SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, October 31, 2010

buah hati nak datang...




salam hujung minggu buat semuanya
kalau hari ni korang ada plan nak ke mana-mana, cik zira pun sama tau






memandangkan cik zira berada di rumah abah di simpang pulai ini, makanya dengan jarak perjalanan hampir 2 jam sahaja daripada Penang, buah hati kesayangan cik zira nak datang umah abah
yay!






sangat seronok sebab last jumpa masa buah hati dan abah bersama auntie zie dan ina anta cik zira first time keje hari tuh, 3 minggu yang lepas
dan hari ini akan berjumpa semula
mana tak happy sakan kan,,, ;)






mungkin akan berjalan-jalan di Ipoh ni jelah
malam buah hati dah nak kena balik Penang semula, selasa pulak jumpa balik kat UUM masa hari konvo tuh






tak kisahlah dapat jumpa lama ke kejap ke, janji dapat jumpa
korang yang rasa bahagia ni pun mesti faham macam mana rasa setiap kali dapat bersama dengan yang disayangi kan,, =)






eh, tak sabar-tak sabar, dalam kul 2 lebih da dapat tengok muka buah hati






ok
tak boleh taip dah ni
perasaan teruja di tahap tertinggi
kena stop taip
SEKARANG!!






ok
bye bye 
^___________*







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 30 oktober 2010 1.26 p.m.

Saturday, October 30, 2010

our first cohort baby!!




alhamdulillah
syukur kerana teman cohort kami iaitu Puan Atirah telah selamat melahirkan baby girl secara normal dengan berat 3.1 kg pada 27 oktober 2010






terima kasih kepada siti sebab hebahkan berita gembira ini






tak sangka, dalam diam jek, atirah atau kami panggil trex mengandung
dia diam-diam jek, tup tup dah dapat baby dah
alhamdulillah






ingatkan baby kak norish first baby cohort, upenye baby atirah dengan husband dia dulu
next is kak norish
kiranya, kami ni seramai 75 orang dah dapat anak lah nampak gayanya,,






dah sms trex dah sebaik tahu berita gembira ini
dia tak dapat gi konvo sebab kena pantang, lagipun badan lemah lagi kan



cik zira bersama mama & papa kepada baby girl yang pertama dalam cohort,,, =)




takpe ye trex sayang, duduk rumah rehat pantang elok-elok k
jaga diri
insya Allah, lain kali kita dapat jumpa lagi






nanti kalau dah ada gambar baby, jangan lupa send dekat mummy zira ye,,hehe
dan dan gatal nak jadi mummy,, ewah!






kalau dekat, konpem cik zira dah pergi tengok trex dan bb nya, tapi jauh, nun di terengganu nun
takpe, mana tahu nanti insya Allah boleh jumpa bila bb dah tembam bam bam kan trex,, =)






buat atirah dan suami, tahniah cik zira ucapkan atas kehadiran cahaya mata perempuan
semoga perhubungan semakin bahagia dan berkekalan sampai ke akhirnya... AMIN







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 29 oktober 2010 9.15 a.m.

sudah di rumah abah




alhamdulillah
pukul 5 lebih pagi tadi cik zira dah selamat sampai di rumah abah di simpang pulai ini
auntie zie tolong amek kat bus stand depan simpang pulai, tak turun dekat medan gopeng pun sebab bas lalu simpang pulai




tapi terlajak ke depan sket, dah kena berjalan patah balik gi bus stand semula,, huhu
lepas tuh ada van stop tanya nak gi mana, cik zira cakap ada orang amek
yelah, time tuh takde sapa-sapa, awal pagi kan






dahlah masa tunggu kat bus stand tuh ada mamat hindustan tengah tunggu member dia, bila member dia datang, dorang cakap hindustan, walawai, macam dalam filem hindi plak rasa,, hehe






tak lama lepas tuh auntie zie sampai, dia datang amek
sampai umah jek betul-betul ngah azan subuh






subuh dulu, kemudian tido balik, kul 8 lebih bangun, mandi, basuh baju, jemur baju, sarapan dan update blog kesayangan






lepas ni nak sambung tanda kertas PJK kelas 1K dan 1I
lepas siap tanda, isi markah, nak kena email kat akak-akak guru kelas markah budak-budak ni
markah Pendidikan Seni cik zira dah siapkan semalam, dah bagi kat akak tuh
tinggal 2 paper ni jek lagi,,






ok ye semua
selamat berehat k bagi yang bercuti
cik zira nak sambung wat keje dulu ye,,,







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 30 oktober 2010 9.45 a.m.

Friday, October 29, 2010

ke Simpang Pulai




pukul 10 malam, 29 oktober 2010, jumaat
menaiki bas seri maju di terminal larkin






insya Allah, pagi esok sampai, cik zira update blog live dari simpang pulai plak ye (ececeh)






doakan cik zira selamat sampai ye





isnin dan selasa cuti rehat khas sekolah, rabu-jumaat cuti deepavali plak
maknanya cik zira akan bercuti sakan lah sekejap!! hehe






SELASA, 2 november 2010, hari konvokesyen di UUM
cik zira akan berkonvo pada hari tersebut






tak sabar nak jumpa kengkawan semua
tak sabar tak sabarnya,,, ;)


boleh tak letak muka tak sabar macam gini?? ,,, ;)





okeh, sudah
bagi selamat sampai simpang pulai dulu ye hazirah
^___________^







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 29 oktober 2010 8.56 a.m.

ke sekolah setiap hari




dari umah atok, STULANG BARU ke SK TAMAN CENDANA, sekolah cik zira setiap hari berulang begitu






perjalanan memakan masa 25-30 minit jika jalan lancar 
tapi, bila jalan banyak keta, jam ke, sesak sampai bergerak perlahan, pernah sampai sejam dan sejam lebih
memang sangat tension dalam keta, pulak tuh keta manual kan penat sket kaki


sila tekan untuk tumbesaran yang lebih jelas k,, =)





keluar rumah pukul 11.25 atau 11.30 pagi, sampai dalam kul 11.50 cenggitu
masuk sekolah kul 12






kul 6.30 habis sekolah, sampai umah sekali ngan amek bik moi kul 7.20-7.30 malam cenggitu
kalau terus balik umah, kul 7 dah sampai






walaupun penat dalam perjalanan, tapi dah biasa tak rasa pun
cuma kalau jam lah tension sangat jadinya
selalu hari-hari doa supaya jalan tak jam, takdelah lama sangat dalam keta






takpe, dapat sekolah best, budaknya best, jauh sket pun takpelah
asalkan hari-hari nak gi sekolah semangat jek, taklah macam praktikal dulu, rasa malas sangat nak gi sekolah mengenangkan budak-budaknya yang macam ape ntah,, huhu






malam plak kalau takde keje banyak, leh tido awal bangun pun awal
cuma kalau ada keje, macam kena tanda kertas peksa, tido kul 12 lebih cam tuh






terima kasih tak terhingga kepada bik moi yang sudi bagi pinjam kereta sebagai pengangkutan cik zira ke sekolah setiap hari dan terima kasih juga buat atok ngan bik ani yang masakkan cik zira hari-hari makanan sedap-sedap, cik zira bawa bekal gi sekolah






sayang dorang ketat!!







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 27 oktober 2010 10.20 p.m.

hari akhir peperiksaan




sekejap jek kan rasanya, kalau awal-awal hari selasa tuh baru nak start hari pertama peperiksaan akhir, tup tup pagi ni dah pagi jumaat dah,, hari ni hari akhir peperiksaan 
tinggal subjek Pendidikan Seni dengan Pendidikan Jasmani Kesihatan






hari ni cik zira masuk 2 kelas sahaja
dan hari ni kena kutip kertas Pendidikan Seni kelas 3 Dedikasi dan kertas PJK kelas 1K dan 1I
disebabkan tak sempat tanda, cik zira akan harung kertas-kertas peksa tuh bawa ke umah abah nak menanda kat umah abah, lepas dah tanda, dah bagi markah sume, kena email kan dekat akak-akak guru kelas tu sebab isnin dah kena lengkapkan borang markah semua






oleh kerana cik zira sudah bercuti isnin dan selasa, semalam kat sekolah cik zira dah setelkan bagi senarai nama dekat cikgu-cikgu yang tanda kertas budak-budak 1M, minta tolong cikgu-cikgu tuh terus bagi markah kat kat nazira hari isnin ni sebab kak nazira SUP. lepas tuh, semalam jugak dah amek senarai nama dari guru-guru kelas 3D, 1K dengan 1I sebab nanti pas tanda nak email kat dorang markah budak-budak dorang






hari ni sampai kat sekolah awal sket ke, ada keja nak kena setelkan, markah per seratus tak tulis kat ketas budak-budak, terlupalah, kang jenuh mak bapak tak faham macam mana nak per seratus plak kang,,hehe






tak sabar nak habiskan hari ni cepat-cepat sebab balik sekolah nanti, mandi solat maghrib solat isyak lepas tuh nak kemas-kemas sebab bas malam ni ke simpang pulai pukul 10 malam. nek bas seri maju. esok pagi insya Allah, sampailah umah abah..


yay, nak bercuti!!




ok semua
esok akan berlintas langsung dari simpang pulai, perak plak,, hehe








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 29 oktober 2010 8.48 a.m.

Thursday, October 28, 2010

pulanglah si mayam tonetku




bik moi sekarang di KL sebab dia ada meeting
buat beberapa hari ni cik zira terus balik umah lepas sekolah, tak payah nak amek bik moi kat rumah dia kat larkin sebab bik moi kat KL dah
kiranya macam semalam, kul 7 cik zira dah sampai umah atok, dah siap makan sebab lapa bila sampai tuh





bik moi kata nak bawa mayam tonet balik uma atok nanti
harap-haraplah dia ikut bik moi balik sebab kak jira dia ni sudah merindui dia sangat-sangat






si tonet tuh tak sabar nak jumpa bik moi dia sebab dia nak tunjuk hadiah dia dapat nombor 2
sungguh kat sekolah kejenya tido jek, terer gak si tonet ni boleh dapat nombor dua padahal umur dia baru 4 tahun, kalah budak yang 5 tahun






MAYAM MEMANG TERER!!
kak jira tahu dah..
mulut kepoh macam tuh pun pandai tau, pandai buat semua benda,, hehe






wahai si MAYAM TONETKU
silalah pulang wahai cayangku, sudah kangen sama kamu si kecik!!







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 27 oktober 2010 10.00 a.m.

hari khamis memakai batik




sebelum bercerita bab batik tuh, baik cik zira cerita pasal semalam jap ye
semalam di sekolah pun sangatlah busy sampaikan nak makan pun yang selalu makan sopan santun dan menikmati pun kena makan cepat-cepat sebab kena masuk kelas jaga budak peksa
masa rehat takde sangatlah sebab makin lama keje makin banyak dan alhamdulillah keje untuk semalam cik zira dah setelkan mana-mana yang patut





balik umah semalam, wat list untuk diserahkan kepada cikgu-cikgu yang aja kelas 1M untuk masukkan markah peksa sebab isnin selasa cik zira kan cuti untuk konvo, tu yang masalah tuh sebab dahlah cik zira guru kelas, pulak tuh markah sume nak kena setel hari isnin
paper Pendidikan Seni dengan PJK cik zira konpem-konpemlah tak sempat tanda hari jumaat tuh, kena bawa balik umah untuk tanda, markah nak kena bagi kat cikgu kelas dorang
aduhai, takut sangat ada masalah jadi tapi harap sangat semuanya dapat diselesaikan dan semuanya OK






takpe, lupakan seketika pasal kerja, fikirkan pasal blog MERAH kesayangan hati ini
mahu update blog untuk hari ini dengan senyuman,,, =)







oh, hari ini kan hari khamis
hari khamis adalah hari memakai batik bagi warga kerajaan sekalian
jadinya, kalau minggu lepas berkebaya batik warna brown, minggu ini pulak iaitu hari ini berkebaya batik juga tetapi warna kebiruan cenggitu


baju kebaya inilah yang cik zira pakai hari ni,, =)





wah wah wah, senang sungguh cik zira bila ada arwah mak yang banyak baju cantik-cantik peninggalannya, cik zira boleh lah pakai buat gi keje
nasib baik muat tau,, ngee






tapi itu lah, baju batik plus batik maktab pun bape jek, boleh kira pakai jari jek
lepas ni kena banyakkan baju batiklah nampak gayanya sebab tanaklah sama jek tiap-tiap hari khamis pakai baju sama
kalau tak mampu beli batik betul pun, corak batik pun orait jugak kan kan,, hehe






hari ni khamis dah
esok dah jumaat, cepat betul masa berlalu
kena siapkan semua kerja baru boleh bercuti dan berkonvo dengan senang hati
^___________*







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 27 oktober 2010 9.39 p.m.

Wednesday, October 27, 2010

currently watching...




sekarang kan, kalau ada masa lapang dan terluang, cik zira akan tengok cerita-cerita best ni dekat channel astro.






hari-hari kalau ada masa tengok tv memang akan tengok :



  • Kimora  Life in the Fab Lane
  • Giuliana & Bill
  • Got To Dance ( Hari Sabtu )





dah macam habit plak nak tengok Kimora tuh sebab suka dengan kehidupan dia. walaupun sibuk tapi dia tetap luangkan masa untuk anak-anak kesayangan dia. lepas tuh, walaupun dia kaya raya, tapi dia tak sombong, suka tolong orang yang kurang berkemampuan.






dan untuk giuliana & bill plak, daripada tak kenal sapa si giuliana tuh, sampai dah jadi kenal yang dia host rancangan E! tuh. suka dengan life dorang sebagai suami isteri. well, memang dah jadi habit majoriti daripada kita kan yang suka tonton kisah realiti orang. dan cik zira salah seorang daripadanya,, =)






dan untuk Got To Dance, setiap sabtu 7.30 malam tuh, wah, yang ini WAJIB tonton lah!
memang sangat-sangat best kalah cite dansa yang lagi satu tuh dan sangat jauh berbeza dari Sehati Berdansa dan Mari Menari. tengok Got To Dance teruja dia lain macam sebab sangat ramai penari berbakat besar dalam rancangan realiti berdansa America tuh. memang syiok!!






ha, itulah cerita-cerita yang cik zira tengah suka nak tengok buat masa sekarang. lagipun masa tengok tv dah makin berkurang. kalau ada pun memang akan buka nak tengok cerita-cerita yang cik zira suka sekarang ni. cite lain tuh tak berminat sangatlah nak tengok. mungkin sebab faktor sibuk kot,, hehe






habis tuh, korang suka tengok cite apa sekarang yang ada kat TV tuh? tengok tak cerita yang cik zira suka ni? best kan kan    ^__________*






~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 27 oktober 2010 8.53 a.m.

agaknya tema hijau





tak tahulah kenapa, tapi dah masuk hari rabu baru perasan yang dah 3 hari ni cik zira pergi sekolah pakai baju bertemakan hijau






ISNIN - baju hijau
SELASA - baju hijau + biru
RABU - hijau + hitam


 SELASA - hijau + biru
ISNIN - hijau





ha, macam mana tuh, hari ni ke sekolah pun hijau tapi hijau + hitam pulak. tengok esok dan jumaat plak. kalau teramek baju hijau jugak, memang sah-sahlah minggu ketiga ni minggu cik zira bertemakan hijau. hehe






mula-mula memang tak pasan, tapi pagi tadi bila iron baju keje untuk hari barulah perasan. yelah, selalunya malam jek memang keluarkan baju dan tudung untuk di iron awal pagi, jadi main amek jelah baju apa yang ada, tu yang tak pasan, tapi dah kalau 3 hari berturut-turut warna hijau, memang kebetulan yang tak disengajakan lah tuh






lepas tuh, baru perasan, rupanya banyak juga baju kurung cik zira warna hijau. ini tak boleh jadi! dapat gaji nanti nak terus cari baju keje warna MERAH banyak-banyak bagi MERAH lagi banyak dari semua kaler yang cik zira ada. itu MISI PENTING bila dapat gaji nanti.. ^__________^






esok khamis dengan jumaat nanti cik zira pakai warna apelah pulak gi sekolah ye,,, ;)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 27 oktober 2010 8.34 a.m.

bermula hari yang sibuk





salam rabu buat semuanya
semalam, seperti yang sedia maklum, hari pertama peperiksaan setara akhir tahun sekolah cik zira iaitu SK Taman Cendana dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar





dan semalam lah bermulanya hari sibuk cik zira kerana selain mengawasi murid dalam kelas, mengambil kertas dan memulangkan kertas ke SUP, cik zira juga perlu menanda kertas untuk kelas yang cik zira aja. nasib baik sikit jek kelas cik zira aja. sume sekali ada 5 kelas:


  • Bahasa Melayu - 1J
  • Bahasa Melayu - 1M
  • Pendidikan Seni - 3D
  • Pendidikan Jasmani Kesihatan - 1I
  • Pendidikan Jasmani Kesihatan - 1K
 (cik zira perlu ganti kak jalilah yang cuti bersalin. amek alih tugas dia sampai akhir tahun. mulai tahun hadapan, baru dapat kelas yang betul dan mengajar english)




jadinya, semua kertas periksa untuk 5 kelas ini cik zira perlu tanda dan alhamdulillah, malam tadi sampai ke pukul 11 lebih, cik zira berjaya menyiapkan kertas Bahasa Melayu 1 dan Bahasa Melayu 2 untuk kelas 1J dan 1M itu. sudahlah tak dapat skema jawapan. nasib baiklah dajah 1,, hehe


menyiapkan tanda 124 kertas malam tadi dengan jayanya,, =)




yang tuh dah siap tulis markah siap-siap. dan untuk pendidikan jasmani kesihatan dengan pendidikan seni tuh, paper dorang hari jumaat ni. kalau bukan jumaat, cik zira memang sempat tanda dan siapkan sebelum jumaat. ini paper hari jumaat, takut tak sempat nak tanda sebab cik zira ingat nak siapkan semua memandangkan isnin dan selasa cik zira amek cuti untuk konvo nanti.






dan selain penandaan kertas, cik zira kena siapkan semua fail peribadi murid 1M dan Buku Adab 1M jugak. kena siapkan dalam minggu ni jugak. lepas tuh nanti dah dapat markah semua, kena masukkan dan buat senarai sebab nak masukkan dalam buku rekod budak-budak.






wah wah, inilah namanya seorang guru. walaupun dah nak tutup sekolah, makin banyak kerja yang perlu dilaksanakan. memang banyak dan insya Allah, cik zira akan cuba siapkan satu persatu. mana yang boleh buat, cik zira akan selesaikan dahulu. MESTI BOLEH!!






bila jadi guru kelas ni, kerja dia bertambah sikit daripada cikgu yang tak pegang kelas sebab lagi-lagi nak tutup sekolah lagi sebulan lebih ni, memang banyak nak kena selesaikan sebab untuk persiapan naik tahun hadapan, semua nak kena beres..






takpe, mana boleh buat, buat dulu, nanti cuti seminggu minggu hadapan, boleh rehatkan diri daripada fikir pasal sekolah. fikir nak konvo dan fikir nak bercuti sekejap. itu aje.






kiranya ada 3 hari sahaja untuk cik zira selesaikan semua supaya tidak ada masalah nanti bila cik zira cuti isnin dan selasa nanti. insya Allah, HAZIRAH MESTI BOLEH!!






p/s terima kasih ye sudi baca pengalaman cik zira sebagai seorang guru baru,, =)






~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 27 oktober 2010 8.23 a.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails