SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, January 31, 2011

hotel di sekitar danga bay




dekat danga bay tuh ada 3 hotel yang selesa untuk anda menginap. hotelnya ialah Tunehotels, Zoomin Hotel dan Kizo Hotel.







cik zira dah siap tanya tiga-tiga dan kalau korang datang jb, bolehlah menginap di salah satu hotel ini mengikut bajet korang. memang selesa dan senang nak ke bandar.





nanti cik zira cerita lebih lanjut pasal 3-3 hotel ni ea. mana tahu kan cuti ni ada sape-sape nak datang jb. kalau nak hotel sederhana, satu malam dalam rate RM 70 ++ dan ke atas, bolehlah menginap dekat hotel di danga bay ni k..


cik zira di salah satu hotel yang disebutkan





ada masa nanti cik zira cerita lebih lanjut tau.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 31 januari 2011 9.10 a.m.

oh, semalamku yang indah!! hari ini pun mahu indah





hi hi hi semuanya
nak update blog hari ni pun happy-happy dan senyum jek,, =)






semalam petang pakai cantik-cantik lah daripada selalu. selalu simple dan biasa je,, cik zira pakai blouse belang-belang warna brown. pakai inner klip syria warna dark brown dan pakai cotton shawl warna soft brown. pakai jeans.






semalam happy. pagi pergi kerja, pergi sekolah. petang dan malam happy. dapat habuannya.







makan malam di LC Catering. kali ini cik zira rasa plak beef bihun dia. selalu makan western jek kalau datang situ. ini makan beef bihun yang kata nak rasa hari tuh. sedap dan kerana memang tengah lapar, bertambah-tambahlah sedapnya. kuah dia pekat, daging dia banyak. halia pun banyak. sedaplah. rasanya harga beef bihun tuh RM7.50. pinggan besar tapi portion dia kecik je sebenarnya. bolehlah cik zira makan sorang. lepas tuh minum carrot susu.


beef bihun yang masih panas lagi,,




balik umah semalam pun happy. hari ni nak sambung happy lagi k,, =)






kan tengah bercuti. memang masa untuk berjalan lah kan. kalau tak pergi sekolah balik sekolah. duk umah buat kerja sekolah. cuti ni dapatlah berehat sekejap. cuti habis, pergi sekolah kerja banyak balik,,






takpe cik zira. jom happy-happy dulu.






ok semua. hati-hati tau. sekarang musim hujan. kat sini pun masih hujan berterusan. hati-hati tau.









~sekian~










k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 31 januari 2011 9.00 a.m.

Mesyuarat Agong PIBG kali ke-10




salam sayang buat semua






semalam mood happy, hari ni pun mood happy,, =)






sebelum bercerita pasal semalam kena pergi sekolah untuk bekerja, baiklah cik zira melaporkan keadaan cuaca di johor bahru ni yang nampaknya sudah masuk hari keempat hujan turun tidak berhenti dan adakalanya lebat dan berterusan dari pagi sampailah ke malam. kalau benti pun ujan renyai tetap turun. tapi keadaan di jb masih tidak banjir walaupun hujan turun tanpa henti. syukur. semoga keadaan tidak berterusan lama. AMIN






itu pasal hujan.
sekarang nak masuk pasal semalam bersempena mesyuarat agong pibg kali ke-10 sk taman cendana. 
cik zira sampai sekolah dalam pukul 7.40 macam tuh. hujan je, habis basah sikit walaupun pakai payung. sampai terus daftar dan amek buku program. nombor bertuah cik zira 138. siap cium dulu mana tahu kot bertuah kan sebab ada cabutan bertuah masa akhir program. yelah, selama ni memang tak pernah bertuah pun kalau masuk apa-apa ke, cabutan bertuah ke, memang seumur hidup tak pernah pun dapat.


semalam berbaju batik biru, pinjam baju bik moi,, ;)




lepas dah daftar, naik pejabat key in kehadiran. lepas tuh terus pergi dewan amek tempat. rakan pengacara majlis cik zira datang lewat. datang tak bawa pape pun. dan dia cakap sikit sahaja lepas tuh dia balik awal dan cik zira lah yang mengacarakan majlis sampai ke habis. takpelah, lagi selesa cakap sorang-sorang walaupun ditegur sebab banyak sangat guna perkataan 'ok'. aduhai, tak perasan. agaknya dah terbiasa. minta maaflah sangat. nanti dah guna 'baiklah', pastu tersasul balik guna 'ok'. lepas ni kalau ada pape, jadi pengacara majlis lagi, kena hati-hati. lepas tuh masa penyampaian cenderahati pun salah sebut nama. dah minta maaf dah dengan AJK berkenaan dengan mantan ajk pibg yang terlibat. minta maaf sangat-sangatlah kepada semua. selalu masa UUM dulu, event besar takde plak nak silap, nasib baik. ini kat sekolah plak, aduhai, mesti kena marah lepas ni,, huhu
tapi selain tuh semuanya berjalan dengan lancar.







hujan pun turun lebat tak berhenti. kesian ibu bapa yang hadir kebasahan. mesyuarat berjalan dengan lancar walaupun ada pertelagahan kecil tapi itu biasalah, adat mesyuarat pibg di sekolah mana-mana pun begitu juga. kalau setakat bercakap je tidak guna, kena kotakan apa yang dikatakan itu untuk kebaikan semua terutama untuk kebaikan anak-anak.






pukul 10 pagi berhenti rehat untuk makan. dapat makan nasi lemak sambal ayam. cik zira dapat kepak ayam. nasi tak habis sebab banyak sangat. tapi ayam sambal dengan kacang habis, hehe






kesian dekat cikgu-cikgu sebab kena duduk bawah khemah yang basah tuh sebab hujan turun lebat sangat. guru-guru kena duduk depan sebab nak pengaruhi ibu bapa supaya memilih AJK PIBG yang baru yang betul-betul boleh buat kerja. sorang cikgu angkat tangan, semua angkat sekali,, hehe






masa mangkuk cabutan bertuah tuh sampai kat tangan cik zira, cik zira kacau-kacau nombor tuh, kocak-kocak dia, mana tahu kan nombor sendiri ke bertuah. hadiah ada 25. mana tahu tersangkut ke satu. tapi, sayang, memang tak bertuah lah. tak pernah bertuah. entah bila lah kalau ada mana-mana cabutan bertuah leh dapat hadiah kan. takpe, teruskan usaha kamu ye cik zira.






balik rumah dalam pukul 1 lebih, jalan di highway pasir gudang adalah sangat jam. air naik sedikit jadi kena pandu perlahan. (skema sungguh ayat ini)
sampai rumah pun kul 2.15 cenggitu. terus buka lense. terus ke meja makan. maklumlah, hujan-hujan ni memang perut akan lapa walaupun sudah makan nasi lemak.






bik ani masak kuey teow bandung dengan nasi minyak. cik zira makan 2-2 sekali. makan kuey teow dulu lepas tuh makan nasi minyak dapat ayam kepak,, ngee
tapi sorrylah, tak sempat nak amek gamba makanan semalam sebab lapa sangat,, huhu






itulah serba sedikit kisah semalam di sekolah sempena mesyuarat agong pibg tuh. cikgu-cikgu yang duduk jauh, hari ni baru dapat pulang bercuti berjumpa keluarga sebab semalam kena kerja. cik zira tak kemana-mana sebab dapat kerja di tempat sendiri, alhamdulillah.






ok ye semua. nak siapkan update blog untuk hari ni. lepas tuh nak sarapan, nak mandi-mandi bersiap cantik-cantik,, =)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 31 januari 2011 8.45 a.m.

Sunday, January 30, 2011

h.a.p.p.y





kawan-kawan semua,








nak bagi tahu







malam ni dan esok satu hari akan rasa happy sangat-sangat








nak happy sangat-sangat







walaupun hanya untuk beberapa jam sahaja, walaupun hanya untuk sehari sahaja, namun tetap mahu happy sehappy-happynya






lepas tuh, bila selesai hari isnin, rutin kembali seperti biasa,, =(






takpe hazirah, biar h.a.p.p.y dulu k..







harap kawan-kawan pun happy jugak sama macam cik zira happy k...






p/s cuba korang kira berapa banyak perkataan happy dalam entry ni. masukkan tajuk entry sekali tau,, ;)








~sekian~




 k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 29 januari 2011 9.00 p.m.

Tips : Cara nak jaga berat badan





hi semua
salam sayang ye!!






apa kata di hari ahad yang ceria yang boleh berehat-rehat ni, (walaupun cik zira sekarang di sekolah mengacarakan mesyuarat PIBG), cik zira nak bagi Tips ringkas dan mudah buat semua





Tipsnya ialah 'Cara nak jaga berat badan'






hehe
mentang-mentanglah dah dapat berat macam sekarang, bolehlah nak buat tips macam ini, cuba kalau berat macam dulu yang 67kg tuh, mahunya takde tips langsung,, kekeke






okeh
sebenarnya, ada banyak cara nak jaga berat badan kita kan. jaga berat badan ni maksudnya, bagi dia maintain, jangan bagi dia naik. kalau naik pun sikit, kena usaha turunkan balik.






paling utama, mestilah jaga pemakanan kan.






tapi, selain itu, cik zira ada cara cik zira sendiri yang memang cik zira rasa berkesan untuk diri dan motivasi cik zira.






apa caranya ye?
caranya mudah sahaja. kena beli penimbang berat dan letak dalam bilik. hari-hari setiap waktu kena timbang berat anda.






dan, oleh kerana cik zira tidak membeli lagi penimbang berat badan ni, walaupun memang hantu timbang, jadi, setiap kali pergi mana-mana yang ada mesin penimbang 20 sen tuh, cik zira wajib akan timbang. WAJIB!






kira macam dah ketagih tau sampai. jumpa penimbang macam rasa happy semacam. dalam wallet mesti sentiasa kena ada syiling 20 sen tuh sebab penimbang 20 sen tuh ada di mana-mana. dan cik zira rasakan, memang dah banyak duit cik zira laburkan dalam mesin penimbang tuh. kan best kalau dorang cari duta untuk mesin penimbang tuh, cik zira boleh agaknye sebab setiap kali jumpa, setiap kali itulah nak timbang. betul tau, tak tipu.






apa rasionalnya di sebalik tabiat cik zira ni? tabi'at tau pun tebiat.
rasionalnya ialah bila cik zira rasa berat macam tambah, jadi cik zira secara automatik akan jadi risau. risau dululah, lepas tuh baru akan bertindak sama ada nak kurangkan makan atau buat tak tahu dan teruskan makan. haha
selalu akan risau dan kurangkan makan pada hari timbang tu jelah. hari tak timbang, makan balik macam biasa, hee
yelah, sejak dah makan nasi balik ni, selera makan memang dah tinggilah. nasib baik ada Pil Halia Dunia Herbs yang membantu cik zira untuk maintainkan berat badan cik zira ni. 






ini tips mudah dari cik zira lah. sebabnya, bila hari-hari kita timbang, kita akan tahu sebenarnya berapa berat yang patut dan kalau naik tuh maksudnya kita dah terlebih makan. perempuan malas bersukan dan bersenam macam cik zira ni, selain bantuan pil halia itu, cik zira adalah sangat perlu menjaga makanan yang cik zira makan walaupun hakikatnya sekarang memang diet sudah ranap.huhu
dah susah nak jadi pengawal makan tegar macam masa awal-awal nak kurus dulu. kalaulah boleh jadi lagi macam dulu, jaga makan betul-betul, alangkah bestnya. mesti boleh kurangkan lagi berat badan,, ;)






itu sahajalah tips ringkas untuk kali ini ye. nak tahu lebih banyak TIPS,



inilah dia budak yang selalu timbang berat badan dia tuh, inilah dia!!





ingat, selalu-selalulah timbang berat anda ye!!







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 29 januari 2011 8.41 p.m.

Saturday, January 29, 2011

tak sabar menunggu






tak sabar menunggu ahad malam dan isnin







tak sabar nak pakai cantik-cantik
tak sabar nak melaram sikit
tak sabar nak makan sedap-sedap
tak sabar nak jalan-jalan
tak sabar nak amek gamba dah lama tak amek gamba
tak sabar nak happy-happy
tak sabar nak luangkan masa yang ada walaupun sekejap itu







tak sabar sangat untuk semua itu







harap-harap dapat lakukan semuanya dengan rasa gembira dan bahagia sekali,,, =)







di bawah ini muka si MERAH yang tak sabar menunggu tuh,,,








p/s pasal apelah entry ni ye sebenarnya. mari sama-sama berteka-teki,,, ;)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 28 januari 2011 9.36 p.m.

jumaat yang dirasakan sekejap sahaja





salam sayang buat semua





sekejap je kan dah hari sabtu balik, masa betul-betul cepat berlalu, nanti pejam celik jek dah nak dekat hujung tahun, maksudnya kena buat persiapan awal-awal lah sebab masa memang selalu mencemburui,, huhu






okeh
bercakap pasal masa, semalam hari jumaat, gerak dari rumah ke sekolah pukul 1. zohor kan sekarang dah lewat, jadi sampai sekolah, solat zohor di sekolah. perjalanan perlahan sebab hujan turun lebat.  lepas solat, berjumpa dengan Kak Zulaikha berbincang mengenai perjalanan program untuk hari Ahad ni. cik zira kena buat teks pengacara majlis memandangkan rakan sepengacara majlis taknak buat. biasalah kalau lelaki ni, semua kerja dia serahkan kat perempuan. tapi hanya segelintir sahaja ye, tak semua,, ;)






kelas mula 2.30, habis 6.15. jadi, ada masa sekejap sahaja cik zira makan bekal yang cik zira bawa iaitu roti whomeal 3 keping bersama rendang ayam sedap bik ani masak. sebelum pergi sekolah dah makan nasi dulu dekat rumah.






masuk kelas macam biasa. untuk 2E dan 2F tiada masalah. marah tegur sikit-sikit seperti selalu. tapi masuk kelas pertama waktu pertama dan kedua tu kelas 3J, alamak ai, asek nak kena jerit marah jek, bila dah tegas sikit baru otak dorang nak bergerak. cakap lembut-lembut memang otak dorang tido. sabar jelah. nak buat macam mana kan. mengajar kelas belakang-belakang ni cabaran dia memang hebat sikit.






kena relief kelas 3K, kelas paling hujung sekali. masuk sempat 15 minit jek tapi bagi dorang buat worksheet, baca sama-sama dengan dorang, bagi arahan mudah dalam bahasa inggeris dan dorang faham. alhamdulilah.






kiranya semalam tuh memang rasa macam kejap sangat duk sekolah sebab masa pendek dan takde masa nak rehat sangat. masa yang ada digunakan untuk siapkan kerja.






untuk kelas 2F, akhirnya tinggal hanya 2 orang daripada 43 orang yang belum jelaskan yuran. hari-hari cik zira kena ingatkan. harap-harap lagi 2 ni bolehlah jelaskan bayaran yuran secepat mungkin. tak nak pegang duit lama-lama. jadi pape nanti susah.






em, semalam rasa macam sekejap. hari ni pagi wat tusyen matematik tingkatan 2 sebab esok kan sekolah, jadi gantikan hari ni. petang tusyen dajah 2 dan dajah 1 macam biasa.






adat jadi cikgu kan, hari-hari mengajar. sambil mengajar pun sambil belajar jugak. betul kan?






oh, sebelum terlupa, ini gamba semalam... 






~sekian~




 k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 28 januari 2011 9.23 p.m.

Friday, January 28, 2011

sedihnya, orang lain cuti hari ahad, cik zira kena kerja





bayangkan, saat orang lain bergembira ria bercuti bersama tersayang, cik zira pula berada di sekolah, bekerja untuk Mesyuarat Agong PIBG






huwaaaa!!!
sedihnya,,,,,    
sob sob sob,,, =(







tusyen hari ahad pun terpaksa diganti oleh BFF memandangkan minggu lepas BFF tak datang, maka BFF coverkan untuk minggu ni buat cik zira, jadi takde masalah, cik zira pun tinggalkan kerja bagi kat budak-budak tuh.





esok kena buat teks untuk majlis hari ahad. baru hari ini dapat tentatif program yang betul. terpaksalah membuat teks MC di saat-saat akhir. partner seacara majlis pun tak jumpa. jumpa pagi ahad tu jelah. prektis pun tak payah. yelah, cikgu tuh sesi pagi, cik zira sesi petang. mana sempat nak jumpa. cik zira bergandingan dengan cikgu lelaki, sudah berkahwin,, tak pernah bercakap langsung sebelum ni. macam manalah agaknya ye,, huhu






takpe, cik zira akan gunakan segala pengalaman yang ada untuk menjayakan Mesyuarat Agong PIBG ni. kena buat betul-betul jugak sebab ini melibatkan ibu bapa. ramai yang akan hadir. jadi, seperti selalu, cik zira akan buat yang terbaik. ini kali kedua cik zira menjadi pengacara majlis di sekolah ini setelah yang pertama ketika jamuan akhir tahun, tahun lepas.






jadinya, esok kena pulun wat teks ikut atucara majlis yang dah dapat. sabtu malam text reading sorang-sorang sebelum tido. suara kena jaga bagi sedap didengar ahad nanti,, hehe






takpelah, walaupun orang lain dah mula bercuti, cik zira perlu menjalankan tanggung jawab yang diberikan dengan sehabis baik.






dan habuannya pada malam itu akan menanti. sedang menghitung hari
eceh!!







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 27 januari 2011 10.10 p.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails