SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, May 31, 2011

cik izah selamat bertunang





sabtu yang lepas, cik izah, anak kepada tok nah dan tok mail, sepupu kepada abah telah selamat ditunangkan dengan kekasih hatinya.






diadakan di kediaman tok nah dan tok mail di kampung melayu tu, majlis berjalan ringkas namun lancar. tok nah dibantu adik beradiknya yang ramai dari segi masak dan segalanya lah. manakala bik ani menolong bahagian hantaran. cik zira? tolong mana yang patut,, ;)







cik izah yang berbaju cantik dimake upkan oleh akak iparnya, cik azah kelihatan manis je menunggu saat cincin tersarung di jari tanda menjadi tunangan orang.






jadi, selamatlah sudah anak tok nah dan tok mail yang perempuan lagi sorang ni. cik aida dah kahwin dah. tunggu cik izah pulak Insya Allah tahun depan. lepaskan kita dulu ye cik izah,, hehe






gambar tak banyak amek sebab cik zira duk tolong-tolong mana yang patut. gamba makanan yang banyak pun tak sempat habis, kalau tak memang penuhlah dengan gamba makanan je, sayang betul. masakan ala jawalah ape lagi kan sebab kitorang kan keturunan jawa. jadi, makannya nasi ambang.






ini sahaja sedikit cerita di hari pertunangan cik izah sabtu lepas,, =)






cik zira kini mungkin sedang berada di Nilai mencari barang-barang dengan encik buah hati. dah setel kat Nilai ni, akan hantar barang semua balik JB dahulu baru akan ke KL pulak mencari barang lain, Insya Allah.


sempat lagi terselit gamba 1,, hehe





ok semua. cik zira masih dalam mood cuti. jadi, jalan-jalan cari barang-barang dulu ye,, ^___^







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 28 mei 2011 7.21 p.m.

Monday, May 30, 2011

barang hantaran hasil tangan bik ani






hari tuh kan cik zira ada cerita bik ani beli bunga segar untuk buat hantaran cik izah anak tok nak. hari tuh tunjuk bunganya saja kan. ha, kali ni nak tunjukkan hasilnya!






tema hijau. jadi nampak kehijauan jek. yelah, takkan tema hijau nampak keMERAHan ye tak? ngee




eh, tapi tetap ada MERAH tang bunga tuh. tengok tengok!





hasil tangan bik ani memang kemas! teliti. bunga semua disusun cantik je.






selalu memang sape minta tolong bik ani buat, dorang akan bagi duit. bik ani akan guna duit tuh untuk beli barang-barang, lebih duit dan barang, bik ani akan pulang balik. selalunya pun sedara jugak yang minta tolong,, =)






cik zira punya nanti, bik ani rehat je ye, cik zira upah kedai buatkan je. senang,, ^__*








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 28 mei 2011 7.11 p.m.

Sunday, May 29, 2011

malam ini naik bas





salam sayang buat semuanya,






entry petang ni cik zira cuma nak bagi tahu kalian, bahawasanya cik zira akan menaiki bas pada malam ini menuju ke Penang. cik zira ke sana atas urusan dan dalam seminggu ni cik zira akan berjalan mencari barang-barang yang perlu.






jadi, bas malam ini pada pukul 10 gerak ke Penang dan macam biasa cik zira akan naik konsortium.






sedih sebab tak dapat tengok Mentor Akhirlah! tengok dekat youtube jelah nanti. 






semoga perjalanan cik zira selamat. dan sepeninggalan cik zira sehingga jumaat ni, cik zira update 1 entry sahaja sehari k,, harap dapatlah jugak dibaca kalau korang singgah blog MERAH ni k.






okeh semua, sayang korang sangat!







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 28 mei 2011 6.58 p.m.

Jumaat, 27 Mei 2011






aduh, kasihan sungguh, cerita hari jumaat hari tuh baru nak diceritakan hari ni. dah hari ahad da. harap-harap masih ada yang sudi membaca ye,, =)






pagi jumaat menghantar bik moi di OUM , stulang laut. kemudian ke Jalan Tebrau, bik ani beli bunga segar untuk buat hantaran cik izah. nasib tak berapa baik, tinggalkan kereta sekejap dan ikut bik ani ke kedai bunga tu, lepas tuh terlupa tak letak kupon. cepat-cepat lari semula ke kereta, tapi dah kena kompaun dah pun,, huhu, sedih betul






balik rumah, siapkan tanda kertas kelas 2E. dah siap, dah tulis markah dalam senarai nama terus update blog lagi sekejap. kemudian dalam pukul 11.10 macam tu keluar rumah pergi MPJB nak bayar kompaun. cari parking tak jumpa, nasib baik pusing lagi sekali dapat parkingnya. kejap je bayarnya, tak sampai 10 minit menunggu pun. dapat 50% sebab bayaran dibuat dalam masa 14 hari. kalau tak kena bayar RM 30, tapi dapat diskaun cuma bayar RM 15 je. 






lepas setel kat MPJB, terus gi OUM nak amek bik moi. katanya habis kul 12, tapi nak dekat sejam cik zira tunggu dalam kereta dah gelisah semua sebab selalu kul 1 cik zira dah pergi sekolah dah hari Jumaat.  hari tu disebabkan menunggu bik moi punya lama, cik zira pergi sekolah lambat sangat. tak pernah pergi dan sampai sekolah lambat macam tu,, tak suka betul!






sampai sekolah lambat, terus amek kedatangan dan tengok jadual pengawasan periksa kena pergi amek kertas lukisan. kemudian, terus ke dewan amek kedatangan 2F. budak-budak jumpa cik zira semua tanya markah sebab dorang memang tahu cik zira mesti dah tanda kertas punya. cik zira cuma cakap, ramai markah teruk,, saja nak kenakan dorang,, tapi hakikatnya memang markah sangat jatuh untuk periksa kali ni. faktor soalan yang memang budak tak boleh nak jawab,, huhu






makan apa hari jumaat? bawa bekal nasi + kuah kari + bendi. lepas jaga 2 masa pertama, terus masuk bilik guru terus makan sebab lapar sangat dah. makan laju jek sebab lapo punya pasal.







hari jumaat yang sepatutnya masa yang pendek dirasakan lama pulak hari tuh mungkin sebab jaga periksa kan. balik cakap selamat bercuti dekat akak-akak tu. dengan budak-budak pun pesan jangan nakal-nakal masa cuti,, lagi 2 minggu jumpa semua balik, Insya Allah.







dah mula dah cuti sekolah dan masing-masing mesti ada agenda cuti sendiri begitu juga cik zira. ada perkara perlu diselesaikan dalam masa cuti ni lah. bila lagi kan. masa cuti je boleh jumpa dan berbincang dan bertindak,, ;)






ok semua, lagi sekali cik zira nak ucapkan selamat bercuti buat semua yang bercuti ye!








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 28 mei 2011 6.47 p.m.

Saturday, May 28, 2011

ikan segar baru naik





kepada sesiapa area JB yang tak tahu dan selalu lalu dekat stulang laut tuh, kalau nak tahu kan, tiap-tiap awal pagi akan ada ikan-ikan segar baru naik dan dijual tepi jalan dekat dengan sekolah cina tu. orang asli yang jual ikan-ikan segar ni dan memang kata bik ani ikan molek-molek dan murah je.









kebetulan, pertama kali jugak pergi, atok suruh beli ketam kalau ada, tapi takde ketam. jadinya bik ani beli ikan jelah. kitorang kan hantar bik moi pergi OUM pagi semalam, jadi singgahlah tengok orang jual ikan yang memang orang dah nagi tahu kat situ tempat jualnya.






siap ada baby dalam perahu tu ikut mak pak dia jual ikan. sedap dia tido dalam perahu sebab kan perahu tu bergoyang macam buaian, sedap je dia tido,, ;)






sape yang selalu lalu tuh, singgahlah beli ikan segar kat situ ye. tepi laut betul. tapi kalau kul 9 selalu dah habis. kena datang awal-awal k.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 27 mei 2011 10.46 a.m.

bik ani yang serba boleh!





keturunan jawa kan, jadi cik zira dan sepupu lain semua akan panggil makcik-makcik kitorang dengan panggilan bik di hadapannya. jadi, jangan terkejutlah kalau baca entry cik zira semua banyak duk bik sana bik sini. bukan maid tau tapi makcik kitorang sebab bik tu dalam bahasa jawa kan makcik,, =)





jadi, bik ani ni kan chef terhebat sebab hari-hari masak sedap bagi cik zira makan dan membulat. dia bukan sahaja hebat dalam masakan tapi pendek kata, serba serbi hebat.






bukan nak puji makcik sendiri tapi memang nak puji sebab memang hebat,, ;)






hari ni cik izah, anak tok nah dengan tok mail bertunang sekejap lagi. bik ani lah yang tolong buatkan hantaran cik izah. katanya 9 dulang.






jadi, pagi semalam cik zira temankan bik ani pergi cari bunga segar dekat Jalan Tebrau. siap kena kompaun MPJB lagi lupa nak letak kupon, aduhai,,







hasilnya?
cik zira tak amek gamba lagi. nanti kalau ada cik zira tepek hasil tangan bik ani untuk hantaran cik izah ni ye. dulu masa cik aida, adik cik izah kahwin pun bik ani yang tolong buatkan.






cik zira kahwin?
tempah jelah kedai buatkan, taknak susahkan bik ani. tapi taknak fresh flowers boleh tak ea? sebab tak suka bunga sangat lagipun semua pun sekarang hantaran fresh flowers. tapi kalau bukan bunga apa plak ye? takkan daun jek,, ;)






p/s selamat bertunang cik izah ye!








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 27 mei 2011 10.56 a.m.

Friday, May 27, 2011

dah mula cuti, yay!





tadi kat sekolah dah hari akhir.
hari akhir peperiksaan, hari akhir sebelum bercuti dan hari akhir untuk sem pertama ni.






alhamdulillah. markah semua sudah diberikan kepada guru kelas dan senarai nama dah diberikan kepada cikgu subjek. mana yang boleh disiapkan cuti ni, buat masa cuti dan mana yang kena buat naik cuti, cuba siapkan naik cuti nanti segera, Insya Allah.






malam ni nak buat apa ye?
oh, apa kata key in markah english dahulu dalam SAPR untuk kelas 2F cik zira tu. markah lain tak dapat lagi.






esok pagi kena gi umah tok nah anta bik ani dengan atok, cik izah bertunang. dah ada majlis dah esok.






lusa malam naik bas ke penang,, =)



credited to anayusof.wordpress.com



selamat bercuti sekolah kepada semua yang bercuti ye. mari sama-sama manfaatkan cuti yang ada dengan sebaiknya sebab naik cuti nanti kerja banyak menanti,, ^____*







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 27 mei 2011 10.40 a.m.

kerja cikgu tanda kertas periksa






cik zira mengajar 4 kelas bahasa inggeris. 3B, 3J, 2E dan 2F (kelas sendiri). bayangkan kalau nak menanda, 43 x 4, berapa banyak kertaslah kan,, tapi takpelah, ada cikgu yang kelas dia lagi banyak nak tanda, bersyukur jelah dengan 4 kelas ni.






dapat je kertas petang semalam, balik terus menanda kertas lepas isyak. mula dengan tahun 3B, 3J dan 2F dapat habiskan dan isi markah dalam senarai nama malam semalam jugak. tido kul 1 macam tuh.


masa ni baru setel 2 kelas tak silap





nak gagahkan diri habiskan 2E sekali memang dah tak gagah dahlah,, ;)






pagi tadi dapat habiskan kelas 2E dan isi markah. alhamdulillah. misi berjaya!






hari ni pergi sekolah bagi markah bahasa inggeris ni dekat cikgu-cikgu kelasnya. dan cik zira pula kena bagi senarai nama dekat cikgu-cikgu subjek yang ajar 2F untuk dorang isi markah. harap-harap naik cuti nanti dah dapat semua markah untuk di key in dalam SAPR. Insya Allah.






keseluruhan markah untuk peperiksaan pertengahan tahun ni, cik zira kecewalah sebab markah budak banyak turun. ada jugak yang naik tapi gred pun banyak sangat turun. soalan memang susah. diakui cikgu-cikgu lain. tapi apa pun, cik zira memang bangga dapat anak-anak murid cik zira, sebab dorang dah cuba yang terbaik.






nasib baik 4 kelas jek, kalau 6 ke 7 kelas pun gigih nak habiskan tanda dalam satu hari jugak. nama pun cik zira. semua kerja nak selesaikan cepat-cepat. memang tak suka bertangguh,, =)








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 27 mei 2011 7.54 a.m.

semalam, 26 mei 2011




Assalamualaikum
salam sayang buat semuanya dan salam jumaat






hari ni kan pagi-pagi kena hantar bik moi pergi OUM dekat stulang laut tuh sebab akak-akak yang sambung belajar dekat OUM semuanya hari ni sampai ahad ada peperiksaan. semoga berjaya ye semuanya!






lepas anta bik moi, hantar bik ani pulak dia nak cari bunga segar untuk hantaran cik izah, anak tok nah nak bertunang esok. 9 dulang you! nasib baik cik zira bertunang takde dulang-dulang segala ni, hehe






semalam pergi sekolah macam biasa sebab pagi tu tak kemana-mana. jadi sampai sekolah buatlah apa-apa yang patut plus sorang budak kelas cik zira nak pindah sekolah plak. kena uruskan yang itu. duklah pejabat setelkan mana yang patut.






makan jambu, makan dadih macam biasa.






jaga peperiksaan pun macam biasa tapi hati berdebar sebab semalam kertas bahasa inggeris. takut sangat, pesan kat anak-anak banyak kali baca soalan betul-betul, ingat apa teacher ajar. punyalah takut teacher hazirah ni,, huhu






habis jek kertas bahasa inggeri pukul 5.45 petang tuh, terus ke bilik SUP dan amek kertas 4 kelas yang cik zira ajar tu, punyalah semangat nak selesaikan misi menanda dan bagi markah hari ni jugak kat cikgu-cikgunya.






oh, semalam makan kat bawah. makan ramai-ramai dengan kak zu, kak ida dan kak sharifah nor, macam kenduri plak. seronok sangat,, =)







malam tadi tido lambat tapi alhamdulillah dapat bangun awal.






hari ni hari akhir sekolah. esok dah mula cuti. tapi kerja banyak kena siapkan dahulu sebelum ke penang-KL-nilai untuk misi mencari barang. harap semuanya berjalan lancar.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 27 mei 2011 7.47 a.m.

Thursday, May 26, 2011

kerja cikgu jaga periksa





musim peperiksaan ni kan, kerja cikgu selain tanda kertas, amek kertas anta kertas, mestilah wajib jaga periksa.






dan kalau jaga sampai sejam tak buat apa, selain berjalan check tengok jawapan budak dan selalu jugak tolong mereka, cik zira bila dah penat, akan duduk di kerusi.







dan semalam, ceh, mentang-mentang pergi beli coklat cadbury dekat giant tuh, bawalah pergi sekolah. letaklah dalam beg. masa duduk-duduk tak buat apa, teringatlah ada bawa coklat tuh. apa lagi kan, teruslah nak makan. sembunyi-sembunyilah tapi ada jugak budak-budak kat belakang tu ngendap-ngendap. heh, nak sikitlah tu kan,, ;)






nasib baik tak bawa siput sedut dalam kelas. kang duk sedut-sedut sian budak tak boleh jawab periksa, terganggu nanti,, ngee






p/s misi menanda kertas malam ni dan pagi besok. chaiyok teacher hazirah!







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 26 mei 2011 9.51 a.m.

shopping at giant






biasalah kan, kalau masuk gaji mesti ada je barang nak dibeli dan mana lagi nak pergi kalau tak ke giant yang hanya tak sampai 5 minit dah sampai dari rumah.







semalam punya ceritalah ni. awal pagi dah keluar umah. pergi poskan surat berkaitan dengan pengesahan pelantikan tu dan beli tiket dekat pasar larkin. selesaikan 2 kerja tu.






dari larkin terus ke giant. masuk car wash cuci kereta. tinggalkan kereta dekat situ terus jalan kaki nak masuk giat tapi belum buka lagi. dah pelik dah. rupanya tengok jam belum pukul 9 lagi, lagi 4 minit macam tu. menunggulah dekat luar dulu sampai dah buka.






dah buka je terus masuk dan ambil troli sebab banyak barang nak beli, bik ani kirim sekali.






cik zira suka gaya cik zira bershopping bila time berjimat ni. memang akan terus pergi ambil barang yang memang nak kena beli. takkan lengah-lengah punya. plus dah tahu semua barang ada kat mana, jadi bertambah cepatlah kerja cik zira bershopping. pantas dan lekas!







barang sendiri ikut senarai, belikan barang rumah sikit pun ikut senarai. jimat katakan, hehe






kemudian amek barang bik ani kirim macam biasalah, tepung + gula + minyak. barang untuk jualan kuih kerianya. sampaikan cashier pun tanya, jual kuih ea? tahu-tahu je kamu kan,, ;)






dan inilah hasilnya barangan dalam troli. semua dah cukup. memang tak over the budget walaupun ada amek coklat dan air yogurt yang tiada dalam senarai, hehe







seronok rasa kalau bershopping ikut bajet, takdelah nak amek suka hati je. kan jimat macam tu, takdelah membazir sana sini. maklumlah kalau dah ada gaji sendiri ni, dah tahu macam mana susah nak dapat duit, baru tahu nak jimat,,, ^____*







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 26 mei 2011 9.45 a.m.

semalam, 25 Mei 2011






Assalamualaikum 
salam sayang buat semua





terlambat plak entry pagi ni keluar, selalu kul 9 dah publish dah,, malam tadi tak dapat tido lah, serabut sikit, tu yang lepas subuh tertido balik takut kang tak cukup tido nanti kat sekolah plak ngantuk,, 






semalam kan, cik zira keluar rumah awal lagi sebab pergi ke Public Bank Johor Jaya dulu sebelum ke sekolah. punyalah berpusing cari mana bank nya, nasib baik jumpa. setelkan pape yang patut dan kemudian terus ke sekolah. sampai sekolah tetap sebelum kul 12 macam mana lambat pun ke sekolah,, hehe




macam biasa sekolah, sampai sekolah akan setelkan pape yang patut seperti mengambil buku kedatangan untuk diisi. tapi biasalah kalau peperiksaan ni budak memang datang semuanya. tak payah risau. kan bagus kalau hari-hari periksa,, ;)







kena amek soalan dan pulangkan soalan macam biasa di bilik SUP. kena kawal budak memandangkan minggu ini cik zira bertugas. rutin biasalah untuk minggu ni yang tinggal hari ni dan besok sahaja sebelum bercuti.






semalam makan 2 makanan tau. satu mee kak zu bawakan. cik zira makan itu.






lepas tuh, makan plak bekal sendiri. bik ani masakkan nasi + sayur kailan + siput sedut masak lemak. peh sedap tang sedut siput tu, berbunyi dalam bilik guru,, hehe






hari selasa bawa kerang, hari rabu bawa siput plak,, mewah betul cik zira makan kan. terima kasih khas kepada chef terhebat cik zira iaitu bik ani yang setiap hari pasti akan masakkan best-best untuk cik zira. suka sangat!






hari ni hari yang ditunggu. peperiksaan bahasa inggeris untuk semua mula pukul 4.30-5.30 kalau tak silap. jadinya, habis je periksa nanti, cik zira nak kutip semua kertas untuk 4 kelas yang cik zira ajar. nak tanda kertas untuk 4 kelas ni kalau boleh misi nak siapkan malam ini dan juga pagi besok. harap-harap dapat siapkan tanda dan dapat berikan markah terus. Insya Allah.






nak tanda kertas pun bukan senang tau. macam-macam jawapan nanti yang dapat. kadang-kadang boleh sampai pening kepala tau dibuatnya. biasalah kan, cikgu time-time periksa ni memang macam ni. kadang-kadang tu boleh sampai tersenyum tengok jawapan yang diberikan,, ;)






ini sahaja untuk update pagi ni. jumpa entry petang pula ye







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 26 mei 2011 9.35 a.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails