ye.






macam tahun-tahun sudah, dari awal pagi chef-chef hebat dah bersilat dekat dapur sediakan juadah raya termasuk juadah berbuka untuk hari akhir berpuasa. cik zira tak dapat nak tolong mana sebab cik zira tunggu tokyam di ICU, Hospital Puteri. cerita tokyam nanti cik zira cerita ye. 






baiklah tanpa lengahkan masa syawal ni, cik zira tunjuk ye makanan berbuka isnin lepas :








  • tembikai, fruit salad
  • ketupat
  • serunding
  • daging masak kicap
  • sup tulang kambing
  • ayam masak opor
  • sambal goreng





sebenarnya ada lagi tapi tak amek gamba. ini je yang sempat dan memang cik zira akan serang makan nasi dulu bagi penuh lauk atas pinggan. dan sangat seronok bila berbuka ramai-ramai. tapi, bape hari jek lagi rumah ni akan sunyi balik. abah pun dah balik dah pagi tadi.
hari ni dah 2 syawal. dah mula puasa ganti 6 hari. banyak rasanya nak diceritakan pasal raya ni. tapi cik zira berhenti di sini dulu ye untuk entry di pagi 2 syawal ni. nanti jumpa lagi di entry lain k.






Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Merdeka!!







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 31 ogos 2011 9.40 a.m.

Tuesday, August 30, 2011

1 syawal 1432H





takbir
rendang, ketupat, kuah kacang, masak lodeh, sambal sotong, lemang, ayam masak merah,,,
duit raya
baju raya
siaran tv raya






itu semua kita sama-sama akan nikmati pada hari ini di 1 syawal 1432H






berseronok juga, jangan lupa pada yang tiada, sedekahkan Al-Fatihah buat mereka.






sekali lagi, cik zira mengambil kesempatan mengucapkan  




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI





ampun maaf jika ada salah dan silap ye





gamba-gamba dan cerita raya akan menyusul kemudian,,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 28 ogos 2011 10.25 p.m.

Monday, August 29, 2011

syukur dah selesai ramadhan yang mulia,,, =)





Alhamdulillah...






esok sama-sama kita umat Islam menyambut syawal bersama keluarga tersayang. amek gamba banyak-banyak pakai baju raya baru. best kan,,, sekejap je dah syawal.






tema cik zira sekeluarga merah jambu, tengoklah semerah jambu manalah kitorang esok. yang penting, kalau boleh nak amek gamba banyak-banyak dengan keluarga besar sekali sebab semua balik beraya kat umah atok tahun ni.






baju semua dah siap gosok. dah gantung elok-elok. esok nak bersiap pakai solek cantik-cantik nak beraya dan bergambar. jumpa sanak saudara bermaafan.


salah satu baju raya cik zira tapi tak tahu pakai raya ke berapa,,, =)





SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN buat semua.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 28 ogos 2011 10.23 p.m.

ramai dan meriah!





fuh, semalam memang berjalan lah cik zira. sempat jugak melawat tokyam di ICU, hospital puteri. Insya Allah mungkin hari ni dimasukkan ke wad sekiranya keadaan tokyam dah stabil. lepas tengok tokyam, berjalan dengan chenta hati 2 cari barang sket dan cari ayam. pergi tesco ayam dah habis, terus serang carrefour, nasib baik ayam baru sampai stok. memang amek sampai 8 ekor,, murah kan, amek banyak sket,,hehe






beli air gas dan air botol pun banyak. stok untuk hari ni berbuka nanti dan stok untuk raya.
hari ni operasi cik zira ialah menggosok baju raya cik zira, chenta-chenta hati, atok, bik ani dan bik moi. penatlah tangan ni gosok berapa pasang baju. tapi takpe, setahun sekali. Insya Allah, tahun depan tambah gosokkan sepasang lagi untuk encik buah hati,,, =)






tahun ni ingat cik zira dan chenta hati 2 nak belanja sepupu-sepupu tengok wayang cerita hantu bonceng tu, macam best jek. tapi mesti kena book tiket awal-awal. tahun lepas dah berkaraoke ramai-ramai dalam bilik VIP dekat Diva, tahun sebelumnya dah pergi boling, tahun ni tengok wayang baliklah.






cik zira pujuk chenta hati 2 bagi duit raya dekat budak-budak kecik sama dengan cik zira. cik zira tolong masukkan duit dalam sampul nanti. chenta hati 2 pun nak bagi jugak. budak-budak besar belanja tengok wayang,,, =)






yeayeay!! esok dah raya!







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 28 ogos 2011 10.17 p.m.




menu berbuka puasa 28 ogos 2011





Ya Allah, pejam celik hari ni dah hari akhir berpuasa kan. sekejap je rasanya dah habis ramadhan dan nak sambut syawal dah besok,,, =)






semalam berbuka memang macam kat hotel lah, buffet style. abah jadi chef masak untuk semua. macam-macam ada tau. senarai kat bawah nanti akan panjang dari kebiasaan. hari ni pun berbuka mesti lagi best sebab esok dah raya. yay!!






jadi, menu berbuka puasa untuk semalam, hari ke 28 berpuasa ialah :









  • minuman : teh O panas, special watermelon juice, fruity lassi
  • nasi, nasi ayam
  • ayam golek, ayam kukus lemon, ayam masak kicap best
  • salad
  • garlic bread
  • sup cendawan pekat
  • sup cendawan + kaki ayam
  • ikan goreng
  • ikan singgang
  • sayur goreng





maisng-masing nak dekat azan tuh amek makanan masing-masing dan amek tempat duduk masing-masing. memang meriah kan bila berbuka puasa ramai-ramai ni. hari ni hari akhir berbuka puasa. esok dah raya. Insya Allah, raya kedua cik zira mula mengganti puasa seperti tahun-tahun sudah,,, =)






~sekian~






k,adios!!!,,,  by : ierarahman ahad 28 ogos 2011 10.06 p.m.

Sunday, August 28, 2011

bestnya kalau sendiri punya...





tak malu nak mengaku ni, semalam adalah pertama kali cik zira sentuh dan guna sendiri IPad yang orang ramai dah ada tu. sangat seronok sebab dapat guna gadget canggih macam tu. sebelum ni IPhone pun dah pernah pegang sekejap je lepas tu tak pandai nak guna. yelah, bukan sendiri punya mana berani nak godeh-godeh, kang rosak kan nak kena ganti plak.






tapi, memang bestlah. seronok jek guna sebab laju nak berbanding dengan laptop berkurun cik zira ni ha yang kerja asyik nak hang jek, lepas tuh ada masa laju, ada masa aduhai berjam nak kena tunggu.






takpelah, walaupun bukan kepunyaan sendiri, dapat merasa guna dan belajar nak guna pun dah rasa teruja. bik hanifah tu dapat hadiah masuk secret recipe contest masa mother's day. cik zira pun tumpang guna sekali tengok blog sendiri,,, hehe







nanti ada rezeki lebih Insya Allah nak dapatkan lah. tapi, laptop nilah kena carikan dia kawan baru, dah lama dah dia menyendiri. Insya Allah, kalau dimurahkan rezeki. Amin.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 27 ogos 2011 10.31 p.m.

menu berbuka 27 ramadhan 1432H





salam sayang buat semuanya,






hari ni dah hari ahad lah. 28 ogos. esok Insya Allah hari akhir berpuasa dan hari selasa kita semua akan menyambut syawal mulia. maksudnya entry menu berbuka puasa pun lagi bape hari je nak melabuhkan tirainya untuk tahun 1432H ni. panjang umur ramadhan depan tetap ada entry menu berbuka puasa,,, =)






semalam berbuka puasa tambah lagi 1 keluarga. keluarga cik paris. tapi masih berbuka puasa di atas meja sebab meja makan ada 2. hari ni ramailah akan turun berpuasa di bawah makan bersama. mana yang muda-muda tu kena duduk bawah. hari ni bertambah lagi. nanti malam raya Insya Allah semua akan ada sama ramai-ramai.






baiklah, menu berbuka semalam seperti di bawah :








  • minuman : milo O panas, air kathira, air cincau
  • nasi
  • bihun singapore
  • sotong masak hitam
  • lala dan kepah rebus + kicap cili
  • roti jala + kuah kari





walaupun sedikit menunya tapi kuantitinya banyak sebab makin bertambah kan kaum keluarga. cik zira kul 10 malam pun makan lagi sebab tak tahan dugaan tengok dekat meja makan tu. selalu balik terawih memang cuba tak nak makan dah. bangun sahur je nanti minum air, tapi malam semalam memang tak boleh tahan, kenalah makan jugak pusingan ketiga. jangan tak tahu, masa berbuka pun dah dua kali pusingan tau makan,,, ;)
makan kali ketiga tau! 
oh, timun jepun itu sangat sedap, suka betul!

baiklah semua, dah semakin hampir dengan syawal ni. tak sabar kan. yang dah balik kampung mesti seronok kan sebab dah berkumpul ramai-ramai. macam-macam aktivitilah dibuat bersama.






oh, tokyam cik zira alhamdulillah dah selamat dibedah pagi semalam pukul 11 lebih. hari ni cik zira akan pergi melawat lagi. mungkin dah masuk wad semula sebab semalam masih lagi di ICU selepas pembedahan. semoga tokyam kuat dan cepat sembuh.






okeh, jumpa lagi entry cik zira petang nanti k. Assalamualaikum,,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 27 ogos 2011 10.25 p.m.

Saturday, August 27, 2011

Kasih Benar Kasih by Aleya Aneesa






hari khamis, cik zira dapat novel dari anak murid cik zira kelas 2F, si najaa, dia ingatkan birthday cik zira. padahal dah lepas berzaman, mac hari tu. takpelah, dah orang bagi, cik zira pun amek. dah lama sangat tak baca novel ni. ingat amek jek, ada masa baca lah. tapi, lepas jek habis 4-4 kelas petang tuh, lepas keje semua dah siap, menunggu waktu balik, semangat pulak tiba-tiba nak baca novel. dan cik zira ni jenis kalau dah baca satu novel tu memang akan tumpukan dan akan baca sampai habis tak nak tangguh-tangguh. malam tu jugak habiskan novel karangkraf itu yang mempunyai 496 muka surat.







tiap kali baca novel dan cik zira jugak suka menulis dan adalah jugak koleksi tulisan cik zira, dan setiap kali itulah akan bertanya sendirian, kenapalah lelaki-lelaki dalam novel semuanya digambarkan seperti sempurna sahaja. kacak, kukuh kewangannya, baik, romantik, aduh, bak kata bagaikan sempurnalah semuanya. adakah lelaki seperti yang digambarkan dalam novel-novel di dunia nyata ni? alangkah bestnya,,,






cik zira, cukup berangan kamu dah ada yang punya ye, sedar diri tuh,,, ;)






okeh, sedikit komen cik zira tentang novel ini. ceritanya tentang cinta Dinzley dan Annura. mereka disatukan oleh ibu bapa pada awalnya. mula-mula masing-masing macam tak suka, namun lama kelamaan perasaan suka dan sayang timbul dan membuatkan mereka tidak lagi menjadikan alasan jodoh oleh keluarga untuk menyatukan mereka ke alam perkahwinan. namun, disebabkan kekasih lama Dinzley, Syirin datang semula menagih cinta Diznley membuatkan peristiwa pahit tercalit dalam diri Annura dan membuatkan Annura berdendam kepada Diznley walaupun bukan salah dan bukan disengajakan oleh Dinzley. apabila mendapat tahu dirinya tertipu oleh syirin, dinzley kembali menunaikan janjinya mengahwini annura namun annura menerima lamaran itu kerana berdendam. setahun perkahwinan mereka, annura tidak menjadi isteri yang baik. dia mahu membalas dendam membuat dinzley merana sebagaimana malunya dia semasa dinzley mahu menangguhkan perkahwinan mereka akibat syirin si penipu. dinzley tetap bersabar dan selalu berdoa semoga isteri kesayangannya itu satu hari berubah dan boleh menerimanya sebagai suami seikhlas hati dan rumah tangga bahagia.






akhirnya?
hehe, mestilah mereka bersatu.






bestlah jalan cerita ni. tak lambat sangat. konflik dia pun best dan tak serabut sangat. cik zira tersenyum-senyum bila baca part yang dinzley selalu usik annura walaupun annura tengah marah sangat-sangat, dinzley tetap sabar sebab dia tahu sayang dia pada annura sangat kuat.






best kan bila baca novel kisah percintaan yang indah-indah ni? terbayang kalau diri sendiri berada dalam watak tu. 






dah lama tak baca novel, sekali baca memang terbawa-bawa lah dengan watak utama si dinzley dengan annura tu. tapi suka sangat dekat dinzley sebab dia sangat sabar layan kerenah annura walaupun annura layan dia dengan dingin sekali, macam bukan isteri. suka sangatlah dengan watak dinzley tu. nak suami macam dinzley boleh tak encik buah hati?,,, ^____*






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 25 ogos 2011 10.00 p.m.

semalam, jumaat 26 ogos 2011





yay!!
semalam dah last sekolah dan dah pun cuti untuk beraya mulai hari ni. tengok dulu gamba cik zira teruja di hari akhir sekolah semalam ye kat bawah ni :






sekolah semalam memang ramai sangat budak tak datang. kira suku je dari semua datang sekolah semalam. yang rajin-rajin tu. yang lain dah selamat balik kampung dah agaknya.



 sesi kemas kelas sebelum bercuti





mengajar jugak macam biasa dan bersalaman dan berpesan dengan anak-anak cik zira tu semua. balik pun salam dengan akak-akak kat sekolah ucap selamat hari raya.






kesimpulannya, sangat gembira sebab pertama kali sambut raya jadi cikgu ni. perasaan dia lain sikit.






jadi, lagi 2 hari je kan nak sambut syawal. nanti lagi sehari kita sama-sama buat entry selamat hari raya tau!







~sekian~






 



k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 26 ogos 2011 8.13 p.m.

Friday, August 26, 2011

menu berbuka 26 ramadhan 1432H





hari tambah satu keluarga berbuka bersama dekat rumah atok ni, keluarga cik asyed. jadi, makanan memang penuh atas meja.






cik zira sampai rumah lewat dah. jalan sibuk betul kalau hari jumaat, memang sejam baru sampai rumah, huhu






okeh, meh tengok juadah berbuka cik zira lagi 3 hari nak syawal ni ea:








  • minuman : air teh O panas, air kathira
  • nasi, nasi goreng
  • sayur kailan
  • jemput-jemput udang pepai
  • ikan goreng
  • ayam golek
  • karipap
  • rojak
  • kari daging
  • ikan singgang
  • kacang pol
  • roti bom





bestlah makan. tunggu ramai lagi balik duduk kat bawah lagi meriah.
malam ni cik zira tido hospital. tokyam masuk hospital puteri. jaga tokyam malam ni. tokyam akan dibedah esok pagi kemungkinannya. semoga tokyam selamatlah dan dapat beraya bersama. doakan ye semua.






ok, cik zira dah mula cuti esok. kena jaga tokyam dan pastikan tokyam selamat. apa-apa berita kena bagi tahu semua. tokyam ni mak kepada arwah mak, jadi kalau apa-apa jadi, cik zira mesti ada dengan tokyam, Insya Allah. bye semua. jumpa di entry esok pagi k.








~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 26 ogos 2011 8.08 p.m.

sampul raya pun wajib MERAH





alhamdulillah
dapatlah juga cik zira menghulur duit raya tahun ni walaupun bajet hanya untuk kanak-kanak kecil sahaja. yang dah besar-besar tu Insya Allah tahun depan bila dah stabil boleh bagi kat semua pulak.






dah siap dah masuk sampul MERAH CIMB dah duit raya nak bagi kat sepupu dan anak sedara sepupu. belah abah dan belah mak. tahun depan rezeki lebih, lagi banyaklah duit raya boleh cik zira hulurkan. tahun ni bagi mana yang mampu sahaja.






pertama kali ni bagi duit raya dekat budak-budak. nama pun dah keje kan. tak sabar pulak.







yang penting, tengoklah, sampul pun wajib MERAH tau!






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 24 ogos 2011 8.24 p.m.

semalam, khamis 25 ogos 2011





entah kenapalah minggu ni macam minggu dingin cik zira dengan anak-anak dekat sekolah. mana tidaknya, apa cik zira cakap, pesan tak diendahkan pun. padahal cik zira nak bagi dorang pandai, itu pun tak nak. itu pun malas. anak-anak ni memang susah sangat nak rajin, tahu nak main. lumrah mereka






tapi, itulah, bila dah tak dengar pesan cik zira, cik zira memang akan sangat geramlah sebab bila tanya diam seribu bahasa macam tak pernah belajar padahal baru belajar bendanya semalam je, terus lupa ingatan. sakitnya hati Tuhan je yang tahu.






bukan sengaja nak marah-marah, bebel-bebel, tapi nak berpesan supaya ingat dalam kepala, orang malas tak untung apa-apa pun, orang rajin tu yang untung.






sampaikan semalam pun masih nak marah je keje cik zira. tapi lepas marah macam biasa akan ambil hati balik. masa marah tu, sorang pun tak berani angkat muka sebab tahu dah buat salah.


pergi sekolah senyum, bila mengajar takdenya nak senyum cenggini,, 
serius terus!





marah macam mana pun, cik zira tetap sayang anak-anak cik zira 4 kelas tu. cik zira selalu doakan anak-anak cik zira berjaya terutama dalam subjek bahasa inggeris yang cik zira ajar. kecuali yang malas-malas tu, dorang kena berubah untuk kebaikan sendiri.






hari ni dah jumaat, esok dah mula cuti untuk sambut syawal. kat sekolah nanti sesi ucapan syawal dan maaf-maaf dengan anak-anak cik zira. semalam dah salam-salam dengan 3B. hari ni dengan 3 kelas lagi.






pagi ni sebelum gi sekolah kena gi bank, lepas tuh amek baju orang order. kira pagi dah ada kerjalah. tengah hari kang Insya Allah keluarga cik asyed sampai rumah atok. sabtu ahad pun lagi ramai yang balik. malam ni pun chenta hati sampai rasanya. wah, rumah dah nak meriah ni. yeayea!







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 25 ogos 2011 9.46 p.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails