SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, December 31, 2011

31 Disember 2011.





hari ini, merupakan hari yang 365 dalam tahun 2011. hari terakhir untuk tahun 2011 ini.






berakhirlah setahun, 2011 dalam kenangan beberapa jam sahaja lagi.






syukur alhamdulillah cik zira panjatkan kerana Allah memberikan yang baik-baik sahaja untuk cik zira sepanjang 2011 ini.






dan yang penting, 2011 inilah yang menjadikan cik zira lebih bermakna dan penuh dengan tanggung jawab yang perlu dipikul.






selamat tinggal 2011. tahun ini akan kekal dalam ingatan cik zira sebagai antara tahun terbaik dalam hidup cik zira.






.selamat datang 2012.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 29 disember 2011 4.32 p.m.

keluarga adalah yang paling berharga.





cik zira sayang keluarga cik zira.
walaupun telah berdepan dengan pelbagai ujian Allah, 
semuanya mematangkan kami sekeluarga.






cik zira kuat lepas mak takde, 
sebab chenta-chenta hati yang selalu berada dengan cik zira susah dan senang.
walaupun dorang lelaki, tapi dorang sangat faham akak dorang ni. 
terima kasih jeri, terima kasih yap!






walaupun tidak dekat dengan abah, tapi sehormat mungkin, 
segala pendapat, cik zira ajukan pada abah 
dan abah sedaya mungkin akan menolong.






ina
harapan cik zira, hubungan kakak dan adik ini 
akan menjadi semakin rapat dan semakin baik.
Insya Allah.






yang pasti, cik zira tahu, 
mak sedang gembira tengok anak-anak dia sekarang,,, =)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 29 disember 2011 4.28 p.m.

Friday, December 30, 2011

doa dan harapan seorang isteri.








suamiku,
Allah telah memberikan tanggung jawab kepadamu untuk menjaga dan memimpin aku
Allah telah memutuskan padaku bahawasanya engkaulah suamiku
Allah telah memberikan aku, takdirku bersuamikan kamu






suamiku,
jalankanlah tanggung jawabmu yang sepatutnya
jadilah suami yang seharusnya kamu jadi
janganlah engkau lupa akan akad dan janjimu untuk menjaga aku






suamiku,
aku berdoa tanpa henti agar engkau suami terbaik dalam hidupku
aku merintih pada Allah supaya Dia mendengar doa-doaku untukmu
aku bermohon supaya Allah memberikan ku suami yang terbaik untukku






suamiku,
aku terima kamu seadanya kamu
aku cuba menjadi isterimu yang terbaik seadanya aku
aku berusaha taat setia kepada kamu






suamiku,
tolong fahami aku sebagaimana aku cuba fahami kamu
tolong berusaha untuk memperbaiki mana yang kurang
tolong menjadi suami yang sebaiknya untuk aku






suamiku,
syurgaku kini atas redhamu
pahalaku kini ku kumpul sebanyaknya atas taat setiaku padamu
solehahnya aku untukmu akan ku cuba sedayanya aku






suamiku,
sudah tertulis aku menjadi isterimu
aku terima. aku redha dan sentiasa memohon restu dari Allah
semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhirnya.






suamiku,
aku pinta hanya satu
jadilah seperti yang aku mahu, supaya menjadi suami yang baik untukku
berusahalah perbaiki mana yang perlu
cuba wahai suami. berdoa dan berusaha. aku sentiasa di sisiMu memohon doa dari Allah.






suamiku,
ingatlah, tanggung jawabmu oleh Allah sangat besar.
untuk menjaga aku seumur hidupmu.
jangan sia-siakan apa yang diberikan ini. 






suamiku,
sayangilah aku setulusmu
cintailah aku seikhlasmu
renunglah mataku dan ketahuilah harapan dan hasrat aku untukmu
jagailah aku sebaiknya, hargailah aku seadanya.






suamiku,
kutanamkan kesabaran sentiasa ada dalam diriku
kupohon doa dari Allah supaya sentiasa kuatkan diriku
kuharapkan semua yang terbaik dalam ikatan suci ini






Ya Allah
Kau Maha Mengetahui apa yang kumahu
Aku mohon Ya Allah. jika ini yang sudah tertulis untukku, Kau berikan yang baik untukku.
Hanya PadaMu aku mohon segalanya. 
Amin Ya Allah.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 28 disember 2011 9.23 p.m.

terima kasih ye korang,,, =)





cik zira nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis disember cik zira terutama di JB dan juga tidak lupa di penang.






terima kasih yang tak terhingga kepada keluarga tersayang yang banyak membantu. terima kasih sangat-sangat.





kepada sedara mara dan kawan-kawan sahabat yang turut sama membantu dan turut hadir memeriahkan lagi majlis cik zira.






untuk entry ini, cik zira dedikasikan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan cohort 3 yang hadir. rakan-rakan yang bersama suka duka 6 tahun sepengajian.







terima kasih kepada fiqa dan syira yang datang awal dan banyak membantu. terima kasih kepada shobna yang membawa mami dan kak emy tersayang. terima kasih kepada mye, bie, salwa, izzati, sarah yang datang. kepada anwar, zaid, rashid, acap, aloy, aizat, paan, faisal, arep. siap ada hadiah lagi tau. terima kasih ye korang.






kepada amin, nik dan shikin. terima kasih datang.






kepada yang tak dapat hadir tapi sms cik zira doakan cik zira, aqilah, norish, ruhaila terima kasih sangat.






terima kasih sangat korang. sanggup datang jauh-jauh. cik zira hargai sangat. 






ingat, kepada yang masih bujang dan bakal mendirikan rumah tangga, bagi tahu tarikh awal-awal ea. cik zira reservekan tarikh dan cuba untuk hadir jemputan. satu dah dapat februari nanti ke sungai petani. majlis paan. siapa lagi? jangan lupa jemput si MERAH ni ye.






terima kasih ye korang semua!! 
sayang korang!!






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 28 disember 2011 9.02 p.m.

cincin kami.





tak tahu kenapa untuk kahwin cik zira minta dekat buah hati hadiahkan cincin emas putih.






ye, tahu. emas putih tiada nilai berbanding emas biasa. tapi, cik zira nak jaga cincin tu, tak nak jual sebab itu akan jadi cincin kenangan. jadi, tak apalah bukan emas sekali pun.






untuk buah hati, cik zira hadiahkan cincin palladium bertakhtakan batu biru.






cincin kitorang dah beli lama tau. bulan Mac lagi dan simpan elok-elok. beli dekat tempat yang sama. beli sama-sama, pilih sama-sama.






kalau orang lain dapat gelanglah apelah dan macam-macam lagi. takpe. buah hati bagi cik zira cincin ni pun, cik zira dah terima.







p/s kena kekalkan prinsip, nak apa, beli sendiri. jangan harapkan orang lain. bila beli sendiri, rasa puas tu lain.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 26 disember 2011 11.40 a.m.

Thursday, December 29, 2011

bilik pengantin.





bilik pengantin buat sendiri. bik ani lah yang banyak membantu. terima kasih banyak kat bik ani.







terima kasih jugak kat cik paris sebab tolong catkan bilik tu dan pasangkan rail langsir.






langsir dah beli awal-awal, minta tolong bik ani jahitkan. bunga dekat langsir tu pun bik ani yang gubahkan.






set cadar beli dekat jusco yang mati-mati ingat warna MERAH terang tapi rupanya warna oren. dah terbeli, pakai jelah. bantal petak MERAH hitam tu beli dekat nilai 3. karpet semua pakai mana yang ada. nasib baik ada karpet rambu-rambu bik moi warna MERAH. nampak MERAH lagi bilik pengantin tu.






dekat meja ada cermin tu, letak sebingkai gambar cik zira dan buah hati, tambahkan lampu meja, bunga hidup last minute bik ani letakkan dan bunga mawar bagi wangi bilik tu.






semuanya sendiri. lagi puas hati. berbaloi-baloi. nak tido pun selesa je.






yang penting, mesti nampak MERAH. sampaikan tok kadi masuk jek, dia siap cakap dengan cik zira, " memang semua MERAH bila saya masuk rumah ni. nasib baik saya bawa pelapik fail pun MERAH."






sempat bergurau lagi tok kadi tu,,, ^___*






betul tu tok kadi. memang nak semua nampak MERAH. barulah cik zira namanya.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 27 disember 2011 9.52 p.m.

berdua di Grand Lexis, Port Dickson.





ini kisah honeymoon pendek itu hari. bercuti sekejap di port dickson, di Grand Lexis bersama suami sebelum dia menghantar isterinya ini balik ke JB dan berpisah.






tengok dalam internet, grand lexis ni memang cantik. biliknya, bagaikan rumah yang dihias cantik seperti hotel. taraf 5 bintangnya memang menawan kalbu sesiapa pun yang menginap di situ.






cik zira amek rumah biasa je. yang atas darat. deluxe room tak silap. tapi memang ada pool lah setiap rumahnya. masuk jek memang kagumlah sebab memang cantik sangat. disebabkan 1 malam je di situ, memanglah tak keluar ke mana. duduk jek dalam bilik tu menikmati kecantikan dan kesergaman bilik yang kitorang menginap tu. buat macam rumah sendiri pulak. yelah, berangan ada rumah secantik itu,,, =)










memang cantik. memang puas hati. kalau ada anak-anak pun okeh sebab ada 2 king size beds. puaslah duduk dalam bilik macam tu. best sangat!





makan sarapan dia pun best. macam-macam ada.







dah merasalah duduk dekat Grand Lexis. seronok. Insya Allah, ada rezeki boleh duduk situ lagi.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 27 disember 2011 9.26 p.m.

hari kedua minggu bertugas.




semalam, 28 disember 2011, hari kedua bertugas di minggu bertugas sebelum sekolah buka minggu depan. memang cik zira dan rakan-rakan guru SKTC mula bertugas dari 27 disember hinggalah 3 januari 2012. penuh dengan mesyuarat dan taklimat untuk dikemaskini maklumat terkini dan bidang tugas masing-masing.






kalau hari pertama baju kurung hitam dan tudung MERAH. hari kedua baju belang dan tudung putih.






bawa bekal dan makan lepas mesyuarat sesi pertama. roti 3 keping dan sambal sardin yang sangat sedap masakan bik ani tersayang. sarapan sedap.






mesyuarat panitia bahasa inggeris di bilik SAC. cik zira tetap penyelarasa SAC. tahun 2012 ni nak bagi elok lagi. baiki mana yang kurang. nak lantik pengawas SAC kelas yang cik zira ajar nanti, 3D untuk tolong cik zira jaga dan kemas SAC tu. selagi diberi tanggung jawab, selagi itulah cik zira akan jaga dengan baik. Insya Allah.






balik pukul 12 lebih. dalam perjalanan teringin ayam goreng spicy McD yang dah lama tak dapat makan. nak beli asyik dah habis je. terus ke drive tru. dapat jugak. happy sangat. beli 2 set. satu untuk cik zira. 1 untuk kat rumah. dalam kereta makan fries dulu.






sampai rumah terus makan. kan dah lama nak makan baru dapat. bayangkan lah macam mana rasanya,, hehe


wajib ada kepak ayam




tapi sayanglah. ayam goreng McD yang sepatutnya sedap dan besar, dah jadi kecik dan tak sedap. padahal harga ayam dah turun. eceh, mentang-mentanglah suami berniaga ayam. yelah, dah tahu ayam mcd memang terbaik. tiba-tiba kecik dan tak sedap. sedih sangat. tapi tetap makan sampai tinggal tulang,,, ;)






okeh. kena duduk diam-diam. tak boleh nak teringin apa-apa dah. makan je keje. isyh-isyh.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 28 disember 2011 8.32 p.m.

Wednesday, December 28, 2011

diari 2012.





cik zira memang dari darjah 6, umur 12 tahun dah ada diari untuk ditulis. diari cik zira ialah buku kosong garis satu yang tak guna, cik zira balut elok-elok bagi cantik sikit.






sampailah sekarang, tahun 2011 ni, memang dah banyak diari buku garis 1 cik zira. semuanya cik zira simpan buat kenangan sebab ada cerita cik zira dari dulu yang cik zira simpan untuk dibaca di masa depan nanti. dahlah jenis diari bukan tulis pendek-pendek tau. siap karangan 1 muka surat untuk satu hari tu. luahan apa yang nak ditulis.






tapi, untuk tahun 2012 yang tak berapa hari je lagi ni, cik zira dah siap beli diari kecik warna MERAH dekat popular. diari ni senang cik zira nak bawa gi mana-mana nanti, letak tarikh penting dan semualah yang penting dalam tahun 2012 nanti. bawa ke mana pergi, nak semak nanti senang.






dah tak buatlah diari sendiri guna buku garis 1 sebab dah beli diari baru warna MERAH untuk 2012. dah siap tulis nama semua. 1 januari 2012 dah boleh guna dan rasmikan. yay!!







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 25 disember 2011 10.40 a.m.

baju nikahku.





ramai tanya kenapa baju nikah tak warna putih.







cik zira memang tak mahu. kalau boleh nak MERAH jugak. tapi kang asyik MERAH je.






jadi, pilih maroon.






baju pun beli online dah siap. jenis kain cotton. saiz 36. simple tapi pada cik zira nampak cantik dan kemas. gabungan warna maroon dan sulaman bercorak hitam.


 si MERAH & chenta hati 2



gandingkan dengan shawl manik hitam, anak tudung lycra maroon dan veil cantik warna maroon dan lace hitam. simple sahaja kan.






semuanya beli dah siap untuk persalinan nikah cik zira,,, ^___^







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 26 disember 2011 11.53 a.m.

sudah mula bertugas semalam.





Assalamualaikum kepada semua yang disayangi...
cik zira akan bercerita pasal kahwin tapi akan diselitkan juga apa yang terjadi pada cik zira seharian. macam biasalah. blog MERAH ni kan banyak bercerita pasal si MERAH. pasal kerjaya sebagai cikgu lah, pasal makan lah dan macam-macam pasal lagilah,,, ;)






dan pagi ni cik zira nak bercerita pasal semalam. semalam, 27 disember 2011, cik zira dah mula bertugas. kejap sangat rasa cuti. dah naik kerja balik. dah kahwin pun. dah ada panggilan Puan pun di depan tu. bukan lagi Cik Hazirah ye. dah jadi puan. kena sedar diri sikit,,, hehe


muka dah macam makcik betul!




nak bangun rasa malas sangat. yelah kalau selalu subuh pun 6 lebih. tapi semalam nak bangun pukul 6 tu rasa malas sangat. boleh siap tido balik beberapa minit. aduhai. sampai sekolah pun lengang lagi. ramai belum sampai. semalam mesyuarat ringkas je. secara details semua bermula hari ni sampailah jumaat. isnin dan selasa pun masih bertugas pagi. rabu je dah mula sekolah, pergi sekolah macam biasa, sesi petang.






penyelia petang kesayangan, kak ti dah pindah sekolah. rindu sangat dekat kak ti. tapi, apakan daya. demi tugas kak ti terpaksa tinggalkan kami semua cikgu sesi petang dan digantikan dengan pn. amnah saat, sedara cik zira jugak. jumpa juga satu sekolah. balik terus bagi tahu atok dengan bik ani,,, =)






dah dapat buku rekod. dah tulis sikit. dah dapat jadual waktu. cik zira tak pegang kelas. tapi kemungkinan besar akan pegang kssr tahun 2 untuk bahasa inggeris sebab pergi kursus hari tu. nanti masa mesyuarat panitia bahasa inggeris mesti kena semak balik fail kursus.






cik zira akan mengajar 4 kelas. 1 kelas tahun 3D dan 3 kelas Tahun 2A, 2B dan 2H. aduhai, 2H kelas belakang sekali yang budak-budaknya kelas belakang tahun 1 tahun lepas. memang mencabar ni. takut pun ada. dahlah mengajar bahasa inggeris. pulak tu siap kena mengajar muzik. aduhai. cabaran jugak lagi. bukan tak pandai nyanyi-nyanyi. memang cik zira suka sebab mengajar bahasa inggeris pun cik zira selit nyanyian selalu dalam kelas. tapi, belum ada pengalaman menjadi guru muzik. takpe, kena tanya cikgu-cikgu muzik yang lain. tak tahu, rajin bertanya kan?






takpe, tahun baru. tahun 2012, segala cabaran harus ditempuh. yang pasti, akan berusaha untuk menjadi guru yang baik yang dapat mengajar anak-anak dengan baik. Insya Allah.






mesyuarat semalam habis cepat. cik zira pun chaw awal. tak tunggu makanan pun. balik, makan dulu. lepas tu ke menara hasil, hantar BR1M tu. punyalah ramai orang. tapi takpe. beratur kejap je nak hantar borang sebab dia buka kaunter banyak.






lepas setel borang di menara hasil tu, terus setia tropika amek baju dekat dobi. dah wangi dah baju kahwin semua. simpan dulu elok-elok. mana tahu ada yang nak sewa ke kan lepas ni.






selepas ke setia tropika, terus ke kampung melayu. beli ais jagung sedap dengan bihun soto dan soto nasi. kemudian terus balik. penat sangat dah badan.






petang lepas makan, mandi solat, rehat badan dan tido petang dengan lenanya. lama sangat dah tak tido petang macam semalam. lepas ni dah tak boleh sebab dah mula kerja petang. takpe, kasi can beberapa hari yang ada ni.






mood cuti dah tiada. suami pun dah jauh. kena berlagak macam single balik. buat apa pun sendiri macam biasa. kena bagi mood kerja tu betul-betul ready dalam badan dan dalam otak. 






All the best buat diri sendiri ye cik zira!!







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 27 disember 2011 8.56 p.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails