SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, December 31, 2012

check up 36 weeks



sekejapnya!!!
dah 9 bulan si baby dalam perut cik zira. sebulan lagilah kiranya kalau ikut jangkaan doktor yang katanya baby akan keluar 26 Januari 2013. takut tapi sebenarnya lagi tak sabar dan teruja nak tengok baby sendiri. macam manalah agaknya rupa anak ibu yang sorang ni. yang aktif gerak sana sini terutama masa cik zira tengah makan dengan masa nak tido. dia punya gerak, fulamak, macam swimming pool je ada dalam perut ni ha. hehe


di hari terakhir di bulan terakhir tahun 2012 ni, cik zira kena pergi klinik awal pagi macam biasa sebab temu janji pukul 8 pagi. selalu kalau pukul 8 pagi, kul 7.30 paling lambat cik zira dah sampai klinik ibu & anak kat kg melayu tu. nak balik cepat.


tapi, disebabkan hari ni kerja, masih ada mesyuarat dan kerja pengurusan yang belum selesai, makanya lepas  habis check up terus shoot ke sekolah yang nun jauh di Taman Cendana, Pasir Gudang. dah sarat-sarat ni, memang bercinta betul lah nak drive gi sekolah. jauh sangat rasanya. semua dah suruh stand by letak beg dalam kereta terus takut emergency pape, tapi beg masih dalam bilik tak bawa masuk kereta. huhu


perut pun dah besar. harap baby sihat sempurna ye sayang. ibu setiap hari setiap waktu doakan untuk awak. tak lama je lagi ibu dapat jumpa peluk cium anak ibu yang sorang ni. sama-sama doa k anakku semoga semuanya dipermudahkan. ada suami pun suami jauh macam takde suami je, nak tak nak kena selalu berdoa dan bertawakal semoga semuanya selamat. Amin.


eh, sebelum tutup entry, cik zira letak gamba cik zira yang dah makin membesar dengan jayanya ni k. masa ni si baby 8 bulan lebih.



si ibu yang comot dari awal sampailah sekarang. 
tak suka bersolek, tak suka cantik, tak suka wangi-wangi




lepas baby lahir, kena fikir nak turunkan berat kembali kepada asal plak. tu fikir nanti-nanti. bagi baby selamat keluar dulu.


cik zira juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tinggal 2012 yang penuh makna dan Selamat Datang 2013 yang pastinya lebih bermakna, Insya Allah.





~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 30 disember 2012 8.35 a.m.

Sunday, December 30, 2012

mereka cantik bertudung, kita semua pun cantik bertudung.



penghijrahan mereka memakai hijab diterima ramai malah ramai mendoakan semoga bukan sahaja mereka malah sesiapa sahaja yang berhijrah ke arah kebaikan semoga kekal selamanya.









manusia atau lebih tepat Hamba Allah ni setiap hari perlu belajar dan terus belajar. kita semua banyak sangat kekurangan. mana yang kurang , kita betulkan dan selalu berdoa minta pada Allah semoga apa yang dilakukan diberkati dan diterima oleh Allah, Tuhan Yang Satu. Amin.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 26 disember 2012 3.54 p.m.

Saturday, December 29, 2012

Keluarga Iskandar



masa chenta hati 1 balik umah atok bebaru ni, cik zira ngah boring buka youtube tak tahu nak tengok apa. sekali chenta hati 1 suh layan tengok cerita keluarga iskandar sebab dia kata best. cerita yang main dekat astro. umah atok takde astro. tu yang tak tengok banyak cerita tu.




cik zira pun search lah dan layan. memang best rupanya. cerita sebuah keluarga yang masing-masing ada cerita dan masalah tersendiri. semua sekali 15 episod. cik zira ni jenis kalau dah layan cerita, memang sambung je terus nak bagi habis. dalam 2 hari dah habislah. itu pun tengok kat youtube kan. internet slow, sangkut je banyak. berjaya jugak habiskan kesemua episod.


kredit to budiey






watak yang paling cik zira suka watak abang ngah ngan kak ngah. jadi sangat. macam real. abang ngah tu berlakon memang best lah! kena dengan watak dia bawa. terbaik!


dah mula kerja ni takde nak layan cerita dah. kena fokus dengan kerja balik. cukuplah rehat cuti sekolah. tunggu si baby lahir plak nak kena rehat jaga badan balik.


tak sabar nak tunggu keluarga iskandar musim 2!!





~sekian~




k,adios!!! by : ierarahman rabu 26 disember 2012 3.40 p.m.

Friday, December 28, 2012

cuti dah habis. sedih.



memang sekejap sangat masa berlalu. aduhai. cuti dah habis. hari ni dah mula kerja. dah kena bawa kereta jauh pergi kerja. sedih lah. cuti dah habis. masa berehat untuk 2012 pun dah tamat. dah kena ready untuk bekerja di tahun 2013 plak.


wahai baby, tolonglah keluar cepat! kesian kat ibu ni nak bawa kereta jauh pergi sekolah. huhu





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 25 disember 2012 9.25 a.m.

Thursday, December 27, 2012

dapat pun baju Merah.



minggu lepas, cik zira ke KSL. masuk FOS. kalau masuk fos konpem akan tengok dan terbeli rompers untuk si baby. dan punyalah riang gembira sebab kali ni ada warna MERAH plak. wajiblah beli sebab baju untuk si baby memang takde warna Merah pun lagi. jadinya, apa lagi, beli 3-3 warna Merah tapi corak lain-lain.


yang tengah tu in case kalau si baby gegirl



maka, sudah adalah si baby ibu ni baju warna Merah untuk dipakai. cepat keluar si baby sayang, ibu nak pakaikan awak baju Merah ni. keluar cepat ea,,, ;)






lepas tu, ternampak plak beg Merah kecik comel. beli dua harganya RM 24. belilah 2-2 warna Merah. senang nak pergi mana-mana boleh isi dompet dengan handphone.





bila beli barang dan semua barang warna Merah, riang hati gembira tidak terkata. sangat suka! oh, i love RED so much!!




~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 25 disember 2012 9.12 a.m.

Wednesday, December 26, 2012

ke Jusco dengan chenta hati 1.



sehari sebelum krismas, isnin lepas, chenta hati 1 yang balik umah atok menemani kakak Merahnya yang membuyong ni ke Jusco. cermin mata Merah kesayangan yang rupanya dah nak dekat 2 tahun bersama telah patah. besi sudah lama, tu yang patah. buat sementara waktu pakai dengan tape. kena buat yang baru sebab warranty dah habis.


sampai je buat cermin mata dulu. harus amek warna Merah jugak. kedai cermin mata kesukaan cik zira tentulah A-Look sebab bingkai dia stylo dan murah je pakej sekali dengan cermin.


lepas dah bayar cermin mata yang esoknya siap, terus ke pejabat pos nak bayar bil. amek nombor, nombor jauh lagi. pergi food court melantak sizzling yee mee dulu. lapar plak tetiba padahal kat rumah dah makan nasi. minum dengan mango ice blended yang sangat sedap. cik zira kan makan lambat. chenta hati 1 yang minum teh tarik je tunggu jelah sambil berborak. dah siap makan pun nombor tak sampai lagi. punyalah lambat sebab orang ramai betul kat pejabat pos tu.


boleh tahan rasanya. mee pun banyak. 
tapi kuah kureng sikit, sedap lagi kuah tesco



lepas setel bayar bil, terus ke bawah masuk jusco nak beli sushi. beli sushi 1 je, beratur nak bayar punyalah panjang. aduhai, penat menunggu. dahlah sekarang ni nak berdiri dan jalan lama tak kuat sangat sebab dah mula sakit bahagian bawah. jadi, bila kena beratur lelama ni, tak larat betul. tapi, tunggu lah jugak sebab nak makan sushi tu. kalau tak kerana sushi, memang dah terus balik. sushi punya pasal. kali terakhir makan beberapa bulan lepas.


untuk makan malamnya



dah bayar, terus balik. chenta hati 1 ada date. terima kasih ye sudi temankan kakakmu ini walaupun katanya malu jalan dengan orang mengandung sebab dia kan nampak muda. bergurau sangatlah jeri oi! orang tengok rah ngan ko tak nampak macam laki bini pun, memang nampak kakak ngan adik. jangan risau.


dapat jugak luangkan masa sikit dengan chenta hati 1. dia balik tak lama. 3-4 hari je. bila balik mesti dia sibuk sangat banyak agenda. tapi, bila dapat luangkan masa sekejap pun cukuplah nak lepaskan rindu dan berborak-borak. nama pun kakak ngan adik,,, =)


tunggu suamiku balik plak, pinjam kereta dia sebab kereta auto dah tak larat nak bawa manual nak start keje dah jumaat ni.aduhai, jauhnya pasir gudang. baby, tolonglah keluar cepat!





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 25 disember 2012 9.05 a.m.

Tuesday, December 25, 2012

ibu belikan untuk si baby



si babah tugasnya belikan yang penting untuk si baby dah setel. cik zira barang pertama sekali botol susu. lepas tu belikan bedung. sekarang kalau pergi mana-mana mesti ada je nak belikan si baby barang, walaupun hanya stokin comel. daripada sikit dah macam banyak plak barang untuk si baby. paling tak tahan tengok stokin comel lah. aduhai, rasa nak beli semua je.


dan barang yang pada awal cik zira rasa tak penting, rupanya sangat penting untuk diguna bila cik zira dah mula kerja nanti, car seat cik zira dah pun selamat sampai. beli online. dan semestinya MERAH!!


nak tengok?


 kotak yang sampai besar. ni lah parcel paling besar pernah sampai dekat rumah

inilah dia RED CAR SEAT untuk si baby ibu



boleh buat enjut sekali. agak-agak dia tak diam, letak je enjut je dia dalam tu. lepas tu nanti nak pergi check up si baby boleh letak kat situ nanti.


car seat dah setel. cuma stroller je lah, rasanya tak nak guna pun lagi. jadi tak belilah. beli mana yang penting nak guna dulu. car seat tu pun cari yang murah je, asalkan boleh guna dan selamat diguna.


cepat ye si baby. banyak dah barang belikan untuk awak ni. tunggu awak keluar ke dunia je sayangku!





~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 21 disember 2012 8.20 a.m.

Monday, December 24, 2012

Aiman 3 Tahun.


masa anak-anak bik idah si kecik-kecik tu ada, kitorang sambut birthday aiman ke 3 tahun secara kecil-kecilan. aiman pun tak nak pun nyanyi ke tiup lilin. nangis dia. mungkin dah besar dia dah malu sikit. 


ada kek coklat season dengan KFC. makanlah kitorang lagi yang seminggu sebelumnya dah sambut birthday si ct. tapi masa tu makan pizza hut. seronok jugak sambut birthday sebab ada makan-makan.







aiman tak seronok sangat, dia asek nak main, budak-budak kecik lain yang teruja lebih tolong tiupkan lilin kek aiman.


cik zira belikan aiman hadiah tengah hari tu. belikan kereta dengan kereta api. seronok tengok mainan budak-budak ni, lagilah mainan perempuan, rasa sume cik zira nak beli. hehe





keluarga cik zira sedara mara ni pun ramai bulan 12. adik cik zira ina pun dah lepas hari lahir yang ke 18 pada 13 disember lepas.


tahun depan pulak semua naik lagi 1 tahun di tahun 2013. semoga semua diberikan kesihatan, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 21 disember 2012 8.05 a.m.

Sunday, December 23, 2012

oh, ais krim!



selain nak minum air ais je, kegilaan cik zira sebelum dan semasa mengandung ialah ais krim. dan kalau nak beli ais krim, ais krim kegemaran cik zira tentunya La Cremeria Nestle. sangat suka. semua perisa pun sedap. dah penuh bekas ais krim tu dalam peti jadikan bekas buat air batu.





kalau habis je sebekas, pergi giant yang dekat, mesti nak kena beli sebekas. nak kena sentiasa ada ais krim la cremeria nestle ni sebab kalau boleh, hari-hari nak makan. si baby nanti keluar dah besar pun entah-entah suka makan ais krim tak pun tak nak dah makan ais krim langsung sebab masa dalam perut dah puas ibu dia asek makan ais krim je. hehe





~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 20 disember 2012 8.15 a.m.

Saturday, December 22, 2012

Kacang Pool.



kacang pool ni merupakan salah satu makanan yang popular dekat JB. yang paling femes kacang pool bomba larkin. cik zira tak berapa minat sangat makan kacang pool ni, tapi boleh je nak makan.


bagi yang tak tahu lagi apa itu kacang pool dan macam manalah rupa makanan ini, mehlah cik zira tepekkan gambar, ehsan dari google.







dia kena makan dengan roti tebal tu. 


cik zira tanya bik ani, " bik, kenapa panggil kacang pool? dia macam swimming pool ke tengah-tengah ada air?,"


sengal tak soalan? yelah, logik jugak kan kalau difikirkan. haha


bik sah, makcik cik zira dari KL, kalau balik JB, wajib beli kacang pool untuk sarapan dekat bomba larkin tu. sedap katanya. 





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 20 disember 2012 7.59 a.m.

Friday, December 21, 2012

Tahniah Mye & Fiqa!



kredit kepada syira sebab MMSkan gambar kahwin fiqa dan mye kat cik zira. cik zira tak berkesempatan nak pergi majlis member maktab cik zira fiqa dan mye dan rakan-rakan maktab lain yang mendirikan rumah tangga disember ni. maklumlah, dah memboyot ni, nak jalan jauh tak berani dah, lagipun dah tak larat. memang ramai sangat member cohort 3 yang kahwin bulan 12 ni. alhamdulillah. tahniah juga buat member yang lain yang sudah selamat menamatkan zaman bujang.


fiqa gonde memilih warna kegemarannya iaitu warna kuning di majlis dekat rumahnya di chukai, kemaman. fiqa cantik sangat-sangat! hubby fiqa pun kacak. bilalah dapat jumpa member kesayangan cik zira ni agaknya.






mye pula memilih warna brown untuk majlis di sebelah hubbynya di kelantan. sweet sangat tengok mye dan suaminya, ehsan. 






happy sangat tengok member-member maktab cik zira yang berkahwin. rindu sangat dengan semua. dah banyak kali sangat mimpi member-member maktab. yelah, kitorang sama-sama 6 tahun suka duka. bila dah masing-masing kerja, dah kahwin dah ada anak, susah nak jumpa, jadi semua rindu-rindu je. kan best kalau ada reunion member maktab. tapi itulah, nak kumpulkan semua 76 orang mesti dah susah. tapi kalaulah dapat jumpa bawa suami isteri anak masing-masing, mesti seronok sangat.


kalau ada member-member maktab cohort 3 yang baca blog cik zira, cik zira cuma nak bagi tahu yang cik zira rindu sangat-sangat dengan korang. rindu bangat!





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 18 disember 2012 9.15 a.m.

Thursday, December 20, 2012

Big Apple.



masa budak-budak kecik ada kat rumah atok 2 minggu lepas, cik zira ke big apple belikan donut untuk bebudak tu. untuk cik zira mesti 2 biji donut, yang coklat alien tu dengan yang cheese tu. itulah kegemaran cik zira sejak dulu. dulu kalau kat UUM, pergi tesco mergong perisa 2 tu lah yang cik zira beli. suka sangat!


yummy!! sedapnya!!



antara JCO, Dunkin dengan Big Apple, cik zira rasa cik zira suka Big Apple lagi. banyak pilihan dan lagi sedap. terbaik!!





~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 18 disember 2012 9.00 a.m.

Wednesday, December 19, 2012

Buku Bisnes



setiap hari selain handphone yang cik zira kena sentiasa awasi, buku log biru pun sentiasa cik zira rujuki. sebabnya, dalam buku tu lah ada semua details pasal bisnes kecil-kecilan cik zira. dalam tu lah cik zira catat jualan baju dan tudung, sewa homestay dan sewa baju arab.


jadi, bila ada customer tanya ke apa, kena sentiasa tengok buku tu terutama kalau orang tanya homestay dan baju arab. yang tu kena tengok tarikh betul-betul tak nak tersilap.





buku ni dah lama, sejak cik zira belajar kat maktab dengan UUM lagi. dulu masa belajar lagi seronok, hari-hari ada orang beli, hari-hari pergi pejabat pos, pos barang.


cik zira memang suka berniaga. dari sekolah rendah lagi, ada je benda cik zira nak jual. sampailah ke sudah. Insya Allah, semoga sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah untuk mencari duit sampingan dan boleh disimpan.


jadi, kepada sesiapa yang nak tahu bisnes kecil-kecilan cik zira, silalah ke REDshop ye.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 18 disember 2012 8.47 a.m.

Tuesday, December 18, 2012

check up semalam dan perut 8 bulan.



Assalamualaikum. hari ni happy sebab gaji dah keluar. nanti nak keluarkan duit dan nak uruskan gaji macam biasa. mana nak simpan disimpan dahulu.


semalam ke klinik buat check up untuk si baby yang di dalam perut dah 34 minggu lebih. kiranya sekarang cik zira dah 8 bulan lebih nak masuk 9 bulan dah. 


alhamdulillah, keputusan darah minum air gula normal, 3.7. takde kencing manis. yay! tekanan darah pun ok. berat je naik 1.2 KG dan berat sekarang masa timbang semalam ialah 62.5 KG. kiranya sekarang cik zira punya berat dah naik 9 KG.


tengok doktor scan si baby semalam. dah nampak muka dia sket dan nampak dah besar si baby. tapi tak jelas sangat sebab doktor kerajaan mana nak explain kan, dia buat kerja dia je. teringin je nak scan lagi tapi suamiku tak bagi. kena ikut lah cakap suami. dia kata berserah dan berdoa je, semoga si baby selamat.


doktor cakap baby ok, sihat. berat dia dah 2.4 KG. wah, dah berat upanya. patutlah cik zira dah cepat mengah sekarang ni. penat bawa si baby ke sana sini. sebab tu tak keluar berjalan, tak larat. jalan pun dekat-dekat je. ingatkan baby tak berat sebab perut tak besar sangat. upanya dah berat jugak anak ibu ni. syukur alhamdulillah.


next check up ialah pada 31 disember. penghujung 2012. dah keje masa tu. kena minta cuti lah nampaknya. si baby masih bergerak aktif dan rasanya sebab ruang dia masa ada untuk bersilat dalam perut ibunya ni. takpe anak, geraklah nak gerak banyak mana. nanti dah keluar ke dunia, ibu tahulah nak buat apa kat si baby k. tunggu jelah.


ok, ni cik zira nak tepek gambar cik zira dengan si baby masa check up 2 minggu lepas masa 32 minggu. hantar mms dekat mami tersayang di penang pun mami kata perut comel je. bak kata mami cik zira, takpe, keluar kecik, nanti bagi dia minum susu banyak-banyak bagi dia bam-bam, Insya Allah.









comel kan perut 8 bulan? orang tanya pun bila cik zira bagi tahu kata kecik comel je. lagilah kalau pakai tshirt besar, memang tak nampak sangat macam 8 bulan pun. nampak jek kecik, tapi nak membawanya pun dah mengah-mengah je. hehe


oklah, cukuplah bercerita pasal pregnancy cik zira pagi selasa ni. nanti cik zira update lagi. selera makan pun ok, keje nak makan je tapi takdelah sampai mentekedarah. tapi asal lapo, mesti kena makan. tak boleh tunggu, nanti sakit perut, masuk angin.


berhenti di sini dulu. jumpa entry besok pagi plak.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 18 disember 2012 8.15 a.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails