SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, July 31, 2010

'Epilog Syurga Cinta'



sape yang layan cerita drama melayu kat TV3 slot akasia kul 6.30-7.30 setiap isnin sampai khamis, mesti dah tahu cerita ILUSI dah habis dah khamis baru-baru ni




dan cerita baru yang akan gantikan ILUSI lakonan Diana Rafar ngan Ashraf Muslim tuh cerita best, kalau sape tgk iklan kat TV3 mesti tahu sape pelakon untuk drama baru tuh




kalau sape minat tgk cite Adamaya, mesti kena tgk cerita baru yang bakal bermula isnin ni 2 ogos, nantikan ye sebab cik zira pon tak sabar nak tgk sebab tgk iklan dia macam best jek
kengkonon cerita ala-ala syurga cinta lah




dan, kalau nak tahu, si comel adik mia sarah ni berlakon tau
jadi, sapa yang suka sangat tgk adik mia yang comel ni, wajib berada depan tv isnin ni kul 6.30 petang k, kt tgk drama baru
yelah, takde keje, buat apa lagi kan, tgk tv lah jawabnya,,hee




tajuk drama baru tuh ialah "Epilog Syurga Cinta"
tapi tahulah adik mia sarah berlakon, zizan nin, fida pantene pon berlakon dan ramai lah lagi pelakon yang best2




dan malam ni, cerekarama pon cite best, cite kelakar
shaheizy sam, marsha berlakon
nak tgk lah,,hee




cik zira ni serupa macam penyampai cerita TV3 plaknye,,
yelah, duk umah katakan, tgk tv jelah jawabnya selain duk mentenet neyh,, ngee




jadi, semua, ingat ye janji temu anda isnin ni 6.30 petang di TV3 dan malam ni, sabtu cerekarama,, jom sama-sama tgk drama melayu,, =)






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 31 julai 2010 5.08 p.m.

Dam Ular yang Super Besar





cik zira teringat masa trip cohort ke Melaka pada tahun 2008 yang lepas
selain berjalan, ktrg ada lawatan dan aktiviti ke sekolah, nama sekolah nya cik zira lupa dah
dan setiap daripada ktrg diberikan kumpulan dengan aktiviti masing-masing




dan masa tuh cik zira jadi ketua kumpulan
kumpulan cik zira kena buat permainan dam ular
jadinya, ktrg pon dalam ahli kumpulan ni, bertungkus lumus lah menyiapkan dam ular yang sangat besar dengan dadu yang besar untuk dimain oleh murid-murid sekolah tu nanti




guna recycle paper jek, kertas A4 yang tak guna ktrg cantum-cantumkan jadi papan dam yang besar, ingat lagi masa buat kat blk tv tuh, habis ruang bilik tv ktrg guna




lepas tuh kena lukis ular, ada ular besar dan panjang, ada ular yang pendek ketot jek
kena lukis tangga jugak




setiap kotak kena nomborkan
lepas tuh kena tampal ular-ular dan tangga-tangga yang dah siap dilukis




maka, jadilah Dam Ular Besar ktrg dalam masa beberapa hari





masa kat sekolah tuh, budak-budak sekolah tuh happy sangat dapat main dam ular tuh
dorang pon kena jawab soalan kalau kena petak-petak yang berkenaan




seronok sangat bila ingat kenangan masa belajar 6 tahun tuh
macam-macam pengalaman dapat
kenangan dengan budak-budak cohort, kenangan kendalikan projek bekerjasama dengan pihak sekolah dan murid-murid
semua pengalaman tuh mengajar dan membantu untuk cik zira mulakan kerjaya sebagai guru di sekolah tidak lama lagi




yelah, insya Allah, cik zira nak buat pengajaran cik zira seronok masa mengajar nanti
macam cik zira buat masa praktikal hari tuh
tanaklah budak rasa bosan, nak dorang enjoy sambil belajar, bagi dorang suka bahasa inggeris
insya Allah,,




nak tgk tak dam ular besar ktrg buat?
tp gamba tak jelas sebab amek pakai kamera henset jek







dam ular ni lepas habis aktiviti, izzati dah cop dulu, akak dia nak, akak dia pon cikgu
akak dia nak main dengan anak-anak murid dia,, =)






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 30 julai 2010 12.53 p.m.

tarikh penting keluarga



ahli keluarga tak ramai, senang nak ingat birthday masing-masing
kalau family ramai, payah tuh nak ingat,, hehe




tarikh-tarikh lahir keluarga cik zira:

  • abah - 18 Mac 1959 ( 51 tahun )
  • arwah mak - 19 Mac 1959 ( 51 tahun )
  • cik zira - 27 Mac 1986 ( 24 tahun )
  • chenta hati 1 - 26 Mac 1988 ( 22 tahun )
  • chenta hati 2 - 27 Julai 1989 ( 21 tahun )
  • aina mardia - 13 Disember 1994 ( 16 tahun )



4 orang sekali tau bulan MAC tuh, dahla sebelah-sebelah jek tarikh
dulu-dulu sambut birthday sekaligus, sama ada minggu birthday abah ngan mak atau minggu birthday cik zira dan chenta hati 1




senang nak ingat kan,, ^_______*






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 30 Julai 2010 1.40 p.m.

Friday, July 30, 2010

kat sekolah nanti kan...





cik zira masa blaja kat maktab dulu, dari awal masuk maktab sampailah dah nak dekat habis blaja di tahun akhir, ada lah juga naik pentas untuk tarian
selalunya menari dengan member-member menari cohort jugak
pastu ktrg selalu buat tarian harmoni, tarian melayu, india dan tarian cina dalam setiap persembahan tuh, maknanya, cik zira pernahlah blaja menari cina dan menari india
yelah, selain tarian melayu, dapat gak menari tarian india dan cina, seronok tau




cik zira pun bukan reti menari sangat
bolehlah sket-sket tapi sebab minat kan
sebab tuh suka tgk persembahan tarian sebab tgk sume hebat-hebat
macam budak-budak sekolah sekarang, persembahan tarian dorang sungguh asyik sekali




jadinya, nanti lah kan, masa dah mengajar kat sekolah nanti, kalau diberi peluang, cik zira teringin sangat nak aja budak-budak menari
manalah tahu kan, leh jadi guru kelab tarian ke kan
wah, mesti best lah, yelah, bukan senang nak aja budak-budak ni, kalau dorang minat takpe, tapi kalau dapat yang terpaksa cikgu suruh tu yang payah,,




mesti seronok sangat, dan bila dorang perform atas stage depan mak bapak dorang, teringat masa skolah-skolah dulu, mata pon cari mak ayah masa atas pentas
eee,,, tak sabarnya





cik zira kalau bab berangan memang kuat
mengalahkan mat jenin je angan-angan nya
takpe kan, daripada angan-angan lah mana tahu jadi kenyataan kan
Insya Allah,, =)



gambar kenangan:




persembahan terakhir tarian harmoni bersama pada 15 Julai 2009 bersama teman-teman menari secohort,, rindu nak menari ngan dorang lagi,,






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 30 julai 2010 1.18 p.m.

makanan hari jumaat



hehe
walaupon cuti sekejap daripada berpuasa sunat, tetap makan sodap
hari ini, bik ani masak best tau sebab chenta hati 1 pon balik uma



ada ikan pari masak sambal, ada ikan masak lemak pedas dengan sayur campur untuk lauk hari jumaat ni







pastu tadi, gi pasar larkin dengan bik ani, beli dunkin donuts
masuk jek kedai tuh, kagum sekejap sebab kedai dah renovate, cantik seyh
lenkali kalau tunggu bas lama, leh lepak sambil makan minum kat situ
nyaman jek lepak,,





beli donut 6 biji
ingat nak beli air dia, tp sebab ngah ujan, sejuk-sejuk, tak jadilah beli,,




makan donut dah 2 bijik da
masa amek gamba donut pon tinggal 3 bijik jek
amek sume perisa coklat, 1 jek perisa kacang
dunkin kan tak macam big apple dengan JCo, banyak pilihan, dunkin tak banyak pilihan sangat




malam ni ada kenduri arwah dekat rumah sedara, dekat sini jek
esok hari sabtu dengan lusa ahad, 2-2 hari ada kenduri kahwen
kena bawa atok ngan bik ani gi kenduri
makan nasi minyak, alang-alang ngah cuti dari puasa, lehlah makan-makan,,hee




itu sahajalah update untuk hari jumaat yang mulia ni,,
terima kasih kerana membaca ye,, ^_____^






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 30 Julai 2010 3.37 p.m.

dress lama tetap cantik




hi semua, assalamualaikum,,





pagi-pagi jumaat ni, cik zira nak berkongsi lah sedikit
arwah mak cik zira time muda-mudi macam cik zira sekarang ni memang kuat melaram
tok yam (mak kepada mak) cakap, dalam kampung tuh, kalau fesyen terbaru jek, mesti mak lah orang pertama yang pakai dalam kampung tuh
mak kan anak perempuan sulong, jadi, arwah tok harun pon memang manjakan mak sangat
apa yang mak nak sume mak dapat sebab mak blaja pon pandai,,




jadi, walaupon mak dah takde, masih ada lagi pakaian mak yang mak pakai masa dulu, tersimpan rapi dalam koleksi cik zira
banyak juga baju-baju mak yang cik zira muat dan cik zira pakai
masih elok dan cantik lagi




yelah kan, skang ni pakaian vintage pon tengah in
masih boleh dipakai dan ada juga koleksi lama ni keluar balik zaman skang neyh
jadi, cik zira akan simpan elok-elok pakaian mak selagi boleh disimpan
walaupon dah berpuluh tahun, nak jaga dan nak pakai
nasib baik cik zira muat kebanyakkan baju mak,,




macam dress yang cik zira simpan
ada 3 dress yang cik zira simpan, tapi 1 ni yang cik zira da pakai banyak kali
warna coklat + hijau ni





yang ni cik zira suka sangat pakai
kain dia lembut, tak panas dan design dia pon kemas
lengan panjang pastu ada tali ikat kat belakang,,




dan masih ada 2 lagi yang cik zira tak pernah pakai
cuma cuba-cuba jek
nanti nak pakailah,,




yang ini 2 lagik cik zira tak pakai,,




yang warna coklat tuh kan, dia ala-ala gown inggeris
kolar dia cantik sampai kat leher, kain dia jenis berat tau bila pakai dia terletak jek
entah bila nak pakai ye dress ni




yang warna oren sebelah tuh, BFF cik zira pernah pakai masa ktrg bergambar
yang tu pon cantik jugak tp cik zira tak pernah pakai lagi
akan pakai jugak satu hari nanti




yelah, dress macam ni kan senang nak pakai
lengan panjang





dan banyak lagi baju-baju mak yang lama cik zira simpan
macam baju kurung kan, baju kurung zaman dolu-dolu kan macam-macam style
cik zira amek baju kurung sahaja, kain simpan, cik zira jadikan blouse
pakai dengan jeans, cantik tau,,




benda lama kan, makin lama makin bernilai
nak kena jaga dan simpan elok-elok
mana yang boleh dipakai, yang boleh digayakan, cik zira akan pakai bawa berjalan




macam dress yang 3 ni, bayangkan kalau mak pakai masa umo mak 20-an macam tuh
skang ni kalau mak ada, umo mak dah 51
kira baju-baju mak ni sume dah lama tau, dalam 30 tahun macam tuh
tapi kalau korang tgk, sumenye elok lagi,,
takpe, cik zira akan simpan lagi sampai lagi lama, pakai selagi boleh pakai,,
sebab bila pakai, rasa mak mesti senyum tgk anak dia sendiri pakai baju dia balik,, ^______^






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 29 julai 2010 4.27 p.m.

Thursday, July 29, 2010

BB cream



okeh, entry kali ni, cik zira nak berkongsi sedikit tentang kecantikan
sume perempuan nak kelihatan cantik bukan?
cik zira pon sama, terutama sekali pada bahagian wajah dan muka kan?
yelah, orang nampak kt, dia terus tgk muka dulu dari tgk yang lain kan
sebab itulah, kalau muka kt neyh teruk macam mana pon dengan bintik hitamlah, jerawat lah, sebenarnya ada banyak cara nak menutup cela yang ada supaya kelihatan cantik menawan




muka cik zira sendiri bukanlah jenis yang bersih, ada jugak parut sana sini, jerawat merata-rata, yelah, jenis tangan pon gatal, takde keje tgk cermin mulalah dikutil muka neyh ha




cik zira juga bukanlah jenis yang make up tebal-tebal nak bagi muka nampak cantik atau nak tutup cela yang ada pada muka
kalau keluar tuh, cukuplah sekadar sapukan krim safi, BB cream dan sapu bedak kompak




dan entry ni cik zira nak share sket pasal BB cream
mula-mula, beli satu losyen neyh, dia dapat free BB cream, simpan lama tau tak pakai sebab tak tahu kegunaan dia
lagipon sebelum ni memang tak pernah dengar lah pasal BB cream




dan bila cuba, bila pakai, rasa sangat puas hati tau sebab kulit muka nampak lagi flawless
nampak bersih, putih dan gebu
cik zira sapu krim safi dulu dan ratakan, lepas tuh baru sapu dengan BB cream untuk lapisan kedua
yelah, cik zira jenis yang tak pakai foundation, concealer tuh sume, rasa leceh jek
sebab tuh try pakai BB cream ni dan hasil dia memang best




memang jerawat pon leh tutup, muka yang parut pon tak nampak sangat
kiranya, senang cakap, BB cream ni macam all-in-one tau
dia dah macam foundation, concealer, base, sunblock pun iye, sume dalam satu lah kiranya
tak payah pakai banyak-banyak krim, pakai BB cream ni pon dah cukup bagi muka nampak cantik




BB cream yang cik zira ada tuh jenis Yili Balo 20 gram jek, kecik jek
pakai pon sket-sket jew, nanti dah habis nak kena cari BB cream yang baru
dah banyak dah tgk blog-blog yang jual BB cream neyh, kira harga dia dalam RM50-RM70 jugaklah untuk 50gram dan ke atas macam tuh, macam-macam jenis ada
dan tak silap, kalau korang gi The Face Shop ke, kedai make up ke, try tanya BB Cream ni, mesti ada jual




kalau rasa nak pakai, try terjah mana-mana blogshop kecantikan yang ada jual BB cream, try pakai BB cream ni, memang mudah lah dari nak kena pakai foundation concealer tuh sume
pakai BB cream ni lagi mudah dan kulit muka nampak halus sangat




sekarang ni, selain krim safi, memang cik zira pakai BB cream kat muka ni
lepas tuh pakai bedak kompak dan ratakan
yelah, bila muka tak berapa nak bersih dan cantik, kenalah pakai krim yang ada untuk bagi nampak cantik kan, betul tak?




tak payah nak pakai tebal-tebal atau nak make up cantik-cantik
biasa-biasa pakai krim jek pon dah ok dah, lagi nampak asli dan natural gitu,,




kat sini cik zira suggest blogshop yang ada jual BB cream
korang try terjah k:

1. Darcy and Jones
2. Styles4u
3. BEATIFULLY-PRETTY by zanox




sory, cik zira agak malas nak letak link, jadi, korang search sendiri ye blogshop ni kalau nak tahu lebih lanjut tentang produk BB cream ni,,




cik zira pakai BB cream ni dan memang berkesan, jadi saja lah nak kongsi kan, manalah tahu ada yang berminat nak pakai BB cream ni, lehlah dapatkan dan cuba, lepas tuh tgk hasilnya macam mana,,


muka ini cap krim safi, BB cream dan bedak kompak maybelline sahaja,, =)





oh, cik zira pon nak kena stand by beli 1 ni, yang ada dah nak habis,,hehe ^______*






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 29 julai 2010 2.12 p.m.

tgk memang cantik,tapi.....




berblogwalking, takde keje namanya, berjalan-jalan lah tgk blog
tgk blog orang, tgk blogshop
banyak barang best-best, dan nasib baik nafsu nak membeli belah takde dek kerana duit pon podak,,hee




dan, cik zira pon terjumpalah dengan satu blogshop neyh
dia jual kasut yang omaigod, memang sangat cantik dan stylo dan harga pon sangat cantik
kasut yang dijual seakan kasut pereka terkenal tp bukan yang ciptaan pereka, dia seakan-akan tapi kualiti yang bagus,,




cik zira duk berkenan dengan 2 kasut neyh,,




1. but kulit yang gojes amat!



pastu pakai macam neyh, x pon pakailah dengan gaya muslimah kan kan :


halamak ai, memang menangis lah tgk,,




memang suka sgt tgk orang pakai but tinggi macam neyh, tp cik zira tak bape nak yakin lagi nak pakai,, dulu pernah ada but, tp tak tinggi macam neyh, pakai pon 2 kali jek,,
tp tgk sekarang, ramai gadis-gadis yang bergaya cantik pakai but bawa berjalan, nampak stylo kan?
teringin nak pakai but kulit tinggi cam ni, nantilah, tgk kalau seru dah sampai, akan cik zira pakai jugak but macam neyh,, hehe





2. studs peep toe yang menawan



inilah kalau cik zira pakai agaknya, mahu tertonggeng masuk longkang
heels dia tinggi betul
tapi kalau pakai memang rasa cantik jek kaki, rasa macam nak jalan pon asek tgk kaki jek sebab nak tgk kasut menawan ni disarung kat kaki,,




suka tgk org pakai heels tinggi-tinggi tp itulah, nak pakai sendiri tak yakin lah
sebab memang tak suka pakai heels pon, itu satu perkara, lepas tuh rasa macam leceh jek nak pergi jalan-jalan, buat sakit kaki jew
kalau ada event pape ke, oklah, tak berjalan banyak, nak bergaya tuh bolehlah kot
tp nak pakai saja-saja, tak lah rasanya,,





memang minat, memang suka tengok dan teringin
tapi itulah kan
nak beli biar yang selesa, biar yang dapat dipakai selalu
kalau beli setakat sebab cantik tp tak pakai, duk simpan jek, tak guna jugak kan,, ^______*






** pic credit to My Red Heels





~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 29 julai 2010 1.39 p.m.

bila itu sudah ketentuan-Nya, harus kuat





semalam, cik zira hantar atok dan bik ani ke rumah sedara di Larkin dekat ngan stadium tuh
ada sedara meninggal, sedara perempuan




arwah meninggal dekat rumah anak dia di KL
dibawa balik ke rumahnya di Larkin tuh, jenazah tiba pukul 8 lebih pagi, meninggal pukul 2 pagi




masa jenazah sampai, anak dia ikut naik kereta jenazah
arwah pon usia dia dah 80 lebih, anak pon paling sulong 60 lebih
anak semua dah besar-besar, cucu sume dah besar-besar




cik zira tgk anak-anak perempuan dia nangis, peluk adik beradik dan nangis
yelah, anak mana yang tak sedih kalau mak meninggal dunia
yang anak lelaki sayu tapi masih kuat, cucu-cucu lelaki pon sedih tapi masih dapat bertahan




yelah, kan tak baik meratapi pemergian
tapi jika terlalu sedih, menangis itu terpaksa sebab terlalu sayang dan tidak sanggup untuk berpisah buat selamanya




sama macam masa arwah mak meninggal dulu
seingat cik zira, cik zira cuma sedih sangat sebaik nurse bagi tahu mak dah takde
masa tuh memang nangis, tp takdelah sampai tak boleh terima, cuma terkejut dan terkilan sebab lepas ni dah tak boleh jumpa mak, borak-borak dengan mak
semuanya dah berakhir, Allah dah amek mak semula dan ktrg anak-anak mak perlu lepaskan mak dan sentiasa doakan yang terbaik untuk mak




cik zira ingat, cik zira nangis bila dapat tahu mak dah takde, lepas tuh dalam van jenazah bawa mak dari kuantan ke JB, cik zira tak nangis tp baca yasin, tgk jek mak dalam keranda
dalam hati Allah jek yang tahu betapa sedihnya cik zira masa tuh
yelah, mak pergi tak sempat nak pesan pape kat ktrg




masa mandikan mak pon tak nangis
masa sampai jek umah tok yam, azan asar berkumandang, nampak abah terus dapatkan abah, terus peluk abah, masa tuh nangis




dan masa mak nak dimasukkan ke dalam liang lahad, chenta-chenta hati dan abah yang masukkan mak dalam tuh, masa tuh memang sedih sangat-sangat sebab dah takkan nampak mak lagi, takkan nampak senyuman mak lagi,,
memang sayu sangat masa tuh, air mata memang laju jek




nak tinggalkan kubur pon memang sedih sebab terpisah dengan mak buat selamanya
pastu, malam-malam jek kalau teringatkan mak, mesti nangis
yelah, baru-baru lagi kan




tapi, cik zira tahu, mak pon tak suka anak-anak dia sedih
macam apa yang cik zira dapat belajar dari cerita HALAQAH di tv9 hari tuh, tajuk Saham Amanah, bercerita pasal amanah Allah, iaitu anak-anak, sebagai anak, apa yang paling penting bila mak ayah meninggal ialah amalan dan doa buat mak dan ayah, itu yang paling utama yang dapat membantu mak dan ayah di dalam kubur




sebab itulah, ajal maut semua Allah dah tentukan
memang susah nak terima sebab yang pergi itu orang yang kita sayang
tapi, nak tanak, kena kuat menempuh hari-hari seterusnya tanpa orang disayangi itu
hanya doa yang tak putus untuk dipohon kepada Allah semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang beriman dan ditempatkan di sisi-Nya,,




cik zira percaya, ramai antara kita yang sudah mengalami perkara ni kan, kehilangan orang yang kita sayang, orang yang dekat dengan kita
memang susah, tp kena kuat, kena terima ketentuan-Nya
berdoa dan sentiasalah sedekahkan Al-Fatihah buat roh
suatu hari nanti, kita semua juga akan bertemu ajal kita, mohon semoga jika mempunyai anak, anak-anak itu nanti menjadi anak soleh/solehah yang dapat mendoakan jika kita semua telah kembali kepada-Nya yang Esa,,
doa anak-anak membantu sedikit sebanyak perjalanan kita di alam yang kekal di sana,,




sama-sama kita beringat dan berfikir
dunia hanya sementara, setiap hari pasti ada sahaja orang yang akan bertemu ajalnya
kita yang masih hidup perlu sentiasa berdoa dan ingat kepada-Nya,,
itu penting,, hanya Allah sahaja yang dapat membantu kita walau apa cara sekali pon
hanya lah berdoa, memohon kepada-Nya,,




cik zira merenung kata-kata cik zira dan Insya Allah, mudah-mudahan, buat sesiapa yang kehilangan, sama-sama kita kuat dan sama-sama sentiasa sedekahkan doa buat yang telah pergi menemui Illahi,,
insya Allah,,






~sekian~





k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 28 julai 2010 3.25 p.m.

Wednesday, July 28, 2010

hot dog bush




semalam petang kan, cik zira beniaga tau
laku plak tuh, mana tak suka hati,,hehe
bisnes hot dog lah, burger lah, fries, ngan minuman




inilah kejenya jika takde keje
pulak tuh, laptop cik zira ni takleh nak men game sangat sebab dia lembap
jadinya, men jelah game yang tak berat sangat




sepetangan duk men hot dog bush
dan sampai stage mana dah, give up dah sebab customer sume jenis tak saba
asek nak marah-marah jek, nyampah betul
tangan ada 2 jek, bawa-bawalah bersabar, hisyh





men game pon leh emo kan kan,,hee
sambil men game sambil cakap dengan cutomers padahal bukan dorang dengar pon
cik zira kan, kalau men game, macam betul-betul
yelah, tgk muka customer dah tak saba, dah nak marah-marah, terus suruh dorang bersabar




macam ni ayat cik zira kat dorang, "ala, sabarlah encik, tangan saya ada dua jek, customer ngah ramai ni, encik jangan marah-marah ye."




macam beniaga betul-betul plak kan?
sambil men sambil bercakap
ntah-ntah bik ani kalau dengar cik zira cakap mesti dia heran, cakap ngan sapa lah jira tuh,,




kalau bosan-bosan, cik zira memang suka men games masak-masak
macam cooking academy tuh, dan yang seangkatan dengannya sebab suka masak, men games pon nak yang masak-masak jek,,
games len tak minat sebab malas nak bagi minat pon, nanti addicted payah plak, tak wat keje len kang,,hee







~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 28 julai 2010 1.25 p.m.

dulu happy, sekarang lagi happy



ini dulu, masa APRIL 2008




masa dulu ni,
tetap MERAH
makan nauzubillah, jangan cakap, keje makan jek, pantang nampak makanan, mesti makan
dan happy sebab dapat makan tanpa sebarang sekatan langsung
sebab happy lah sampai badan macam dalam gamba nun ha
paling berat 67 kg







dan ini, sekarang, gamba JUN 2010:




tetap MERAH
tapi, makan sudah dikawal, tidaklah nak makan apa pon tak boleh, masih boleh, tapi dikurangkan kuantiti dan masanya
nak makan boleh kalau teringin, tapi kena aja nafsu makan supaya berwaspada
kalau dulu happy sebab boleh makan apa sahaja, tapi sekarang LAGI HAPPY sebab masih boleh makan apa sahaja tapi nak bergaya pon tak malu macam dulu
dulu pentingkan makan jek, penampilan tuh kurang sebab malu dengan diri sendiri yang membelon dan membulat
tapi sekarang, makan tetap makan cuma lagi yakin dengan diri sendiri
sebab tuh kalau boleh nak kekalkan keadaan macam ni,, tanak dah jadi macam dulu, malu tau
sekarang pon dah berjaya, berat pernah dicapai sekarang ialah 53kg
nak maintain pon tanak lebih dari 55kg, kalau lebih, cepat-cepat kena turunkan balik





syukur alhamdulillah sebab akhirnya ada kesedaran untuk membantu diri sendiri dari terus terjebak membesarkan badan
memang makan dulu sedap, semuanya sedap, tak fikir kalau penyakit senang datang kalau asek makan jek, sebab tuh bersyukur sebab sekarang pon dah beringat dah
sekarang pon setiap kali berbuka dah makan nasi dah sebab atok kata kalau tak makan nasi nanti badan tak kuat
kena makan nasi tapi dalam jumlah yang sedikit, banyakkan makan lauk terutama sayuran






sebab itulah, KALAU DULU HAPPY, SEKARANG LAGI HAPPY!! ^_______*







~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 27 julai 2010 4.10 p.m.

nak dapat macam dalam mimpi boleh?





selamat pagi semuanya
hari ni nak bercerita pasal mimpi boleh?
ini mimpi beberapa hari yang lepas, baru teringat dan nak bercerita dengan semua




dalam mimpi tuh, cik zira dah selamat dipostingkan
dan cik zira dapat kelas yang anak murid dia semuanya baik dan dengar cakap
dalam 10 orang jek macam tuh, sebab kelas tuh kecik jek
cik zira jadi guru kelas dorang




dalam mimpi tu kan, cik zira seronok sangat mengajar dorang
memang pengajaran tuh seronok dan budak-budak tuh pon sangat enjoy blaja
banyak soalan yang dorang tanya dan walaupon dorang budak kampung tapi dorang cuba jugak bertutur guna bahasa inggeris




kiranya, dalam mimpi tuh memang cik zira seronok sangat mengajar
nyata sekali tak sama dengan masa praktikal hari tuh, sampai takut nak masuk kelas mengajar
yang dalam mimpi ni lain sangat




bangun tido pon tersenyum jek
dan dalam hati kata kalaulah dapat posting tempat macam dalam mimpi tuh
dapat budak-budak baik dan dengar kata dalam mimpi tuh
dapat mengajar dengan seronok macam dalam mimpi tuh
ah, alangkah indahnya dunia
hari-hari nak pergi sekolah pon rasa best, rasa tak saba nak jumpa budak-budak tuh
seronoknya,,, =)




kena banyak berdoa
insya Allah, kalau rezeki baik, ditempatkan di sekolah yang baik, bolehlah mengajar dengan baik
tapi, kalau ditempatkan bukan seperti yang diinginkan, jadikan ianya sebagai cabaran
kalau praktikal selama 10 minggu yang azab itu boleh ditempuh, insya Allah, cabaran baru ini juga akan diusahakan menjadi sebagai sebahagian pengalaman yang bernilai,,
insya Allah,,




menjadi seorang cikgu ni, cabaran utama dia memang anak murid, sebab hari-hari kena menghadap anak murid
sebab itulah, kalau dapat anak murid yang baik, yang dengar cakap, yang nak belajar, syukur sangat, takde banyak masalah sangat
tapi, kalau anak murid tuh yang bawa masalah, kena selalu sedia mental dan fizikal untuk berusaha mengubah anak-anak murid ini supaya mereka ada keinginan untuk berjaya




cik zira selalu berdoa, agar ditempatkan di tempat yang baik yang cik zira rasa happy dan seronok mengajar
di mana pon ditempatkan, cik zira hanya berdoa, Allah berikan yang terbaik untuk cik zira
AMIN Ya Rabbal 'Alamin,, =)




gambar tatapan, kenangan semasa trip ke Langkawi tidak lama dahulu:










~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 27 julai 2010 2.00 p.m.

Tuesday, July 27, 2010

dorang kawan yang cik zira sayang




dahulu
masa masih belajar bersama
cik zira, amalina, basyirah dan afiqah sangat rapat
kemana mesti berempat dan yang rajin bawa ktrg jalan-jalan ialah encik mat arep




paling rapat masa kat UUM lah
pergi mana-mana mesti sama-sama
pergi makan mesti nak berempat ni jugak




dulu kalau buat assignment pon mesti 4 orang juga satu kumpulan sebab senang dah nak bekerja, kalau ada presentation pon, mesti berempat ni lah jugak




cik zira rindu saat ktrg bersama
tapi sejak balik maktab, masing-masing dah tak rapat sangat
yelah, masing-masing dah ada kawan sendiri
tp, jauh di sudut hati, cik zira tahu baik cik zira, amalina, basyirah dan afiqah, sama-sama rindu nak bersama macam dulu




jalan sama-sama
makan sama-sama
buat kerja sama-sama
ada masalah selesai sama-sama







seronok mengingatkan kenangan bersama




kini, semuanya dah berakhir dah
masing-masing tak sabar dan berdebar nak memulakan kerjaya sebagai guru sekolah tak lama lagi




tapi tak mengapa, hubungan ni takkan terpisah, pasti akan berkekalan sebab ktrg saling berhubung




amalina duk kajang, basyirah duk kuala terengganu, afiqah duk kemaman
3-3 rumah ni cik zira tak pernah sampai lagi
insya Allah, tak lama lagi ke, dalam setahun ke dorang ada jodoh, pasti cik zira akan pergi sebab cik zira pernah rapat dengan dorang
sebab dorang kawan yang cik zira sayang





buat am, syira dan fiqa
terima kasih sangat sebab berkawan dengan kt dan berkongsi suka duka
korang banyak tolong kt dan kenangan dengan korang takkan kita lupakan
kt sayang korang sangat





kt doakan semoga korang akan bertemu jodoh yang baik-baik dan dapat jaga korang dengan baik
sila jemput hazirah ni ye kalau jodoh dah sampai
sila ye, wajib!!





~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 26 julai 2010 4.26 p.m.

Perlis





dulu kan, masa ngah blaja kat UUM sintok tuh, selama 2 tahun lah rajin ke negeri jiran iaitu Perlis





teringat lagi, nanti sewa kereta, hujung minggu berjalan ke Perlis
Perlis hanyalah sebuah negeri yang kecil sahaja tapi masih ada juga tempat popular yang pasti dikunjungi jika ke sana




selalunya kan, destinasi yang akan dikunjungi jika ke Perlis ialah Padang Besar





kat padang besar ni sapa yang suka membeli-belah sukalah ke sini
macam-macam ada
teringat tau, cik zira kalau pergi Padang Besar, suka beli kacang dalam tin tuh
lepas tuh borong kerongsang banyak-banyak sebab murah,,hee






dan kalau ke Perlis juga, wajiblah ke Fatin Corner
sebab cendol pulut dia memang sedap, memang power, memang terangkat habis!~~
dan selain cendol yang super sedap tuh, ada juga hidangan sedap yang lain seperti nasi ayam dengan bihun sup
memang sedap
korang kalau gi Perlis, pergilah Fatin Corner k
rasalah makanan kat situ terutama cendol pulut dia, alamak ai
teringat plak,,






dan, kalau nak makan seafood, malam-malam teruslah ke Kuala Perlis
situ makan memang sedap
cik zira apa lagi, kalau pergi Kuala Perlis mesti order sotong goreng tepung yang memang sedap






teringatlah kan
dulu kalau blaja kat UUM dekatlah jugak nak ke Perlis
skang ni dah jauh kat JB ni, bila lagilah nak perginya
dan nanti mengajar pon tak tahu lagi kat mana, nak pergi ke Perlis nun memanglah dah susah





takpe-takpe
harap-harap nanti dapat jugak ke Perlis lagi
nak gi Padang Besar menyopping, nak gi Fatin Corner makan cendol pulut ngan nasi ayam pastu nak pergi Kuala Perlis makan sotong goreng tepung





kawan-kawan di Perlis takde sapa nak kahwen ke?
cepatlah, nanti cik zira leh jalan-jalan gi Perlis pulak,,hee
sambil menyelam minum airlah kan,, hikhihkhihk,, ^______*






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 26 Julai 2010 4.15 p.m.

Happy Birthday Chenta Hati 2




27 Julai 1989 - 27 Julai 2010
hari ini, genaplah usia chenta hati 2 cik zira iaitu Mohd Ashraf bin Abdul Rahman 21 tahun





chenta hati 2 sekarang di dalam kem sg besi ATMA, tidak dapat balik bersama kakak merahnya
maka, kakak merahnya mengambil inisiatif untuk membuat 1 entry khas untuk chenta hati 2




buat chenta hati 2 ku,
YAP,
SELAMAT HARI LAHIR ke 21 tahun





rah doakan yang terbaik untuk yap
rah doakan semoga yap berjaya menamatkan pelajaran yap dan dapat bekerja dan berkhidmat dengan baik nanti
rah doakan yap akan sentiasa menjadi hamba Allah yang baik, taat pada-Nya, menjadi seorang anak yang baik, adik yang baik dan sentiasa baik dengan semua




yap,
semoga hari ini dan hari-hari seterusnya membawa seribu kebaikan dan kebahagiaan buat yap





SELAMAT HARI LAHIR wahai chenta hati 2 ku, yap
rah sayang yap sangat





t balik rah banje makan ye,, ^______^






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 26 julai 2010 3.55 p.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails