SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, July 31, 2011

teringin nak ada perniagaan sendiri,,, =)





cik zira ni sejak dari kecik tau, dari sekolah rendah lagi suka berjualan. masa kecik tak fikir untung pun, asalkan dapat jual-jual ni, memang suka. ingat lagi masa darjah 4 tak silap, buat majalah sendiri. jual 20 sen ada bape muka surat entah. sape beli ada peraduan, kalau menang dapat hadiah. kelakar sangat kalau ingat balik.






sampailah ke besar, minat berniaga tu memang ada dari kecik sampailah sekarang. tak kisahlah berniaga apa. dan sekarang dekat sekolah pun, asal ada jualan apa pun, cik zira memang rajin akan tolong jualkan macam pensel NILAM dan bookmark Minggu Bahasa Inggeris tu. budak-budak sekolah pun mesti dah cop teacher hazirah ni, asal nampak mesti ada jualan,,, ;)






dulu aktif online bisnes, tapi sekarang dah ta aktif dah. takde masa sangatlah. masa belajar dulu memang kencang, hari-hari pergi pejabat pos, poskan barang pelanggan. yelah, masa belajar banyak masa sebab tak suka belajar, tu yang boleh bisnes tu. kat UUM pun siap bisnes sardin roll, sosej roll semua tau. memang suka sangat berniaga. kat sekolah pun pernah jualkan nasi lemak, nasi dagang atok buatkan. sampaikan dekat maktab, tolong mami dekat kafe sikit-sikit,,, pendek kata memang suka lah berniaga ni.






itu yang simpan hasrat, kalau lah satu hari dapat kedai sendiri atau ada perniagaan sendiri, mesti best kan. sekarang ni nak cuba aktifkan balik REDshop tu, sian dah terpinggir macam tu. Insya Allah, dalam masa terdekat nak buat jualan semula, secara kecil-kecilan dan perlahan-lahan balik. nak aktif berniaga macam dulu semula. encik buah hati pun dah bagi sokongan suruh bisnes balik, tu yang semangat ni.






lagi-lagi nak raya ni kan? tudung ct manik belum ada stok lagi. harap sangat ada stok sebab tudung ct manik tu memang cantik pakai raya-raya ni. mungkin dalam masa terdekat akan ada tudung dan baju kurung siap. masih dalam perancangan, nanti apa-apa cik zira khabarkan. masih ada ke pelanggan cik zira yang dulu-dulu ea? kalau ada, sudi-sudilah bagi sokongan kat cik zira nak berbisnes semula ye.


jumpa kedai yang ada nama sendiri pun dah tersenyum lebar 
walaupun bukan kedai sendiri,,, =)





semua benda kena bermula dari bawah kan. Insya Allah, kalau cik zira rajin berusaha, dan nanti bila dah berdua dapat sokongan padu si dia, boleh berjaya ke kan. nak 1000 daya! doakan ye semua.








~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 30 julai 2011 9.05 p.m.

uiysh, mentang-mentang isnin dah ramadhan, sabtu ahad ni makan banyak betul!





bak kata maisarah, budak tusyen cik zira tahun 1 yang comel itu, " alah, esok last nak makan. isnin dah tak bolej makan."






sejurus maisarah berkata sedemikian, makanya cik zira dan BFF terus tersengih dan menjawab, " lah, macam lah kena puasa sampai bila-bila, sebulan je pun maisarah. lepas puasa, raya nanti boleh makan balik macam biasa."






dan, berikutan kebenaran kata-kata si cilik maisarah itu, cik zira pun seakan mengiyakan dengan makan makan dan makan dengan maha hebatnya semalam. lebih dari tiga kali kot tak silap cik zira menyumbat makanan masuk dalam perut. huhu






okeh, ini menu semalam :



  • sarapan pagi - bihun soto beli dekat kampung melayu, sedap jugak!
  • tengah hari pukul 12 lebih - makan tempe goreng + ikan goreng cicah sos cili
  • pukul 1 lebih lepas zohor makan ayam KFC seketul, budak tusyen bawa, ibu dia belikan 1 bucket tu. dahlah semua ayam beso-beso. yang kepak takde pun.
  • pukul 6 lebih makan nasi + ayam KFC lagi seketul + sayur campur + kuah masak lemak






itu yang cik zira makan kira berat-berat lah, yang ringan-ringan banyak jek nyumbat nak mengunyah-ngunyah. tapi, memang rasa makan banyak lah semalam. itu yang cik zira rasa, badan ni sama jek, puasa lima hari, tak puasa dua hari, tapi makan yang tak puasa dua hari tu macam makan untuk lima hari,,, ngee
hari ni mesti makan banyak jugak sebab esok Insya Allah, semua akan berpuasa ramadhan sama-sama,, =)








~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 30 julai 2011 8.35 p.m.

Saturday, July 30, 2011

nak flat shoes jek sekarang ni





dulu masa awal-awal masuk maktab, tak kisah pakai kasut jenis apa pun. ada tumit lah selalu akan dibeli sebab kaki masa tuh pakai jelah kasut apa, takde masalah langsung. tu keje asyik nak membeli kasut je, yelah kalau dah kasut ditengok cantik harga pun ok, kenapa nak tengok jek kan, mestilah kena beli,,, ;)





tapi zaman kegemilangan ratu kasut sudah berakhir. ini disebabkan kaki dah mula sensitif dan tak boleh beli kasut sesuka hati. kena pastikan kasut itu selesa tak kisahlah tak cantik mana pun janji selesa dan tidak menyakitkan kaki dek kerana kaki dah mula sensitif.






jadi, sejak masuk kerja, ada beli sepasang flat shoes hitam dan kasut bertumit brown colour, tapi yang tumit tu pakai sekali dua je terus tak pakai dah sebab tak berapa selesa. pakai yang hitam tu sampailah dah tak boleh pakai sangat sebab pergi kerja pun pakai kasut tu, pergi jalan pun kasut tu jugak disebabkan selesa sangat pakainya. kasut BATA lah katakan,,, =)






sekarang pun ada 2 pasang kasut hitam beli kat BATA jugak sebab selesa dan senang nak dibawa bekerja dan berjalan. tak sakit kaki bila pakai dan jalan banyak.






itu yang sekarang aim flat shoes jek. simple dan selesa. dah dapat satu yang cik zira suka sangat, tapi simpan elok-elok dalam kotak dulu sebab itu istimewa.





dan sekarang ni bila tengok crocs punya flat shoes comel sangat, macam berkenan. harga online pun murah je tapi takut silap saiz. geram je tengok sebab tahu kalau crocs original memang selesa sangat pakainya.






ini yang cik zira berkenan, jenis macam gini lah. simple dan konpem selesa.






ini sangat comel sebab ada MERAH-MERAH,,, =)







em, takpelah, berkenan jelah, nak beli masih ada kasut lagi, tak nak bazir. tahan nafsu lagi,,, =(







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 28 julai 2011 11.40 p.m.

semalam, jumaat 29 julai 2011





pagi sabtu ni, cik zira nak buat ringkasan ea apa jadi dengan hari jumaat cik zira semalam :



  • lepas subuh buat kerja sket lepas tuh tengok tv
  • pukul 10 lebih keluar dengan bik ani pergi rumah anak yatim dekat rumah barkat di bukit chagar - hantar baju-baju, buku dengan beras untuk fidyahkan arwah mak
  • lepas tu, balik singgah maslee larkin, bik ani nak beli barang untuk puasa
  • balik, rehat jap lepas tuh bersiap pergi sekolah.
  • sampai sekolah, zohor kemudian siapkan apa-apa yang patut. kemudian terus turun bawah duduk dekat dewan sama-sama dengan budak-budak sebab cik zira bertugas.
  • alhamdulillah, cik zira dapat kawal budak bagi diam semua tak seperti cik zira duga. nasib baik semua dengar cakap, tak payah pun jerit-jerit,,, suka sangat,,, =)
  • sekarang senjata Teacher Hazirah dekat sekolah ialah marker. tunjuk jek marker budak dah faham lah tuh. sape nak kena, buatlah nakal. tak payah rotan-rotan pun,,, ;)
  • dah pulangkan kertas 3J, 2E dan 2F. dah suruh buat pembetulan pun. masing-masing happy dengan markah dan memang ramai meningkat. syukur. minggu depan akan mengajar seperti biasa.
  • balik jalan jam. sampai rumah dah azan dah, cepat-cepat berbuka.
  • malam update blog makan dadih dan layan intenet sekejap tengok-tengok barang.

 pagi - tengah hari




itulah sedikit cerita ringkas jumaat cik zira semalam. hari ni kena key in markah dalam SAPR mana markah yang dah ada, BM dengan BI je baru dapat. selasa dapat yang lain nanti, malam tuh kena habiskan key in sebab next week jugak kena hantar disketnya,,
hari ni tusyen petang seperti biasa. bulan puasa nanti tak tahu ada tusyen ke tidak. kena tanya anak-anak tu dulu,,, =)






ok semua. selamat berehat di hujung minggu kepada yang bercuti tu ye!







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 29 julai 2011 9.22 p.m.

Friday, July 29, 2011

menu berbuka puasa jumaat 29 julai 2011





alhamdulillah, selesai sudah puasa syaaban cik zira. esok dan lusa hari minggu memang cuti daripada puasa, hari biasa baru puasa. isnin Insya Allah dah berpuasa di bulan ramadhan.






jadi, tadi masa berbuka puasa punyalah makan banyak sebab ambil nasi terlebih pulak. jadinya, sayur tu satu mangkuk cik zira makan sorang. kepak ayam pun makan sampai dua ketul, isyh isyh, nasib baik muat nak masuk perut,,, ;)






jadi, tadi cik zira berbuka dengan minum teh O, makan nasi + kepak ayam masak kicap blackpepper + sayur kubis goreng telur.






sabtu ngan ahad nak makan puas-puas lah sebab isnin dah puasa ramadhan. berbuka mesti lagi best sebab semua sekali puasa, selalu cik zira puasa sorang-sorang je.






ok semua. ingat tau, lagi 2 hari nak berpuasa. Insya Allah,,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 29 julai 2011 9.00 p.m.

.bau wangi MERAH cik zira.






ada orang yang gilakan minyak wangi dan suka sangat beli minyak wangi macam-macam bau dan jenama. cik zira juga sukakan minyak wangi. tapi, kalau nak beli, mesti akan beli minyak wangi yang sama sejak dari tingkatan lima lagi. dah berbotol dah cik zira kumpulkan sampai sekarang.






pernah jugak pakai minyak wangi lain, tapi semua orang yang bagi, sebab kalau nak beli sendiri macam tak best plak nak beli perfume lain melainkan perfume MERAH yang satu itu sebab bau dia memang cik zira suka dan memang menggambarkan diri cik zira.






sampaikan hantaran pun perfume yang sama,,, encik buah hati sendiri pun suka cik zira pakai perfume MERAH yang satu ini,,, =)






Insya Allah, akan setia pada yang satu sebagaimana setianya cik zira kepada Versace Red Jeans perfume ini.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 26 julai 2011 9.20 p.m.

semalam, khamis 28 julai 2011





malam khamis tu habiskan menanda kertas dan siapkan kerja sekolah mana yang patut, lepas tuh sambung ke paginya plak. siapkan semua sebab malam semangat nak tengok bola.







kat sekolah pun siapkan mana kerja kena buat, lepas tu jaga budak ujian je sebab semalam hari akhir ujian. masa jaga kelas sendiri jawab matematik, kesian sangat kat dorang sebab matematik dorang memang teruk. benda yang senang pun tak dapat jawab dan tak faham soalan. kalaulah cik zira boleh buat tusyen untuk dorang, memang nak tolong sangat. kesian lah..


khamis, 28/07/2011




bola?
hehe, dari awal kalah tu cik zira dah takut dah. tapi, tetap sokong sebab berdoa supaya ada keajaiban. tapi, sayanglah, lebih kurang sama je corak permainannya. nasib ada fahmi yang cekap jaga bola walaupun lepas 1 atas kecuaian barisan pertahanan.






walaupun kecewa, takdelah kecewa sangat sebab cik zira memang tak taruh harapan sangat. masa kat sekolah semalam, kak ida tanya target cik zira, cik zira jawab, "tak yakinlah kak ida."






takpelah, tiada peluang dah nak ke pusingan seterusnya piala dunia. tunggu bulan september pulak untuk olimpik, harap-harap pasukan itu main jauh lebih baik seperti mana dorang main masa menentang chelsea tempoh hari. Insya Allah.






hari ni nanti kat sekolah kena bertugas jaga budak dekat perhimpunan. harap-harap dapatlah kawal bagi budak duduk senyap sementara nak menunggu pukul 2.30. Amin.






hari ni pun akan bagi kertas semula pada anak-anak cik zira, bagi dorang markah. alhamdulillah, cik zira berpuas hati dengan markah ujian kali ni. kalaulah periksa akhir tahun dapat markah macam gini kan senyum lebar cik zira,,, =)








~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 28 julai 2011 11.21 p.m.

Thursday, July 28, 2011

menu berbuka puasa khamis 28 julai 2011




hari ni sejak dari pagi mood bola sepak jek. sampaikan dekat sekolah baca surat khabar pun mesti kena baca pasal bola pasukan malaysia menentang singapura. dalam radio pun ERA asyik cerita pasal bola, suka pulak dengan mantera harimau malaya tu. suka suka suka!






sampaikan berbuka pun makan cepat-cepat, mandi solat sebab nak tengok bola,,, =)






ok, ini juadah berbuka maghrib tadi :






ais limau minumannya. makanannya, nasi + sambal goreng jawa + sayur kailan + ikan bakar + sambal kicap.






sedap macam biasa makanan berbuka. terima kasih chef terhebat aka bik ani. memang hari-hari makan best-best,,, hehe







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 28 julai 2011 8.17 p.m.

..Happy 22nd Birthday Chenta Hati 2..





semalam, tanggal 27 Julai 2011, genaplah umur chenta hati 2 cik zira 22 tahun. wah, takpe, masih muda remaja. masih boleh enjoy dan men beskal dia tu lagi.






pagi teringat terus wish dekat chenta hati 2, sms jek sebab dia kalau dah masuk kem tu memang sibuk. nak kol pun kekadang bukan diangkat. jadi, sms jelah sebagai tanda ingatan kakak MERAH dia ni kepada adiknya itu.






Insya Allah, raya nanti baru cik zira dapat jumpa chenta hati 2 ni dan juga chenta hati 1. lagi sebulan lebih lah tunggu raya nanti.






oleh itu, di kesempatan ini, kakak MERAH ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada chenta hati 2 iaitu Mohd Ashraf Abdul Rahman atau mesra dengan panggilan Yap. semoga Allah sentiasa memberkati yap dan sentiasa dimurahkan rezeki. doakan yang terbaik untuk yap k. Amin






Yap, sayang yap sesangat. raya nanti jumpa tau. tolong catkan bilik tau,,, hehe







p/s chenta hati 2 cik zira masih single, ada nak berkenalan??,, ngee






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 27 julai 2011 8.43 p.m.

semalam, rabu 27 julai 2011





semalam pergi sekolah dengan rasa tidak sabar. bukan apa, tidak sabar nak tengok macam mana anak-anak cik zira menjawab soalan ujian bahasa inggeris.






cik zira dah banyak tolong anak-anak cik zira kelas 2F tu, dan harap berbaloilah usaha cik zira ni mengingatkan dorang banyak kali.






alhamdulillah, markah untuk ujian Julai ni naik berbanding peperiksaan pertengahan tahun Mei yang lalu. biasalah, kalau cikgu sekolah sendiri buat soalan, kita tahu anak-anak kita dah belajar apa, belajar takat mana. kalau soalan daripada PPD, entah apa yang keluar, kadang-kadang yang tak belajar pun masuk. tu markah nanti jatuh merundum,,, huhu






banyak kerja nak kena siapkan hari ni dan harap-harap dapat siaplah sebab malam tak boleh kacau pape nak tengok dan sokong pasukan Malaysia dan berdoa banyak agar Malaysia dapat menang. Amin.






sama-sama tau kita layan bola malam nanti. Aum, Hitam Kuning!!







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 27 julai 2011 8.31 p.m.

Wednesday, July 27, 2011

menu berbuka puasa rabu 27 julai 2011





tadi berbuka puasa macam biasa. makan nasi dan air sejuk.






milo ais sebagai pembuka selera beserta nasi + paprik ayam + sambal tumis tempe + sup ayam.







tak tapau apa-apa plak hari ni dari sekolah sebab sibuk menanda kertas ujian.






ok, cukuplah entry malam ni untuk tunjuk makanan berbuka tadi ye. nak siapkan menanda kertas ujian anak-anak cik zira,,, =)









~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 27 julai 2011 8.25 p.m.

hasrat baju raya tahun ini





tahun ini nak kena cari baju warna Pink sebab tema keluarga cik zira raya pertama tahun 2011 ni warnanya merah jambu. kena cari yang cantik-cantik ni sebab nak bergambar satu keluarga. chenta-chenta hati pun selalu akan meletakkan harapan kepada kakak MERAHnya ini untuk mencari baju melayu dorang setiap tahun dan tahun ini mungkin kakak MERAH ini masih akan mencari baju melayu untuk chenta-chenta hatinya. Insya Allah.






nasib baik baju tema pink, nanti BFF nikah akhir bulan september tu boleh pakai lagi sebab baju raya selalu cik zira takkan pakai balik kecuali untuk majlis tertentu jadi boleh pakai masa BFF nikah sebab tema nikah warna merah jambu, tak payah bazir beli banyak-banyak. cuba ubah gaya dan penampilan je walaupun baju yang sama,,, =)






persandingan BFF pulak warna ungu tak silap, atau hitam, em, nak kena cari jugak tu. takpe, selalu pun memang tiap-tiap tahun akan beli 2 pasang paling kurang baju baru yang cantik untuk raya. tengoklah nanti sesi shopping macam mana.






kalau ada duit lebih, nak tambah long dress barang sehelai dua, mana tahu boleh pakai-pakai jugak mix and match nanti cuti sekolah akhir tahun kan ramai orang kahwin termasuk diri sendiri,,, hehe, jadi beli long dress ok jugak kan.






itulah hasrat nak membeli baju raya tahun ini. nasib baik badan boleh dan senang nak pakai baju ready made, jadi beli yang dah siap jelah mudah dan cantik.






tapi persoalannya, bila nak shopping baju raya ni?,,, ^___*








~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 25 julai 2011 9.34 p.m.

semalam, selasa 26 julai 2011





hari cik zira semalam di sekolah sangat memenatkan sebab keje nak marah je, kurang pahala puasa,, huhu





minggu ni cik zira bertugas dan macam biasalah nak kawal murid yang ramai tahun 1 sampai tahun 3 ni bukan kerja yang mudah bila kita seorang, murid beratus-ratus, bayangkan.


selasa, 26 julai 2011




jadi, budak kelas cik zira ajar semalam, 3J dah buat cik zira hilang sabar. memang kena teruklah dengan cik zira semalam. harap-harap dah tak buat lagilah perangai buruk dorang tu. puas marah dan nasihat dah semalam.






budak lain masa lepas rehat tu pun kena jugak. susah sangat ke ea budak-budak ni nak dengar kata? budak zaman sekarang kan. zaman kita dulu dengan cikgu takut je, dengar je cakap. cikgu jegil mata sikit dah terus tunduk je muka. tapi, sekarang? jerit marahlah macam mana pun, boleh ketawa-ketawa je, tak takut langsung. guru zaman sekarang memang cabaran sangat besar, tak sabar, tak kuat, boleh stress lah jawabnya,,, =)






lepas tu, habis kertas untuk semalam, cik zira masuk kelas cik zira 2F tu, buat lagi ulangkaji dengan dorang. geram dan marah lagi, mana taknya, semalam baru ingatkan, hari ni dah lupa. yang ingat 2-3 orang je. geram betul lah,,, huhu





hari ni, cik zira jaga kelas 2F tu masa dorang jawab kertas english cik zira, nak tengok dorang boleh buat ke tidak. harap-harap markah lebih baik dari peperiksaan pertengahan tahun yang lepas, Amin.






hari ni kerja akan banyak sebab malam kang nak tanda kertas bahasa inggeris 4 kelas dan tulis markah, key in markah dalam sapr. nak siapkan hari dan pagi esok juga kalau boleh sebab malam esok nak tengok bola, tak boleh buat kerja lain,,, hehe






ini jelah bebelan cik zira pagi rabu ni ye. tak sabar nak pergi sekolah nak dapat kertas nak tanda cepat-cepat tengok markah anak-anak cik zira tu.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 26 julai 2011 9.04 p.m.

Tuesday, July 26, 2011

menu berbuka puasa selasa 26 julai 2011





sebelum nak tunjuk menu berbuka maghrib tadi, nak balas komen jee yunos yang minta cik zira update menu berbuka puasa ramadhan nanti,, hehe






jangan risau jee, cik zira akan buat sebab tahun lepas memang setiap hari cik zira update menu berbuka sepanjang ramadhan. sampaikan esok nak raya pun tunjuk jugak makan apa dan selalu malam raya berbuka tu dah makan lauk raya dah tu,,, =)






maklumlah kan zan dengan zilla, cik zira kan suka makan, kuat makan,,, ;)






ha, tanpa lengah masa, meh cik zira tunjuk makanan berbuka tadi. tak sempat nak amek satu-satu lah. amek gamba nasi jek terus dah dalam pinggan.






tadi berbuka nasi + kuah singgang + ikan goreng + sayur kangkung + sambal tumis ikan bilis. lepas tu ada murtabak.






tapau dari sekolah eskrim malaysia nenas dan honey dew + dadih. malam-malam makan sebab esok puasa jugak.






itulah makanan berbuka cik zira tadi. hari ni dah syaaban 24, tak lama je lagi ni nak puasa. takpe, dah latih diri puasa sejak rejab, Insya Allah puasa ramadhan semuanya baik-baik sahaja.






ok ye semua. pendek jek entry malam ni sebab ada kerja lain nak kena buat. tido malam mimpi indah ye,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 26 julai 2011 8.54 p.m.

kena kekal langsing






cik zira kena kekal langsing kalau nak pakai kebaya-kebaya ni semua,
kalau tak jaga badan, gemok macam dulu balik, alamatnya, berangan dalam mimpi jelah nak pakai kebaya cantik-cantik tu semua,,








dan dengan mengamalkan pil halia mustajab dunia herbs dan losyen extra hot dunia herbs, Insya Allah cik zira akan cuba kekalkan bentuk badan dan berat badan ini semampu cik zira






harap-harap lepas majlis disember nanti takdelah badan naik bagai dipam-pam, tak nak tak nak!!







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 24 julai 2011 9.48 p.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails