SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, February 28, 2011

setahun sudah.





sudah setahun rupanya cik zira dan buah hati cik zira tu.



encik buah hati


 buah hati encik buah hati yang tersenyum bukan main lebar,, =)





rasa macam sekejap je. tahun lepas kenal, tahun ni dah setahun dah.






semoga kekal sampai bila-bila. AMIN.






ada orang lagi bertahun-tahun kan. cik zira yang baru setahun ni pun rasa macam syukur sangat. 






tapi kan...







kenapa nak tunggu bulan 12 nanti rasa macam lama sangat plak ye? ngee






sabar cik zira sabar. insya Allah, semuanya berjalan lancar. AMIN.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 27 februari 2011 4.30 p.m.

dah lama rasanya tak shopping online





cik zira ni salah seorang yang suka shopping online tau.






kenapa? sebabnya,,,,


  • mudah
  • cepat
  • nak pilih pun takdelah kelam kabut, boleh je amek masa berapa lama nak pilih
  • duduk je depan laptop, tak payah keluar rumah
  • harga berpatutan dan ada yang memang murah. kena pandai cari
  • bayar, tunggu lah parcel sampai depan rumah
  • senang sangat!





sebab tu memang dari dulu suka shopping online. selalu shopping tudung lah, baju, wallet, beg, perfume.






dah lama tau tak shopping online. baru-baru ni order perfume dan baju. dapat sekali 2 parcel. happy tak terkatalah. dahla barang dalamnya semua MERAH-MERAH. barang dalam tak leh amek gamba lah,, rahsia,,,, hehe






korang pun kalau ragu-ragu nak shopping online, tak perlu risau. semuanya selamat dan memang sangat mudah. macam-macam barang yang korang boleh beli secara online. cakap je nak apa. setakat ni cik zira shopping online, semuanya ok takde masalah. cubalah k!








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 27 februari 2011 4.20 p.m.

tusyen siap dapat makan lagi tau.




untung tau anak-anak murid yang tusyen dengan cik zira dan BFF cik zira ni. time rehat setengah jam tu mesti dapat makan sedap-sedap. yelah, dahlah bik ani, makcik cik zira tu memang kaki masak. macam-macam dia sediakan bagi budak-budak ni makan. dengan cikgu-cikgu sekali makan.






tusyen petang sabtu tu masa rehat makan. tusyen pagi ahad tu masa rehat pun makan jugak. aduhai. memang untung lah. tempat tusyen lain ada ke siap dapat makan sedap? ha, takde tau,, hehe






macam tusyen pagi semalam, dorang dapat makan kuih karipap pusar yang rangup tu, kuih koci yang sedap dan roti jala sekali. lepas belajar, rehat makan, lepas makan sambung belajar balik.





terima kasihlah bik ani sebab selalu bagi cik zira makan sedap-sedap. sampaikan budak-budak tusyen pun dapat merasa sama.






makan sedap, makan sedap jugak. tapi belajar tu kena belajar ye anak-anakku.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 27 februari 2011 4.15 p.m.

Sunday, February 27, 2011

semalam, sabtu 26 februari 2011




salam ahad semuanya,






dah petang ahad dah kan, kejap je rasa. esok dah kena kerja balik dah,, huhu






entry petang nak cerita pasal sekolah pulak sebab semalam, hari sabtu, sekolah cik zira ada perjumpaan Koko yang pertama. cik zira Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah dan permainan bola baling. semalam pemilihan AJK dan bayaran yuran. penat jugak sebab budaknya ramai.



sabtu, 26 februari 2011




sambil tu cik zira tolong dekat english corner ada buat projek world of english. jadinya kena letak bahan-bahan membaca bahasa inggeris dekat sudut tu. dapat buat sikit. nanti lebihannya akan sambung kemudian.







datang sekolah lewat sikit. kul 8.10 jam sekolah. jam sekolah cepat 10 minit. sampai-sampai terus ke sudut english tu. lepas tu pergi masuk bola baling. akhir sekali sampai kul 12 lebih dekat KRS.






balik sampai rumah pukul 1. pukul 2 tusyen. peh, memang penat lah! tapi takpe. inilah namanya kalau cikgu kan. masa rehat sekejap-sekejap je. kerja banyak tau. tapi berdoa dan terus berdoa ni cuti bulan 3 cik zira dapat cuti. harap sangat sebab member kahwin dan nak kena setelkan satu perkara. tolong doakan sama cik zira dapat cuti ye bulan 3 nanti. AMIN.






hari ni pagi tadi tusyen sampai tengah hari. petang ni baru dapat rehat sikit. malam ni nak kena siapkan untuk sekolah esok.





itu sahajalah cerita cik zira dan bebelan cik zira untuk entry petang ahad, 27 februari 2011 ni. esok 28 februari dah hari terakhir dalam bulan februari tahun 2011. nak masuk bulan Mac dah. bulan Mac ni bulan cik zira tau,, =)






ok semua. mari habiskan hari ahad ni dengan happy ye. jaga diri baik-baik.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 26 februari 2011 7.30 p.m.

teringin dan dapatkan terus





jumaat malam tu tiba-tiba teringin nak minum yang sejuk-sejuk macam ice blended. lepas tu dalam kepala nampak milk shake McD dengan ice blended pizza hut. aduhai. McD dahlah jauh nun dekat Carrefour tu tapi drive thru, tak payah turun. duk dalam keta je. Pizza hut dekat, dekat bus stand larkin tapi kena turun.






tapi nak jugak. padahal masa tu kan dah pukul 10.30 malam. tanya pendapat buah hati. dia pun tahu kalau cik zira nak kan sesuatu tu, mesti cuba dapatkan jugak. last-last, ikut cakap buah hati, dia suruh pergi McD. maka, cik zira pun pergilah ke sana malam-malam tu sampai sesat-sesat tak tahu jalan nak balik semata-mata nak minum. ikutkan hati sangat.






sampai drive thru, terus order. chocolate shake dengan Mc Flurry Oreo. beli 2 tu je, RM 8 ++. semata-mata kan cik zira ni.






dalam kereta jugak, masa sesat-sesat nak balik tu duk minum chocolate shake tu sampai habis. balik rumah makan mc flurry pulak sampai habis.






nasib baik malam-malam teringin tu memang boleh nak dapatkan. cuba kalau teringin pulak tu bendanya memang tak boleh dapat. tak ke boleh kempunan nanti?





jangan tiru perangai cik zira yang satu ni ye,,, ^__________*








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 26 februari 2011 7.10 p.m.

Saturday, February 26, 2011

selesai kertas ujian




alhamdulillah






berjaya siapkan 467 set kertas ujian Mac seorang diri.






bayangkang berapa jam cik zira peruntukkan masa seorang untuk siapkan semua.






siap dah semua. lega sangat. angkat semua pun sorang-sorang. tak susahkan orang lain.






tunggu ujian 8-10 Mac ni je. lepas dorang dah jawab, dah boleh mula tanda kertas dan bagi markah.






harap-harap sangat cuti bulan 3 ni dapat cuti. kena doa banyak-banyak. AMIN







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 26 februari 2011 2.14 p.m.

Syria Cotton yang super best!





salam sayang semua,






selamat hari sabtu. cik zira waktu ni dekat sekolah sebab ada Hari Koko. tengah hari lah baru sampai rumah.






entry pagi ni cuma nak bagi tahu. SYRIA COTTON yang ada dekat ...REDshop... memang super best!


syria cotton warna hitam.




kain cotton yang memang sedap sangat. tebal sangat. dan selesa sangat bila dipakai.






cik zira pun dah amek untuk diri sendiri. memang puas hati. kain dia memang tebal dan labuh menutup dada. sarung sahaja. anak tudung dia pun kain cotton tebal yang sama.






harga RM 25 sahaja. masih ada beberapa warna yang available. 






nak tengok pilihan warna sila KLIK SINI






nak tengok lebih banyak tudung, KLIK SINI.






sibuklah, sebab tu tak sempat nak menjual tudung ni. tengok kalau dah tak sibuk sangat, cuba masukkan stok baru. TUDUNG CT MANIK pun masih ada lagi. cantik-cantik.








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 25 februari 2011 8.40 a.m.

Friday, February 25, 2011

bonuslink





semalam dapat surat. tengok sampulnya daripada parkson. siap ada birthday lah apelah. teruslah buka masa nak pergi kerja tu. buka dalam kereta. nak tengoklah surat apa.







sekali dah buka, rupanya bonuslink. alah biasalah kan. kalau hari jadi ke apa, dapatlah voucher lah apalah. dapat kupon-kupon semua tu. tapi mesti lah kena belanja dulu kalau nak kena voucher ke kupon tu semua.






bukan main awal lagi dapat. padahal birthday lambat lagi, 27 Mac.





bawa jelah pergi penang nanti. kot-kot nak guna ke kan. tapi rasanya macam tak guna pun memang. nak belanja apa pun kat parkson tu,, hehe






terima kasihlah parkson dan bonus link ye,, ^_________*









~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 25 februari 2011 8.10 a.m.

Program NILAM SKTC





cik zira ada cerita pasal Program NILAM sekolah cik zira di ENTRY INI.






sehubungan dengan itu, cewah, hari esoknya, masuk Mingguan Malaysia. cik zira tak tahu. tokcik salleh yang kol bagi tahu sebab nampak cik zira MERAH-MERAH,, hehe.






tak pergi beli pun Mingguan Malaysia. tapi semalam ada budak kerat gambar tu tunjuk kat cik zira. katanya, "teacher-teacher, gamba teacher." cik zira senyum je. buat-buat macam tak heran, padahal hati nak tengok, tapi sebab tengah mengajar dalam kelas kan. angguk je kepala bila budak tu bagi tahu,, ;)






ni pun cik zira tengok dekat Utusan Malaysia Online bertarikh 20 Februari 2011



SK Taman Cendana taja 10,000 Utusan Malaysia sempena program Nilam


MOHD. Asri Jantan menyerahkan tajaan sebanyak 10,000 naskah Utusan Malaysia kepada Musa Mastor 
pada majlis Pelancaran Nilam di SK Taman Cendana, Pasir Gudang, semalam.


JOHOR BAHRU 19 Feb. - Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cendana, Pasir Gudang, dekat sini, menaja 10,000 naskhah Utusan Malaysia sempena Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) dan Perasmian Gedung Bacaan yang dilancarkan hari ini.
Penyerahan tajaan tersebut disampaikan oleh Eksekutif Kanan Pemasaran Zon Selatan Utusan Malaysia, Mohd. Asri Jantan kepada guru besar sekolah itu, Musa Mastor.
Serentak itu, satu sudut bacaan yang terdiri daripada majalah keluaran Kumpulan Utusan turut dilancarkan di ruang legar utama sekolah tersebut.
Mengenai tajaan tersebut, Musa berkata, kesemua 10,000 naskhah itu adalah untuk kegunaan sepanjang tahun ini setelah pihak sekolah percaya dan berminat dengan kualiti sisipan pendidikan akhbar itu.
"Sisipan pendidikan seperti ADaP akan menjadi sumber rujukan untuk 2,800 murid di sini terutamanya calon yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
"Diharapkan murid memanfaatkan semua bahan pendidikan dalam akhbar ini untuk meningkatkan mutu pelajaran dan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan," katanya.
Beliau juga amat menghargai kerjasama dengan Utusan Malaysia dan tanggungjawab sosial yang dimainkan untuk sekolah tersebut.
Sementara itu, Mohd. Asri berkata, SK Taman Cendana merupakan sekolah perintis untuk Program Perkongsian Pintar Skim Sekolah Zon Selatan 2011 anjuran Utusan Malaysia bertujuan membantu dan bekerjasama dengan pihak sekolah terlibat dalam meningkatkan mutu pelajaran murid.
"Keistimewaan bagi sekolah-sekolah yang menyertai program ini mendapat sisipan pendidikan seperti ADaP, majalah Estidotmy dan akhbar Utusan Melayu Mingguan edisi jawi," katanya.
Selain itu, katanya, Kumpulan Utusan juga menyumbangkan majalah keluarannya yang mampu menyemarakkan budaya membaca di kalangan murid.
Tambahnya, akhbar itu juga sedia bekerjasama untuk sebarang aktiviti dengan sekolah terlibat yang disertakan hadiah berupa produk kebersihan, makanan dan minuman.
Bagi sekolah yang berminat, boleh berhubung dengan pihak pemasaran Utusan Malaysia cawangan Johor melalui Mohd. Asri di talian 07-3335738 atau 019-4491606.

*******************************************




masuk paper dah teacher hazirah yang MERAH ni, tapi muka tak pandang kamera lah,, tapi tengoklah, pakai MERAH memang senang nak nampak tau,, hehe






baru je dengan SKTC, dah siap masuk paper ni,, untung-untung,, 
Terima Kasih ye Utusan Malaysia.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 25 februari 2011 8.25 a.m.

semalam, khamis 24 februari 2011





salam sayang, selamat pagi buat semua,


khamis, 24 februari 2011




kisah semalam di hari khamis : semalam sebelum pergi sekolah, makan nasi lemak sebungkus. lapar. tak makan pape lagi sebab pergi setelkan duit dulu. lepas tu bawa bekal bubur sebab bik ani masak bubur. sampai sekolah buat kerja apa yang patut. malam makan nasi goreng paprik + telur dadar.






kalau hari khamis memang tak puasa sebab kelas dari kul 1 sampai 4.30 tidak berhenti. takut penat sangat nanti. isnin je puasa. dapat seminggu sekali pun dah ok dah rasanya. sebab cik zira ada baca tau, kalau puasa dua kali seminggu iaitu isnin dan khamis dapat badan sihat. tak ingat plak baca dekat mana. kiranya puasa isnin khamis ni memang ada hikmahnya lah.






dapat makan bekal tu pukul 4 lebih lepas kelas. punyalah lapar. sunquick dah beli dah, pergi giant pagi semalam. dah boleh buat air sunquick. tak payah turun kantin lagi beli milo ais. jimat pun jimat,, ;)


bubur + broccoli + lauk untuk bubur = sedap sedap sungguh sedap!!




kertas soalan ujian yang cik zira buat dah siap. semuanya ada 470 set. nak kena staplerkan semua tu. cuba siapkan hari ini. semalam dah siapkan. tapi tak habis-habis. penat rasa. banyak sangat. buat sorang-sorang plak tu. kalau ramai-ramai mesti cepat je siapnya. takpe-takpe, usaha tangga kejayaan,, =)






semalam sampai rumah dalam pukul 7.35. lambat sikit. takpelah daripada hari rabu sampai rumah lagi 5 minit nak pukul 8. sekarang jalan memang jam lah. kalaulah jalan tak jam hari-hari kan best. kejap je sampai rumah,, huhu






oh, semalam cik zira dah setelkan bayaran banyak perkara. seronok rasa bila dah takde apa-apa nak kena bayar buat sementara ni. tinggal nak bagi sumbangan untuk sambutan maulidur rasul 5 Mac nanti. lain-lain semua dah setel. kereta bik moi nanti dah keluar bengkel nak kena pergi servis






alhamdulillah, setakat ni pengurusan duit cik zira teratur. dari dulu cik zira amalkan urus duit dengan berhemah. insya Allah nak teruskan sampai bila-bila.






hari ni jumaat, pergi sekolah pukul 1. sampai sekolah baru solat zohor. nak makan dulu sedap-sedap kat rumah. lepas tu bawa bekal. lepas tu balik sekolah malam makan lagi. hehe






patutnya malam ni ada mesyuarat PIBG kat sekolah. tapi dah jumpa GB semalam. dia faham masalah cik zira. baik GB. terima kasih ye Tn Hj Musa Mastor, GBku,, =)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 25 februari 2011 8.01 a.m.

Thursday, February 24, 2011

jubah putihku





cik zira tak banyak koleksi jubah berbanding dress. tak silap jubah yang dapat orang bagi dari MEKAH ada 3 je. dan satu ni JUBAH PUTIH yang cik zira cari dan beli sendiri tetapi hadiah dari buah hati. aik, macam mana tu ye? hehe






suka sangat jubah ni walaupun besar dan saiz yang cik zira nak takde. tapi takpe, jubah pakai besar-besar pun takpe. 






insya Allah, di masa hadapan nak banyakkan koleksi jubah pula. jubah sekarang pun banyak cantik-cantik tau. kena pandai cari jek.






pakai jubah dan kaftan ke majlis kahwin pun cantik sebenarnya tau. taklah asek pakai kurung dan kebaya je kan. sesekali apa salah berubah gaya,,, =)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 24 februari 2011 8.32 a.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails