SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, October 31, 2011

setelah 5 bulan tidak berjumpa





kali terakhir jumpa pada awal bulan Jun,






Jun, Julai, Ogos, September & Oktober






barulah dapat berjumpa semula, 






setelah 5 bulan tidak berjumpa






inilah gambar bersama, dan satu-satunya gamba bersama untuk bulan oktober





takpe, disember nanti amek gamba banyak-banyak pulak,,, ^____*






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 30 oktober 2011 8.04 a.m.

sesekali makan burger gerai pun sedap





selalu makan burger McDonalds, KFC, burger king lah dah macam-macam lagi, harga pun tahu-tahu jelah kan, tapi sedap memang sedap, siap pun cepat dah terus boleh makan






tapi kan, kalau sesekali teringin atau makan burger yang dekat gerai tepi jalan pun syok jugak. yelah, kalau dapat yang pandai masak, pandai buat dan burger dia memang sedap, makan pulak panas-panas, memang terbaiklah kan. kena pastikan tempat yang kita beli tuh memang jual burger sedap.






setakat ni, burger gerai paling sedap dan terbaik cik zira pernah makan ialah burger abang ai, sepupu cik zira jual. tapi sekarang, dah lama dah dia tak jual burger. memang sangat sedap. daging dia sedap, banyak rasa, garing, salad dia, pendek kata memang semua sedap dan burger gerai terbaik cik zira paling suka. tapi, kempunan jelah sebab sekarang makan burger yang ada jelah. tetap tak boleh lawan burger abang ai.



burger makan baru-baru ni, tak sedap sangat. 
daging tak masak, roti tak garing, salad tak banyak, 
em, tapi makan jugak,, huhu






aduhai, orang kalau dah namanya suka makan, bila tulis pasal entry makan terus terliur dan perut lapar. apakan daya,,, ;)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 30 oktober 2011 8.20 a.m.

23 - 28 Oktober 2011





tarik nafas panjang dahulu sebab cik zira akan ceritakan cuti cik zira dari ahad, 23 oktober sampailah jumaat, 28 oktober. lama tuh, mesti agak panjang entry pembuka di pagi isnin ni. takpe, korang baca k,,, =)






Bismillahirohmanirahim,






ahad, 23 oktober ( penang )



aktiviti :


  • sampai penang pukul 6.20 pagi macam tuh. angkut beg naik atas pergi surau solat subuh dahulu
  • encik buah hati amek dalam kul 7 pagi, dia ponteng keje kejap jemput tunang yang dah 5 bulan tak jumpa ni
  • sarapan dengan encik buah hati
  • sampai rumah kak emy, makan lagi sampai 2 kali
  • borak-borak, main dengan 3 orang puteri cerdik tu, Irdina, Wardeena dan Qisteena. seronok lepak dengan dorang.
  • petang makan lagi untuk kali keempat
  • lepas maghrib makan lagi kali kelima
  • balik tengok tv jap lepas tu tido awal sebab mengantuk kekenyangan


makanan :
  • sarapan - wantan mee sup
  • sarapan kedua dan ketiga - kuey teow goreng + ayam goreng berempah
  • makan petang - bihun sup sedap sangat
  • makan malam - masakan thailand di Maa Roy, kak emy belanja. makan ramai-ramai. seronok tau!





isnin, 24 oktober ( penang - KL )
aktiviti :


  • pagi duk rumah kak emy lagi main dengan 3 puteri tu
  • pukul 10 lebih macam tu duduk rumah buah hati, ada mak dan adik buah hati dan anak sedara yang comel-comel
  • pukul 12 tengah hari gerak ke KL
  • berhenti di perhentian untuk solat
  • sampai KL terus park kereta dekat bawah City One Plaza dan bermulalah sesi membeli belah, shopping sampai ke malam dapatkan semua barang dalam senarai. City One Plaza - Semua House - Jalan Tar - Sogo
  • bermalam di rumah sepupu buah hati yang baru jadi pengantin, iqbal dan ina. terima kasih banyak ye sebab bagi kitorang tumpang rumah,,, =)


makanan :
  • makan tengah hari - emak buah hati masak, nasi + sambal udang petai + kari ayam
  • makan petang  di restoran mamak dekat Semua House - roti nan dan tandoori
  • makan malam dekat sogo - hotdog 1901





selasa, 25 oktober 2011 ( KL - penang )
aktiviti :


  • bangun awal sarapan
  • pukul 9 ke taman layang-layang kepong, bertemu hafizudin hamdan, jurugambar kitorang. shoot hampir dua jam.
  • pukul 12 keluar ke petaling street beli barang, kemudian ke pantai dalam makan tengah hari
  • balik solat dahulu kemudian gerak balik ke penang dalam pukul 4 petang
  • sampai penang maghrib, kemas barang dan rehat


makanan :
  • sarapan ina masak - nasi goreng + ikan bilis + telur dadar
  • makan tengah hari di restoran dekat pantai dalam - nasi + ayam goreng kepak + gulai daging + siput masak lemak + sayur campur
  • makan malam kak emy masak - nasi + sup bebola + ikan goreng + ikan bilis tumis bawang 





rabu, 26 oktober ( penang - simpang pulai )
aktiviti :


  • pagi sampai ke petang duduk rumah kak emy main dengan 3 puteri, main congkak, borak-borak, main sembunyi-sembunyi dengan qisteena
  • lepas asar buah hati amek dan hantar ke simpang pulai, rumah abah. perjalanan yang tak sampai pun sejam kalau ikutkan. dah sampai awal tu, terus gi makan dahulu. makan terakhir bersama sebelum majlis disember nanti
  • sampai rumah abah, buah hati tumpang solat dan terus balik penang. terima kasih buah hati ye tolong hantar, nak naik bas tak bagi, barang banyak katanya,,, ;)
  • berehat, berborak dan tido awal


makanan :
  • sarapan kak emy masak - nasi beriyani yang sedap + dalca + sayur acar lupa namanya + kuah ayam ros
  • tengah hari - ayamas roasted + nasi
  • malam - makan dekat OldTown WhiteCoffee. siap jumpa dengan ket, member masa maktab dengan isteri dia
  • beli kek secret recipe bawa balik rumah abah





khamis, 27 oktober ( simpang pulai )
aktiviti :


  • duduk berehat sahaja di rumah abah
  • berborak dengan makcik zie, tengok tv
  • tido petang yang lama. punyalah sedap, boleh tido sampai nak dekat 4 jam. serius dah lama tak tido petang lama semacam itu. fuyoh!
  • petang keluar makan abah belanja
  • malam tengok tv dan tido awal


makanan :
  • sarapan abah sediakan - cereal , fish fillet, telur goreng, sosej goreng bawang
  • pagi sikit makan kek secret recipe. beli 4 potong, rasa 4-4 sekali, sikit-sikit. dah lama tak makan SR tau.
  • makan tengah hari abah masak jugak - nasi + ikan asam rebus + ikan pekasam + sayur goreng + sup cendawan + ayam goreng + buah oren
  • abah cik zira ni memang chef kat rumah. makan pun siap atas meja macam makan kat restoran. lupa nak amek gamba jek. kalau tak boleh tunjuk,,, =)
  • petang abah belanja makan dekat restoran tomyam - nasi + siakap stim + sayur goreng campur + sotong goreng tepung + telur dadar





jumaat, 28 oktober ( simpang pulai - KL - JB )
aktiviti :


  • bangun seawal 5 pagi, bertolak dari simpang pulai ke KL pukul 6.30 pagi
  • abah nak ke melaka ada urusan jadi dia hantar cik zira ke KL, chenta hati 1 amek dan hantar ke TBS, naik bas pukul 11 pagi
  • sampai JB dalam pukul 4 petang terus letak barang dalam bilik dan keluar bershopping lagi
  • ke Setia Tropika amek kad kahwin - Jusco - Tesco Extra, dapatkan semua barang. rasa lega
  • malam kemas barang


makanan :
  • sarapan pagi kul 8 di perhentian tapah - mee kicap
  • pukul 10 lebih - makan kenny rogers dengan chenta hati 1
  • malam makan bik ani masak - nasi + sayur masak air + ikan goreng + sambal belacan + sotong masak hitam





fuh, agak semput dan berpinar mata taip entry ini. dah lama tak menghadap laptop, terus pening jek kepala ini. namun tetap bertahan nak siapkan entry cuti-cuti cik zira ni. nak bagi tahu, memang makan sangat banyak cuti seminggu ni. bayangkan makan nasi sampai 3-4 kali sehari. bukan sikit tau, banyak plak tu,,, ;)
okeh, cuti sudah habis. kena bekerja semula. lagi 3-4 minggu budak nak cuti sekolah. cikgunya kena rajin habiskan semua kerja yang belum selesai.






chaiyok wahai cik zira! kerja kena kerja.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 29 oktober 2011 11.16 p.m.

Sunday, October 30, 2011

cerita sebelum cuti




sebelum bercerita banyak pasal cuti pendek cik zira sempena deepavali tu, adalah lebih baik cik zira bercerita dahulu pasal kerja sebelum cuti iaitu Program dengan Pelajar Tahun 1, 2012.



ibu bapa yang masng-masing macam takut  nak lepaskan anak-anak





cik zira bekerjasama dengan Kak Jes, untuk kelas 17. ini pertama kali cik zira terlibat sebab tahun lepas tak sempat. jadi, banyak perkara baru yang cik zira belajar melalui program ini terutama melihat gelagat anak-anak 6 tahun yang tahun depan bakal bersekolah di tahun 1.



suka gambar ini!




awal-awal lagi kelas cik zira dah buat rekod. sorang budaknya dah menangis. budak lelaki. siap pakai songkok. dia nangis sebab mak dia balik. punyalah penat cikgu azmi melayan dia bawa dia pusing satu sekolah. jawab periksa pun tanak masuk kelas 17, masuk kelas lain. payah betul. nasib baik ada cikgu azmi yang tolong dan memang penyayang orangnya.





peperiksaan dijalankan dua bahagian, 1 untuk numerasi dan 1 lagi untuk literasi. dalam kelas 17 tu, ada lah seorang anak lelaki ni, aduhai, punyalah lambat. lagi sorang kesian, tak boleh baca sangat. ada yang pandai sangat sampaikan dah tak tahu nak buat apa. cik zira suruh dia tolong kawan dia. macam-macam ragam anak-anak kecik ni. nasib baik tahun ni tak mengajar tahun 1, tapi adalah jugak relief kelas jadi boleh lagi kawal dorang. tapi kalau selalu masuk, jenuh jugak. tabik spring dekat cikgu-cikgu yang mengajar tahun 1, memang teror lah!






kelas cik zira dengan kak jes, di antara kelas yang habis lewat. yelah, nak tunggukan sorang tu, lambat sangat. jadi, satu kelas lah lambat,,, huhu






itulah cerita sebelum bercuti, 22 haribulan yang lepas. Insya Allah, tahun depan jumpalah anak-anak comel tu masuk sekolah,,, =)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 29 oktober 2011 10.30 p.m.

rindu nak update blog macam biasa





aduhai, dah lama sangat cik zira tak update blog macam hari-hari biasa. walaupun blog berupdate setiap hari dengan 1 entry semasa ketiadaan cik zira, itu pun sebab dah update awal-awal. dari 23 haribulan sampailah ke semalam, semuanya auto-publish.






jadi, sekarang kesian dekat blog sebab tuannya bercuti tak sempat nak update macam selalu dan juga kesian dengan diri sendiri sebab dah lama sangat tak update blog padahal tak sampai pun seminggu dan macam gelisah betul. jangan sampai lepas ni dah tak tahu nak update apa, sudahlah ye cik zira,,, ;)






takpe, jangan risau, mood untuk update blog MERAH kesayangan sentiasa ada dan banyak sebenarnya cerita untuk cik zira kongsikan selama cik zira bercuti-cuti. pelan-pelan cik zira cerita tau.






untuk pembaca kesayangan sekelian, setia lah membaca blog cik zira sebab cik zira akan update blog macam biasa mulai hari ini. yay!!








~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 29 oktober 2011 10.17 p.m.

Saturday, October 29, 2011

alahai sekejapnya,,, =(




sekejap je rasa kan dah nak habis cuti seminggu sempena deepavali. dah nak sambung kerja balik dah nak habiskan tahun 2011 ni.






dah takde cuti lepas ni, tunggu cuti sekolah je minggu ke empat di bulan november dan masa tu nanti dah kena bersiap sedia untuk segala persiapan. dah nak dekat dah masa tu. takut,,, huhu






takpe-takpe, habiskan kerja sekolah semua tutup tahun 2011 baru boleh fikir pasal majlis disember. kerja lagi penting,,, =)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 17 oktober 2011 10.18 a.m.

Friday, October 28, 2011

28 oktober 2011





masih menanti ke detik itu,






44 days to go,,, =)





~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 17 oktober 2011 10.00 a.m.

Thursday, October 27, 2011

Bukit Tinggi?




em,






Bukit Tinggi?






macam okeh jugak kan sebab tempatnya cantik.






nak ke sanalah nanti untuk ehem-ehem sebab cuti tak lama lepas majlis, bercuti di dalam negara jelah dulu,,, =)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 17 oktober 2011 9.40 a.m.

Wednesday, October 26, 2011

rindu kat kawan-kawan baik semua




Ya Allah, betul bila cik zira tengok gamba-gamba lama masa tengah belajar dulu, rindu sangat dekat kawan-kawan baik cik zira yang selalu cik zira lepak sama dengan dorang.



 cik zira, fiqa gonde, basyirah & amalina. 
wah, cik zira pakai tudung bawal lah you!

mye, cik zira, mek bie & salwa,,, =)




kawan-kawan, silalah datang majlis cik zira disember nanti sebab memang sangat rindu dengan korang. rindu sangat tau! datang nanti leh amek gamba banyak-banyak sama-sama,,, =)






entry khas ni ditujukan buat mek bie, mye, salwa, amalina, basyirah dan fiqa gonde. miss u all so much.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 17 oktober 2011 9.31 a.m.

Tuesday, October 25, 2011

snap snap!!





oh, hari ni cik zira nak bercerita pasal si cilik faiz lah yang merupakan jurugambar rasmi majlis perkahwinan BFF dan suaminya dari nikah sampailah ke majlis belah lelaki. si cilik faiz ni merupakan anak sedara eddy, jadi mudahlah bila ada sedara sendiri yang tukang amek gamba.







kenapa cik zira gelar dia si cilik faiz? sebab orangnya sangat comel namun ligat mengambil gambar sana dan sini. dan cik rose yang setia menemani,,, ;)


di dalam gambar : encik eddy, puan emy, si cilik faiz & cik rose,,, =)




cik zira belum berkesempatan lagi amek gamba-gamba hasil tangkapan si cilik faiz ni sebab masih tak berjumpa dengan BFF tersayang yang kini dah bergelar puan itu. takpe, nanti ada masa cik zira pau gamba dari faiz ye.


si cilik faiz & cik zira




oh, lupa pulak nak bagi tahu. salah satu perangai cik zira ialah suka tengok photographer yang kacak dan comel dari dulu lagi. nape entah sebab rasa dorang sangat berbakat dan dalam masa yang sama dorang sangat smart dengan kamera masing-masing.






kalau BFF dengan si cilik faiz, Insya Allah majlis cik zira disember nanti, ada sorang lagi jurugambar khas diundang dari KL, encik hafizudinhamdan, baya adik-adik cik zira lah kot sebab dia muda lagi. muda-muda pun tapi berbakat besar tau.






bukan main bercerita pasal jurugambar kan hari ni. maklumlah hari ni nak bergambar dan berkenalan dengan encik hafizudinhamdan yang bakal menjadi jurugambar rasmi majlis disember nanti. yay, sangat seronok dan suka hati!!






jom snap snap!!






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 17 oktober 2011 9.01 a.m.

Monday, October 24, 2011

Kurung Moden Chiffon Manik gaya cik zira





kurung yang cik zira pakai masa majlis perkahwinan BFF yang lepas adalah dari koleksi ...REDshop... sendiri. sangat cantik dan terletak bila pakai sebab jenis kain chiffon dan ada lining.


warna hitam-ungu saiz M




sarat dengan manik dan bling-bling membuatkan baju yang simple nampak menyerlah. 






masih ada stok untuk warna lain di ...REDshop..., jenguklah sekarang. yang cik zira pakai tu hitam corak ungu saiz M.






kunjungi ...REDshop... untuk melihat koleksi jualan di sana ye. terima kasih.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 17 oktober 2011 9.15 a.m.

Sunday, October 23, 2011

jom cuti!





yay!!
dah selamat sampai penang. dah jumpa encik buah hati. rindu, lama tau tak jumpa, 5 bulan terpisah.






petang nanti akan habiskan masa bersama, jalan-jalan makan sedap-sedap. esok dan lusa akan berada di KL, sopin time!!






kepada semua, selamat bercuti. cuti seminggu ni cik zira nak luangkan masa bersama dengan encik buah hati beberapa hari dan akan balik rumah abah di simpang pulai melawat mak cik zie. Insya Allah.






p/s mood : senyum memanjang,,, hehehe






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 17 oktober 2011 8.40 a.m.

Saturday, October 22, 2011

shopping kat mydin yang sukakan hati




wah, semalam bukan main semangat cik zira ke mydin dekat BBU tu. siap masa sampai mydin tak buka pun lagi tau. duduklah menunggu dalam kereta dengar riuh pagi ERA. orang pun ramai jugak tunggu depan mydin. pukul 10.10 macam tu baru dia buka.






cik zira terus naik ke atas sebab nak belikan hadiah untuk anak-anak cik zira 4 kelas tu sebab dah janji memang nak bagi. siap amek bakul troli yang comel itu dan keluarkan kertas, pen dan kalkulator untuk mengira dan bajet. biasalah, penjimat cermat katakan. amek pun ikut senarai keperluan. takmo beli yang bukan-bukan.






suka sangat tengok semuanya murah. cik zira belikan pensil, pembaris, pemadam, pengorek lepas tu beli plastik cantik nak letak semua tu dalam plastik. mula nak belikan bekas pensil tapi kang dorang mesti dah ada masing-masing. jadi, bungkus jelah dalam plastik elok-elok. dorang boleh je nak guna terus ke, nak simpan pakai tahun depan ke, itu pun kalau reti simpan,, ehe






untuk setiap kelas, sape yang kumpul pink sticker paling banyak akan dapat hadiah istimewa sikit. jadi cik zira belikan set alat tulis sin chan + pensil warna. tu semua duk rajin nak kumpul pink sticker sebab dari awla tahun cik zira guna sticker card yang ada pink sticker untuk reward dan orange sticker untuk punishment. alhamdulillah berkesan walaupun selalu jugak terlupa nak guna.






hadiah dah beli. malam semalam dah packing semua sampai tido pun lambat. tak sabar nak bagi kat anak-anak cik zira tu. harap dorang terimalah walaupun tak seberapa sebab ini je yang termampu sebab semua sekali ada 170 murid. jadi beli yang ini jelah. jamuan kelas pun nanti ada jugak. mungkin nak dekat-dekat cuti sekolah nanti. itu kena fikirkan lain pulak,,, sekejap je rasa, dah nak berpisah dengan anak-anak cik zira. sedih rasanya. yelah, tak semua yang cik zira akan ajar lagi tahun depan,,, =(






takpelah, dah ini rutin cikgu. setiap tahun jumpa pelajar lain. mengajar tetap kena sama dan paling penting kena terapkan fun learning untuk bahasa inggeris. itu yang cik zira cuba buat dan amalkan. Insya Allah.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 21 oktober 2011 10.25 p.m.

semalam, jumaat 21 oktober 2011




wuhooo!!
semalam merupakan hari yang sibuk jugak untuk cik zira. rasanya buat kerja tak berhenti. dari pagi dah ke mydin beli barang. duk kat mydin lama sebab suka tengok barang semua murah dan best jek. tapi beli tetap ikut senarai barang nak dibeli dan macam biasa dapat berjimat. itu paling penting.






balik dah nak dekat kena bersiap-siap. kemas barang yang beli tu, kemudian makan nasi. sarapan dah makan nuget. tengah hari makan nasi + sayur campur + ikan asam pedas. lepas tu bawa bekal nuget, karipap, pisang goreng. dekat sekolah makan bekal bawa tu sikit, lepas tu beli laksa penang. tapi tak habis, semua bagi anak-anak cik zira makan. 






laksa penang yang tak berapa nak laksa penang. laksa penang sebenar kuah dia coklat, keruh penuh dengan ikan yang hancur-hancur. tu baru sedap. maklumlah, orang suka makan ni, dah makan banyak tempat, jadi tahulah mana yang sedap kan. kalau kat jb ni, terbaik memang laksa penang RM 1 dekat pasar malam kampung melayu. itu memang kuah laksa penang. kalau kat penang, terbaik dekat laksa penang janggus dekat balik pulau. itu memang sedap sangat lah. puas hati makan. tempat tu memang popular. beratur orang nak makan. cik zira ni pandai cakap jek, buat sendiri tak tahu pun. paling pandai makan,,, ;)






eh, bercerita pasal laksa penang pulaknya,, hehe






malam plak kerja memang banyak. kerja sekolahlah, kerja sendiri lah. keluar beli barang, anta bik ani gi kampung melayu. siapkan kerja jugak sebab dah nak cuti ni. 






hari ni awal pagi dah keluar gi sekolah sebab ada program dengan anak-anak kecik yang bakal menduduki tahun 1, tahun depan. tengah hari nanti baru habis dan boleh balik berkemas pulak sebab malam ni nak naik bas ke penang. yeayea!!







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 21 oktober 2011 10.07 p.m.

Friday, October 21, 2011

tak sabar tapi takut





sekarang makin kerap berfikir pasal majlis disember nanti






rasa gembira dan tak sabar sangat, tak sampai dua bulan pun lagi, tinggal sebulan lebih





tapi bila fikir-fikir balik, rasa takut pun ada jugak, yelah, banyak tanggung jawab dan komitmen besar selepas itu. status dah bertukar dan kehidupan pun mesti rasa lain.





huh, takut-takut.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 20 oktober 2011 9.18 p.m.

sushi oh sushi




rabu malam BFF datang melawat cik zira ni yang dah lama tidak bersua muka. BFF macam tahu-tahu jek cik zira dah lama tak makan sushi, maka dibawakannya sushi set besar tu untuk kawan baiknya ini. terima kasih banyak ye BFFku. malam tu jugak lepas BFF balik terus menikmati sushi sambil dicicah sos cili life.



sedapnya,, nyum nyum




sebenarnya kan, dulu sumpah cik zira tak suka sangat sushi ni. pernah cuba tapi muntah balik sebab tak sedap. tapi sejak setahun dua ni baru belajar makan balik. itu pun mami cik zira kat penang tu yang ajar. dia kata cicah dengan sos kalau tak makan dengan sos sushi yang tak sedap tu. sejak tuh, asyik nak makan sushi jek. selalu memang beli kat jusco jek yang dah siap pek tu dan amek yang kecil RM 6 lebih tuh. tak pernah amek yang besar. sekali, BFF bawa yang besar tu, memang apa lagi, gembira tak terkatalah kan. dah nama orang pantang jumpa makanan, gembira dia lain macam tau!






padahal sebelum makan sushi dah makan tau. konon je skang malam kata tak nak makan, tapi tetap je kan. hati je kata tak nak makan malam dah, tapi mulut tetap makan, apa kisah. susah betul kan nak diet kalau jenis orang pencinta makanan ni. aduhai






yang besar ni ada 26 biji, dengan 9 jenis berbeza. cik zira makan habiskan yang kecik dulu. lepas tu yang ada berpasangan tu, makan satu nya dulu. bukan main, makan pun kena ada strategi. biasalah kan. sebab yang sedap selalunya akan makan kemudian kan kan.







set yang patut boleh makan 4-5 orang dihentam oleh cik zira sorang. dah sampai nak sesak nafas makan sushi tu, akhirnya mengalah bila ada lagi beberapa biji memang tak larat nak habiskan. masuk dalam esbok esok pagi makan habiskan. heaven betul rasanya dah rasa macam orang jepun makan sushi malam dan pagi. haha






tiba-tiba terfikir. makanan apalah yang cik zira tak suka makan selain durian itu ye. em, rasanya memang lagi banyak makanan cik zira makan dari yang tak suka makan. biasalah kan, cik zira kan pencinta makanan dan setiap kali makan, kita harus menikmati makanan kita itu dengan sebaiknya. itu yang cik zira lakukan,,, =)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 20 oktober 2011 9.10 p.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails