SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, November 30, 2012

packing cara cik zira.




Alhamdulillah, sambutan Arabian Costumes untuk disewa semakin menggalakkan. dan alhamdulillah, penyewa cik zira semua ikut syarat dan pulangkan semula baju dan barang yang disewa. syukur.


cik zira dah beli plastik siap-siap untuk packing barang yang cik zira nak poslaju. tak kira lah baju arab untuk sewaan atau tudung dan baju yang dijual. plastik warna hitam bercorak cik zira guna untuk packing. packing cantik dan kemas-kemas.


kat luar plastik cik zira letakkan kertas dengan nama penerima dan no telefon penerima. senang orang pejabat pos nak lekat borang poslaju sebab kadang-kadang cik zira memang poslaju sekali banyak.






cop REDshop pun dah cik zira buat dan wajib guna stamp pad warna Merah ye. barulah Red namanya.


jadi, kepada sesiapa yang masih mencari kat mana nak sewa baju bertemakan Arabian selain jubah, bolehlah berkunjung ke REDshop cik zira ye. tudung dan long cardi pun ada dijual di REDshop. yang nak cari Homestay selesa di Gelugor, Penang pun dekat Redshop ye. sebarang pertanyaan, terus sms cik zira je tau.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 27 november 2012 9.23 a.m.

Thursday, November 29, 2012

si ibu dan babah belikan si baby barang



seperti yang dijanjikan, cik zira mengajak suamiku membeli barang si baby memandangkan suamiku dah balik JB menjenguk si isteri dan si baby yang makin membesar dalam perut si ibu ni. suamiku sampai ahad malam. pergi shopping dekat The Store Tebrau je pada esoknnya, hari isnin. keluar pukul 3 petang tak silap.


katanya ada SALE lah konon siap pasang banner, tapi barang yang cik zira nak beli takdelah plak sale sangat. setakat 10% off macam tu. takpelah. cari barang ikut senarai. beli dengan berhemah. tapi baju sume cik zira amek warna putih sampaikan suamiku cakap takkan takde warna-warna. alih-alih dia masukkan baju corak-corak dalam trolley. cik zira senyum je.


selalu dulu-dulu belikan hadiah baby untuk kengkawan rasa best sangat. macam-macam nak belikan. tapi, sekali nak belikan anak sendiri, macam eh, apa nak beli ea? sorang ke sana, sorang ke sini. si babah tengok barang lain, si ibu tengok barang lain. kelakar betul. maklumlah, pengalaman pertama untuk anak pertama si baby tu.


lepas dah siap barang baby nak penuh satu trolley, cari barang si ibu plak. barang si ibu sikit je. dah siap semua, pergilah bayar. seperti dijanjikan, si babah yang bayarkan semua. memang ikut bajet. lagipun barang lain selain barang si babah belikan, cik zira dah belikan sendiri. jadi, separuh-separuh lah. si babah sikit, si ibu sikit. tapi beli yang penting jelah. nanti si baby dah besar, beli lain plak lah. 








balik je rumah, terus keluarkan barang nak kemas. eceh. teruja betul si ibu untuk si baby. senyum je masa kemas barang. si babah pun tengok je si ibu ni. bukan nak tolong, dia tengok je barang-barang yang dah beli. hehe







mana yang kena basuh terus cik zira masuk dalam baldi dan basuh terus. esoknya masa jemur baju dan barang si baby semua cik zira senyum je. tak sabar nak pakaikan si baby barang yang babah dengan ibu belikan. dah kering sume, kemas masukkan dalam beg baby warna Merah comel tu yang nak bawa gi spital. lebihnya masuk dalam kotak Merah. belajar masukkan barang baby dalam kotak dari BFF. memang senang. si babah belikan kotak dekat Tesco 2 kotak. dekat Tesco kotak murah. besar macam tu RM 9.90 je. dah selamat simpan barang si baby. beg si baby pun dah kemas. cuma beg si ibu je tak siap-siap lagi.


masih pujuk si baby yang baik hati dalam perut ibu ni keluarlah awal, cukup 9 bulan ye baby sayang. awak pun duk tendang sana-sini dalam perut ibu ni. meh tendang kat luar plak ye sayang,,, =)


pape pun, semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah dan cik zira dan si baby sihat sempurna hendaknya. Amin Ya Allah.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 27 november 2012 9.10 a.m.

Wednesday, November 28, 2012

perutku 7 bulan.



ini gambar perut dari atas.





tak nampak sangat kan.


ini gambar dari tepi.





masa tu baby dalam perut masuk 7 bulan. kecik ke besar ea?


sekarang baby nak masuk minggu 32, maksudnya dah nak 8 bulan.ayo, sekejapnya dah nak masuk 8 bulan. lagi sebulan dua bulan je lagi. jangka lahir 26 januari depan. tapi pujuk si baby keluar awal boleh terus sambung cuti sebab dah tak laratlah nak bawa kereta JB-Pasir Gudang setiap hari dengan kereta manual. harap-harap si baby kesiankan ibu dia ni.


masih bergerak aktif lagi si baby di dalam. mungkin ruang dia masih banyak nak berpusing kuak lentang sume. sekali dia gerak dengan ibu dia sekali bergerak satu badan. kuat betul si baby ni. semoga sihat ye anak.


nanti cik zira nak share cerita pasal shopping barang baby dengan si babah dia pulak ye. 





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 24 november 2012 4.15 p.m.

Tuesday, November 27, 2012

Restoran Haji Sharin Low Grand, BBU



disebabkan birthday suamiku 17 november, sabtu dan suamiku membuat surprise sampai JB ahad malam tu, makanya, cik zira pun nak belanja suamiku makan. kat JB ni sebenarnya cik zira tak tahu sangat tempat makan sebab jarang makan kat luar. selalu memang makan dekat rumah je.


bertanya pada BFF, dia rekemenkan makan seafood di BBU. cik zira pun search lah dekat google. upanya masakan chinese muslim. cawangan dekat JB ni di bandar baru uda. deret-deret dengan BSN tu. nama restorannya Restoran Haji Shahrin Low Grand. suka sangat sebab warna MERAH.






kitorang gerak dari umah lepas isyak. sampai masa tu tak ramai orang sangat. tapi lepas tu ramai. ramai datang dengan keluarga.


menu sangat pelbagai. macam-macam ada. lauk-lauk dan nasi-nasi ke mee-mee ke semua pun ada. cik zira order lauk-lauk sebab nak rasa lauk. lenkali ke rasa mee atau nasi dia plak.


makan dua orang je, tapi rasa macam hidangan tu boleh makan sampai 5-6 orang. banyak sangat. suamiku berjaya habiskan sepinggan nasi. cik zira tinggal lagi sikit je. dah tak boleh masuk takut muntah sebab dah penuh sangat.


kitorang order sup daging dengan tauhu, sup ni jenis pekat likat tapi sedap. satu mangkuk yang besar. manalah nak habiskan berdua je kan. daging goreng istimewa. daging ni rasa macam daging burger lepas tu kuah dia macam thousand island sauce rasa masam manis masin sume ada. ada 7 ketul dagingnya. sotong plak amek masak sambal tapi yang datangnya macam masak asam je. dan sayur plak sayur kailan ikan masin yang ikan masinnya memang betul-betul masin.


cik zira letak gambar dengan harganya ea. sepinggan nasi RM 1.50. minuman amek jus oren dan jus epal. harga segelas jus RM 4.50. harga kat sini mahal berbanding tempat lain, tapi sesekali nak makan bolehlah. tempat biasa je dan presentation dia pun macam makan gerai biasa tapi sebab dah ada nama, jadi harga mahal orang tak kisahlah.


 sup daging dan tauhu RM 15

 sayur kailan ikan masin saiz kecik RM 10.00

 daging goreng istimewa RM 19.00

sotong masak sambal asam RM 22.00




total makan malam tu RM 82.50. tu pun paksa makan bagi habis. cuma sup je tak dapat nak habiskan. kalau makan ramai-ramai best lah lauk banyak macam tu.


pendapat cik zira? bolehlah. takdelah sedap sangat-sangat. tapi, nanti cik zira nak cuba makan set nasi atau mee-mee dia plak. tengok orang makan macam sedap. lain masa plak.


malam tu makan di situ. esoknya makan tengah hari lepas check up klinik cik zira belanja makan pizza hut plak. pun kenyang makan tak habis. tapau bawa balik makan kat umah. hehe


suamiku balik JB pun bukan selalu. nak dekat dua bulan sekali baru dapat jumpa. jadi, bila suamiku balik JB, makan cik zira lah belanja. sesekali pun kan. nanti dah dapat duduk sama-sama, barulah boleh masak-masak makan dekat rumah je. belum tiba masanya lagi.





~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 24 november 2012 3.58 p.m.

Monday, November 26, 2012

hari ni tak best



hari ni tak best.


kenapa?


malam tadi dari pukul 10 malam cik zira dah kena puasa. pagi-pagi ni pergi klinik untuk minum air gula nak tengok ada kencing manis ke tidak.


masa check minggu lepas suamiku hantarkan buat pertama kali pergi klinik dengan dia, punyalah lama. bila nurse cakap je kena minum air gula, cik zira dah down. aduhai. ingatkan tak kenalah.


kali terakhir timbang tu berat cik zira dah 61.6kg. kiranya penambahan berat cik zira setakat minggu ke 30 mengandung dah 8 kilo lebih. dan 2 minggu patut kena naik 1kg je, tapi cik zira naik sampai 2 kg. tu yang misi cakap, minum je air gula. takut kang ada kencing manis susah plak nanti.


sedih sangat. harap-harap takde kencing manis. semoga cik zira dan si baby sihat-sihat sahaja.


p/s kena duduk klinik berjam-jam lah jawabnya hari ni




~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 21 november 2012 5.52 p.m.

Sunday, November 25, 2012

tahniah sahabat-sahabat!



untuk hujung tahun ni je ramai lagi member maktab cohort 3 cik zira bakal berkahwin. yang cik zira dah terima jemputan dari rohemah di terengganu, idzuan terengganu, faisal selangor dan sahabat kesayanganku, fiqa gonde di kemaman. sume dah nak menjemput tapi awal-awal cik zira minta maaf sebab tak dapat nak pergi majlis sahabat-sahabat sekalian dengan keadaan cik zira macam ni sekarang. tak dapat nak berjalan jauh dah. kalau boleh nak rehat duduk rumah je tak nak keluar rumah langsung. huhu


dan rasanya ada je lagi sahabat yang bakal berkahwin tapi cik zira tak tahu lagi. jadi, buat semua sahabatku, selamat mendirikan rumah tangga dan menempuh alam suami isteri. cik zira doakan kalian berkekalan sehingga ke akhirnya. Amin.


dan untuk gonde kesayangan cik zira, akan cik zira kirimkan hadiah untuk fqa guna poslaju nanti. dah siap beli dah. harap fiqa suka sebab cik zira sangat suka bila dapat belikan hadiah ni. kenangan masa kitorang sama-sama belajar dulu. nanti pakai ye fiqa!



comel kan fiqa kan?



selamat pengantin baru buat semua sahabat yang bakal berkahwin ye.




~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 21 november 2012 5.35 p.m.

Saturday, November 24, 2012

Hadiah Hari Lahir buat suamiku.



birthday suamiku 17 november, sabtu lepas. dia surprise kan cik zira sampai JB 18 november malam, ahad lepas. dapat lepaskan rindu hampir 2 bulan tak bertemu dengan suamiku bila suamiku balik JB. walaupun sekejap sahaja, ahad malam sampai pagi rabu dah balik penang semula, namun sangat bermakna bila dapat luangkan masa bersama.


cik zira belikan perfume untuk suamiku. tapi sayang sangat. disebabkan kejadian yang tak dapat nak dielakkan, perfume tersebut jatuh dan pecah. sayang betul. terduduk cik zira tengok perfume tu melimpah atas lantai. suamiku sempat pakai 3 kali je. takde rezeki. huhu





belanja suamiku makan malam masa isnin malam tu. makan sampai kekenyangan dua orang laki bini ni.


cik zira belikan baju dengan seluar dekat Padini je tambahkan koleksi baju suamiku nak dipakai.





itulah hadiah cik zira untuk suami cik zira sempena hari lahir dia ke 26 tahun. walaupun tak seberapa, tapi cik zira akan selalu doakan yang terbaik untuk dia sebab dia suami cik zira walau apa pun.


aduh, bila cerita pasal suami ni, terus rindu sebab dah jauh balik macam biasa. kan best duduk sama, hari-hari dapat jumpa, huhu. bilalah agaknya nak sampai masa tu...




~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 21 november 2012 5.25 p.m.

Friday, November 23, 2012

Jamuan & Mesyuarat Akhir tahun 2012 - mak buyung


oleh kerana baju sendiri terlupa nak bawa siap-siap. elok je tergantung dalam bilik, maka terpaksalah meminjam baju kak ida. nasib baik kak ida bagi pinjamkan dan baju kak ida sememangnya glemer dari baju cik zira sendiri. tudung pun cik zira pau sekali. terima kasih banyak ye kak rahida sudi sponsor baju cik zira.


pakai kaftan hitam dan tuudng siti putih bersulam hitam.


cik zira tak banyak sangat bergambar sebab jadi runner masa majlis tu. kena tolong mana yang patut. mak buyung ni siap jadi runner tau, jangan main-main. tapi bukanlah kena berlari buat itu ini, jalan jelah laju-laju supaya nak pastikan majlis berjalan dengan lancar dan jayanya.


jadi, cik zira tepek gambar-gambar cik zira masa jamuan hari tu ye.


 dengan kak aida yang dapat berpindah

 dengan kak ika yang baik hati

 dengan mazura yang super rajin

 AJK PENDITA 2012

 kami 

 dengan kak lah si hot mama

 orang kuat majlis

AJK PENDITA 2012



gemuk dah cik zira. selera makan sangatlah kuat sekarang. mana lah tak badan bagai dipam-pam.


dan nak tunjuk gamba cik zira pakai beg galas berangan jadi budak sekolah balik padahal tak lama lagi dah nak ada baby tuh.





rasanya dah habis ni cerita pasal jamuan. esok sambung entry cerita lain pulak k.




~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 21 november 2012 5.10 p.m.

Thursday, November 22, 2012

Jamuan & Mesyuarat Akhir Tahun - Hadiah



nak bercerita lagi pasal Jamuan dan Mesyuarat Akhir Tahun 2012 anjuran Kelab PENDITA 2012 di mana cik zira merupakan salah seorang AJK Tertinggi dan penting dalam menjayakan majlis tersebut. hadiah-hadiah pun banyak cik zira beli dengan bantuan bos, cikgu redzwan dan pembantu bos cikgu hilmi.


cik zira suka sebab cik zira dapat hadiah banyak masa majlis tu. walaupun untuk hadiah cabutan bertuah memang tak kan dapat dan tak pernah dapat, takpelah, masih dapat hadiah yang lain.


hadiah utama ialah beg galas jenama Carisbrook New Zealand disebabkan bosnya cikgu redzwan pemain ragbi, jadi beg pun beg jenama ragbi. kitorang sume pun dapat. beg tu harganya RM82. hadiah utama mewah dah tu. hehe






hadiah masa daftar, cikgu perempuan dapat kain batik dan cikgu lelaki kain pelekat. bolehlah buat basahan kan. sekali dengan woven bag. 


selain tu, ada hadiah payung besar 30" warna biru. ha, yang ni cik zira yang pilih dan order. walaupun ada masalah penghantaran, nasib baik sempat jugak sampai untuk diberikan kepada semua. nak warna Merah dah habis, jadi warna biru yang ada. cik zira suka sebab boleh letak dalam kereta.





kiranya semua cikgu dapat 3 hadiah untuk jamuan hari tu. cik zira hadiah tambahan beg kecik dengan tuala kecik sebagai AJK PENDITA 2012. lepas tu si baby pun dapat hadiah tilam dengan bantal comel. semua sekali cik zira dapat 5 hadiah bawa balik. seronok sangat.


ada hadiah hamper untuk gerai-gerai yang berniaga masa Hari Karnival Usahawan september lepas. dan ada juga hadiah cabutan bertuah untuk mereka yang bertuah dan bukan cik zira ni yang takde tuah. huhu






diharapkan cikgu-cikgu SKTC pun berpuas hati dengan hadiah yang pihak AJK Tertinggi berikan. rasanya beg, payung tu semua boleh digunakan. cik zira siap nak guna beg galas tu bawa gi spital masa nak beranak nanti. hehe


siapalah yang tak suka dapat hadiah kan kan?




~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 21 november 2012 4.50 p.m.

Wednesday, November 21, 2012

bersama suamiku ahad ke rabu




dah bape hari tak sempat nak update blog. suamiku balik kengkonon nak surprise. ahad malam pukul 10 dah sampai. patutlah cakap jangan tido lagi. upanya kol suruh buka pintu, dah sampai naik kereta. 


luangkan masa dengan sebaiknya. membeli barang untuk si baby dan setelkan apa yang patut.


kejap lagi suamiku dah nak balik. dia nak gerak sebelum zohor dan nak sampai penang maghrib. em, sedihlah. tiga malam je dapat tido dengan suamiku. malam ni dah kena tido dengan si baby balik macam biasa. huhu


suamiku kata bulan disember tak balik JB, tak dapat jumpa. awal januari nanti Insya Allah. lamanya. takpe,a dah biasa. kena kuatkan hati.


oklah. berhenti dulu. banyak sebenarnya nak cerita. gambar pun banyak. tapi, kena tata titi tutu suamiku dulu dia dah nak balik penang. nanti cik zira update lagi ye.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 21112012 11.05 a.m.

Sunday, November 18, 2012

HAKA SK Taman Cendana 2012



pada hari ahad yang lepas, 11 november 2012, sekolah cik zira telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang. Majlis bertemakan warna merah jambu. cantik bila semua cikgu pakai baju berkonsepkan warna yang sama iaitu warna pink. cik zira pun tak terkecuali. cuma gambar mak buyung ni selalu takde. sibuk amek gamba orang, gamba sendiri memang tak amek.


 kak liza dengan baju paling glemernya ni yang tolong cik zira masa cik zira muntah






untuk HAKA ni, cik zira jadi AJK persembahan. bukan cik zira yang buat persembahan. dah perut boyot nak nek atas pentas, apa kata orang kan. cik zira latih 2 persembahan. darjah 2 dengan action songs dan darjah tiga dengan tarian joget pahang. ada video, nanti cik zira kongsi ye.


 banner yang juga pink

 anak-anak tarian

anak-anak action songs



alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dari awal sampai ke akhir. majlis berakhir jam 11 pagi macam tu. cepat je. cumanya, satu kejadian berlaku di mana cik zira telah muntah keluar balik semua nasi goreng yang cik zira makan sebab tak sedap badan. dah satu keje nak mengelap. nasib baik ada budak ngan kak liza tolong. segan betul boleh termuntah plak. nak buat macam mana, dah tak sempat nak tahan. huhu. sian betul kat ibu mengandung ni.


habis je kemas meja dekat bilik guru, terus balik rumah sebab tak tahan badan lemah lah, tak larat. balik mandi terus berehat bagi badan ok balik.


selesai HAKA 2012.





~sekian~


k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 17 november 2012 8.25 a.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails