SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, January 31, 2012

oreo cheese cake.




ini kek. ini kek hari jadi. ini kek keju oreo.






ini kek hari jadi ba 24 januari lepas. hanim yang buatkan. memang laku dan nasib baik cik zira dapat rasa sepotong.






antara yang seronok bila balik penang ialah dapat makan kek dan dessert best-best yang hanim buat. memang syok wo!!






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 29 januari 2012 3.05 p.m.

Tiket Bas Srimaju Cuti Sekolah Bulan Mac.




Assalamualaikum






cik zira nak jual tiket ni. tiket online. kalau dekat terminal larkin, tiket bas untuk cuti sekolah bulan Mac memang bulan dibuka jualannya. dan kalau buka pun kemungkinan harga nak naik tu memang tinggilah. kalau harga biasa tiket dari JB ke Penang RM 60 - RM 65, tapi harga naik nanti untuk cuti sekolah boleh sampai seratus lebih.






Tiket Bas Srimaju ni cik zira nak let go sebab nak tukar tarikh. ada sedara buat kenduri kahwin. jadi, nak kena beli tiket hari lain.






bukan sembarangan bas tau. sri maju ekspres ni memang bas dah biasa ke penang. sama standard dengan Konsortium dengan KKKL.






ni details tiket yang cik zira nak jualkan :


Order Summary
Purchase Date : 03 Jan 2012 09:58 PM
Invoice Number : INV-1674667
Order Total : MYR 62.00
Order Detail
Dear hazirah
Thank you for ordering from Sri Maju Group. Please reach the pick-up point 30 min before departure.
Here is the detail of your order :

Ticket IDRouteDeparture TimeCompanyCoach CodeSeat NumberPassenger NameNRICPassport
3006785Johor, JB Larkin Terminal,
(Kaunter BT 36, Kompleks Pengangkutan Awan, Johor Larkin (07-2227534))
=>
Penang, Sungai Nibong,
(Kaunter 13 & 14, Terminal Bas Sg. Nibong (04-6551746))
09 Mar 2012 09:30 PMSrimaju GroupLARKIN-PENANG 21309hazirah860327236374A22473546




sape nak, sms cik zira segera tau. 012-7962386. cepat! daripada nanti tak dapat balik kampung, meh beli tiket dengan cik zira k. single seat. direct JB-PNG.






terima kasih






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 29 januari 2012 12.20 p.m.

semalam : isnin, 30012012





semalam cik zira memulakan persekolahan semula selepas 9 hari bercuti sempena hari raya cina yang lalu. walaupun macam tak berapa nak semangat sebab rasa macam semangat nak cuti lagi, tetapi tetap menunaikan tanggung jawab dengan sebaik mungkin.






memulakan hari pertama di minggu keempat persekolahan dengan warna tema coklat.






mengajar seperti biasa dan tambahan minggu ni minggu cik zira bertugas. jadi, macam sibuk sikitlah minggu ni sebab kena bertugas terutama waktu budak rehat. kena awasi budak. tadi, takde perhimpunan sebab hujan. jadi, waktu yang ada cik zira gunakan untuk habiskan makanan. macam biasa bawa bekal nasi dan tiga jenis lauk.






perjalanan balik lancar dan sempat cik zira singgah di tesco extra plentong untuk membeli air kotak dan air tin untuk dijual kepada cikgu-cikgu kat bilik guru untuk menambah pendapatan duit kelab guru, PENDITA. cik zira kan bendahari, kenalah jaga dan gunakan duit orang sebaik mungkin. amanah itu penting.






kesimpulannya, hari semalam adalah permulaan yang baik untuk minggu ini. semoga hari-hari esok juga baik-baik sahaja hendaknya. Amin.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 30 januari 2012 9.34 p.m.

Monday, January 30, 2012

kek harijadi awal dua bulan.




hari lahir cik zira yang ke 26 tahun masih ada 2 bulan lagi tempoh masanya. jauh lagi nak sampai 27 Mac tu. tapi, awal-awal dah dapat kek harijadi. 






kek yang sungguh comel!







terima kasih wahai adik iparku, hanim,,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 28 januari 2012 12.15 p.m.

Mee Udang.




balik penang hari tu, tanggal 24 januari, ba, bapa mertuaku telah berusia 59 tahun.






jadi, cik zira berkesempatan merasa Mee Udang masakan ba sendiri sempena hari lahirnya itu.






boleh tahan sedapnya!






anak menantu cucu mana yang ada datang rumah dan makan ramai-ramai. seronok.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 28 januari 2012 10.57 a.m.

kenangan 11.10.2010





ini gambar lama. tapi tak berapa nak lama. tahun 2010. 11.10.2010.gambar kenangan.






kenapa gambar kenangan?






sebab gambar ni diamek masa cik zira nak posting tu. dan kenangan juga sebab bawa suamiku yang masa tu tunanganku baru tak sampai sebulan bertunang. buah hati ikut sekali dengan abah, mama dan ina.







diam tak diam, ni dah masuk tahun kedua cik zira bergelar cikgu. dan masih rasa suka dengan kerjaya cik zira ni sebab ini memang apa cik zira nak jadi. 






bila dah suka dengan sesuatu, kita akan lakukan yang terbaik. ye, dan sebab itu cik zira cuba menjadi cikgu yang terbaik dan membuat yang terbaik dalam diri cik zira. Insya Allah.






p/s rasa macam kurus je dalam gambar kat atas tu,,, ;)





~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 28 januari 2012 10.50 a.m.

Sunday, January 29, 2012

si aqib yang hensem!





kalau belah suamiku ni, anak sedara kesayangan cik zira memanglah si aqib yang hensem dan bijak itu.






dia sangat menawan hati semua orang. jenis tak kisah dan bijak. pandai ikut orang cakap. umur aqib baru setahun lebih. tapi banyak juga perkataan yang dia dah pandai sebut.






yang bestnya, kalau dia buat perangai kan, bila kitorang marah, nanti dia buat muka dia, terus tak jadi marah sebab aqib sangat comel! geram betul kat aqib.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 28 januari 2012 10.30 a.m.

prosperity beef burger raya cina.




dulu masa baru keluar bulan lepas dah merasa dah. masa orang cina sibuk menyambut raya cina cik zira dan suami pun sibuk nak makan prosperity beef burger lagi sekali. yelah, bukan selalu McD keluarkan prosperity kan. setahun sekali jek. takkan nak makan sekali je. sekurang-kurangnya 2 kali lah supaya tak kempunan nak tunggu chinese new year tahun depan pulak.






suamiku belikan dinner prosperity tu dan siap bagi dengan air lagi masa cik zira tengah sibuk update blog. makan sikit, lepas tu siapkan update blog dan makan sama-sama dengan suami dekat ruang tamu sambil tengok tv. beef prosperity memang lagi sedap dari chicken kan? sebab rasa daging dia tu bila dicelup dengan sos blackpeppernya tu memang mantap lah!






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 28 januari 2012 10.20 a.m.

Saturday, January 28, 2012

kereta unik.




hari rabu yang lepas, suamiku membawa cik zira dan adik-adiknya bersama dengan si hensem naqib pergi ke rawang bertemu dengan mak mertuaku di sana.






masa sampai dekat rawang tu, kitorang ada nampak sebiji kereta yang sangat unik. letak dekat tepi jalan. kereta yang penuh dengan barangan terbuang seperti botol-botol, plastik, kotak dan macam-macam lagi dihiaskan cantik penuh di badan kereta tu.






masa nak balik, kereta unik tu bergerak dan kitorang pun amek gamba. tuan punya kereta tu siap angkat tangan dan tersenyum lagi. sporting habis orang nak amek gamba kereta kesayangan dia.






tapi, memang unik sangat kereta tu. dah macam recycle car dah tengok. memang sangat menarik perhatian orang. kira macam hobi tuan punya kereta lah. ada je benda dia jumpa, terus dia hias dekat kereta dia. siap ikat dengan tali. nasib baik tak berderai semuanya masa kereta berjalan.






dah macam kereta berhias pun ada!






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 28 januari 2012 10.11 a.m.

gembira bila bersama.




maaflah kebelakangan ni, sejak cuti seminggu ni masa mengupdate blog MERAH macam takde je. sibuk luangkan masa bersama suami yang bukan selalu dapat berjumpa bila dalam kes hubungan jarak jauh ni. tapi takpe, Insya Allah, mulai hari ni blog akan berupdate seperti biasa.






semalam kan suamiku berada di JB bersama dengan cik zira. dia hantar cik zira balik dari penang setelah 6 hari berada di sana. jadi, dengan masa sehari sahaja yang ada untuk bersama suamiku, maka selepas solat jumaat, kitorang pun berjalan di KSL. sampai je terus pergi makan dulu dekat Seoul Garden. makan dekat situ sejam lebih tapi tak makan banyak sangat pun sebab macam dah kenyang. selalu cik zira akan makan banyak. suamiku kata dia tak suka sangat makan dekat situ. baiklah suami, lepas ni kita tak makan situ dah k. makan tempat lain,,, ;)






harga makan berdua di Seoul Garden tu RM 70. sorang RM 35 macam tu lah dah masuk tax semua. cik zira suka makan dekat situ bila teringin. tapi lagi best kalau dapat makan dekat Rawa Steamboat. baru RM19. sama je lebih kurang makannya.






lepas makan dan masa masih kenyang, terus keluar dan berjalan-jalan dekat KSL tu tengok-tengok nak bagi makanan dalam perut tu hadam sikit. suamiku kata nak pergi tengok-tengok tshirt. last-last, berhabis jugak membeli tali pinggang, kemeja, tshirt dan jeans. orang lelaki ni kalau shopping mahal sungguh kan! nasib baik jadi perempuan, tak payah beli sampai beratus-ratus macam lelaki.







lepas selesai membeli-belah barang suamiku, kitorang pergi masuk tesco jap beli tepung bik ani kirim. lepas tu pergi beli hotdog jumbo dekat aunt's anne. sedap hotdotgd dia. besar betul dan harga pun RM 8.80. okeh, lepas tu terus bergerak keluar dari KSL dan ziarah kubur mak dekat kebun teh. baca doa dan kemaskan kubur mak. cik zira bawa menantu mak jumpa mak,,, =)






balik asar. berehat kejap dan cik zira kemaskan beg suamiku yang mahu pulang ke penang. lepas maghrib keluar sekejap ke klinik sebab kulit cik zira masalah lagi. pergi farmasi beli ubat sikit. balik rumah pun berehat sekejap dan pukul 9 lebih keluar menuju ke larkin. maka berpisahlah lagi suami isteri ni terpaksa berjauhan JB-PENANG.


dah kena tinggal sorang-sorang,,, =(




cik zira suka sangat bila dapat bersama. perasaan gembira tu tak dapat nak digambarkan bila dapat tengok suami hari-hari. tapi, keadaan cik zira tak mengizinkan cik zira dan suami bersama macam pasangan lain. dan bila dapat berjumpa sangat gembira tapi saat nak berpisah tu, paling cik zira tak suka. huhu






inilah cerita cik zira bersama suamiku semalam. masa sekejap yang ada diluangkan sebaiknya. Insya Allah, lepas ni jumpa lagi sekejap sebab lepas tu sekolah dan sibuk dan jumpa pula cuti bulan 3 nanti.






okeh semua. cerita cik zira untuk entry ini sampai di sini dahulu ye,,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 28 januari 2012 9.53 a.m.

Friday, January 27, 2012

27 Januari 2012





alhamdulillah
cik zira selamat sampai di JB pukul 5 lebih pagi tadi. dan sangat seronok suamiku dapat temankan balik sekali yang pada asalnya macam dah kena balik sorang-sorang sebab suamiku terpaksa bekerja tak dapat cuti. tapi, alhamdulillah dapat juga balik JB bersama. itu pun satu hari ni jelah dapat bersama sebab malam nanti suamiku itu dah kena pulang semula ke penang sebab urusan kerja. hidup kena pasrah bila dapat suami terpaksa berjauhan dan bila dapat suami yang kerjanya susah nak cuti. sebab tu kena doa banyak-banyak supaya ada rezeki dapat duduk cepat dengan suami. Amin






jadinya, pagi tadi sampai, naik teksi balik rumah atok. lepas subuh tido balik. penat kan naik bas. dah bangun borak-borak kejap. makan tengah hari. masa taip entry ni cik zira ngah tunggu suamiku balik solat jumaat. karang nak ajak dia makan dekat Seoul Garden. cik zira teringin plus suamiku tak pernah lagi makan kat situ. nak ajar dia makan kat situ. jadi, siapa yang ajak, dia kenalah belanja,,, ;)






petang dah teduh nak ziarah kubur mak. bawa menantu mak yang sorang ni,,, =)






sampai sini dulu. nanti jumpa entry lepas ni pulak k. cik zira ada masa beberapa jam sahaja lagi nak bersama suami. jadi, kena peruntukkan masa yang berbaki dengan sebaiknya,,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 27 januari 2012 2.10 p.m.

Thursday, January 26, 2012

pulang.





malam ini menaiki bas pulang ke JB semula untuk kembali ke pangkal jalan. eh, silap-silap. kembali untuk bekerja semula dan perlu berpisah lagi dengan suamiku. sedih, tapi nak buat macam mana kan. ini dugaan Allah bagi. takpe, ada cuti panjang sikit nanti, boleh balik penang lagi jumpa suamiku.






semoga perjalanan ini selamat dan cik zira selamat sampai. esok Insya Allah mengupdate blog MERAH dari rumah atok semula,,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 25 januari 2012 9.41 p.m.

MERAHku tetap MERAHku jua.





wah, tajuk tu macam nak buat novel jek plak kan. hehe






takde apa, cuma petang ni nak bagi tahu. cik zira kan, dari dulu sampailah bila-bila akan tetap menyayangi MERAH walau apa cara sekali pun.





MERAH tetap selamanya dalam hati cik zira.


MERAH bonar!




bak kata tajuk entry, MERAHku tetap MERAHku jua,,, =)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 25 januari 2012 10.00 p.m.

andai masa dapat diputarkan kembali...




andai masa dapat diputarkan kembali
teringin sekali nak jadi budak-budak semula, senang tak payah fikir banyak
tak payah kerja cari duit
main pergi sekolah






andai masa dapat diputarkan kembali
nak sangat luangkan masa sehabis baik dengan mak masa mak ada lagi
nak sangat peluk cium mak hari-hari





andai masa dapat diputarkan kembali
nak buang semua dosa, nak kutip pahala banyak-banyak






andai masa dapat diputarkan kembali
tak nak buat silap yang sampai sekarang masih ingat lagi






anda masa dapat diputarkan kembali
banyak betul perkara lampau nak diperbaiki





andai
tapi 
yang pastinya, masa tidak akan dapat diputarkan kembali






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 25 januari 2012 9.52 p.m.

Wednesday, January 25, 2012

sekejap sungguh masa berlalu.




betul lah masa ni cepat sangat berjalan. diam tak diam cuti cik zira dan masa untuk bersama suamiku di penang pun dah nak habis. sedih betul lah.






esok malam dah nak balik JB. lepas tu kena tengok pulak cuti mana lagi boleh balik penang berjumpa suamiku.






inilah namanya pengorbanan bila terpaksa berjauhan sebagai suami isteri. kena terima. ada rezeki Allah bagi nanti boleh duduk sama-sama. Amin.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 25 januari 2012 9.24 p.m.

koleksi jam tangan suamiku.





kan cik zira ada belikan suamiku kotak jam tangan warna MERAH yang cik zira cerita dekat ENTRY INI kan.






balik jek penang jumpa suami, terus hadiahkan suamiku kotak jam tangan itu. suruh dia keluarkan jam-jam yang ada sebab cik zira nak susun dalam kotak jam MERAH itu.





suamiku kata ada 8 utas. tapi bila susun tinggal satu sahaj tempat kosong. jam manalah yang bertuah untuk memenuhkan kotak MERAH tu kan.






nampak gaya macam kena belikan kotak lagi satu,,, hehe







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 23 januari 2012 1.30 p.m.

Tuesday, January 24, 2012

masak-masak.





semua orang boleh masak bukan?






tapi, tak semua pandai masak dan masakannya sedap.






cik zira sifatkan diri cik zira sebagai boleh masak tapi tak pandai masak. jenis masak main campak-campak je nak masak apa, asalkan ada rasa dan boleh dimakan.






dah boleh masak zaman sekolah rendah lagi. suka makan, jadi kenalah suka masak. tapi, bukanlah pandai masak. tidak ditahap itu. malah masa dekat UUM pun masak sendiri sebab jimat dan boleh makan banyak,,, hehe






hari sabtu sampai penang, cik zira masak untuk lauk tengah hari. masak pun yang simple sahaja. sayur kubis goreng + sambal udang + ayam sambal kicap.







sarapan hari ahad makan maggie tomyam goreng dan sarapan hari isnin masak mee goreng basah.






untung kalau boleh masak. tak kisahlah tak pandai dan tak sedap mana pun, janji dapat isi perut yang lapar. betul tak cakap cik zira ni?,,, ^____*








~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 23 januari 2012 1.20 p.m.

ahad malam yang seronok di Gurney Plaza yang lengang.





ahad malam yang lepas, di saat kaum cina bersedia untuk makan besar meraikan Tahun Baru Cina, cik zira dan adik-adik ipar, hanim dan ainul keluar berjalan ke Gurney Plaza. punyalah seronok bila masuk Gurney Plaza tak macam selalunya yang sentiasa sesak dan penuh dengan umat manusia. tapi malam tu, sunyi dan lengang.


 aksi terlebih gembira sebab perut sudah kenyang

masa itu emas okeh!




lepas makan, kitorang bergambar.



hanim, ainul & cik zira aka the kakak ipar




lepas ni setiap tahun tibanya tahun baru cina, suasana akan macam ni. yelah, baru tahun kedua tak silap rakyat malaysia bercuti seminggu untuk raya cina dan deepavali. bukan yang beraya je cuti, yang tak raya pun join sekali,,, =)






ini namanya 1 Malaysia!






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 23 januari 2012 1.10 p.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails