SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, November 30, 2011

habis November 2011





hari ni hari akhir di bulan November 2011. 30 November 2011.





esok dah masuk bulan terakhir dalam tahun 2011 ni. bulan ke 12. 1 disember 2011.






bila habis hari ni nanti, mulai esok hanya tinggal 11 hari sahaja lagi menuju majlis disember cik zira tu.






alahai, makin dupdapdupdap lah! 





takut!!






bertenang wahai cik zira. buat macam takde apa jek. tak payah fikir pun. baru akan rasa macam takde apa-apa. 






eleh, yelah sangat tak rasa apa. tipu jek tu,,, ^__*







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 30 november 2011 8.08 a.m.

hai lah Jakel, nasib baik takde yang lawa sangat-sangat!





semalam tengah hari, lepas jek menghantar barang hantaran untuk digubah dekat Mutiara Rini, cik zira terus ke Jakel walaupun jalan dah berpusing. tetap gagahkan jugak menuju ke gedung fabrik terkemuka yang tengah mengadakan Jualan Hebat Besar-Besaran itu.






niat awal nak beli kain chiffon je tau. sebab ingat nak tanya mana-mana kedai jahit yang boleh buatkan syria chiffon macam cik zira punya koleksi tu. tu yang cuba jek beli kainnya dulu. nanti bila-bila senang boleh lah hantar jahit. nak jahit sendiri memang tak akan lah! bik ani memang pandai jahit tapi dia sibuk, tak nak lah susahkan dia pulak.






nak dipendekkan cerita. masuk jek memula cari kain lycra, tapi corak semua tak cantik langsung. dahlah mahal pun semeter lepas diskaun. kemudian cari kain chiffon, memang banyak jenis dan kat jakel tampoi tu, harga kain chiffon yang paling murah ialah RM 3.80 semeter. dah puas cari. itu yang paling murah.






akhirnya, puas mencari, cik zira beli jelah kain chiffon bertona sebanyak 3 meter dengan 3 warna berlainan. akak tu kata kalau nak buat tudung semeter cukup untuk 1 tudung. sebab cik zira tunjuk syria layers yang cik zira pakai, dia kata semeter. beli jelah. yang cik zira beli tu semeter RM 4.90 sebab harga asal dalam RM 8.90 macam tu rasanya. alah, jenis kain yang orang dah buat shawl tu. nak cuba lah boleh tak buat syria layer.


nak buat macam syria yang cik zira pakai ni




selain tu, cik zira belikan kain pasang untuk bik ani, atok ngan bik moi. jenis kain cotton biasa tu. harga dia RM 58, tapi harga promosi RM 25. tu yang belikan sorang satu. 






memang ingat kalau ada kain yang cantik coraknya yang cik zira berkenan, nak lah amek untuk diri sendiri jugak. yelah, dah lama kan memang tak tempah baju. baju baru untuk kerja pun takde. lagipun memang tak suka beli kain tempah ni, lambat siap. suka beli yang dah siap, terus pakai, harga pun ok. dan nasib baik tak tengok yang cantik dekat belah atas, yang tu memang banyaklah berkenan, tapi mahal lah memang,, huhu






nasib baik takde yang cantik. cukuplah untuk mereka bertiga di rumah.






cik zira takkan beli kain chiffon 3 meter jek?,,, ;)






tak, mestilah ada tambahan. cik zira beli tudung harga RM 10 sehelai, nak jadikan inner untuk pakai dengan syria chiffon yang jarang. awning dia thai silk, tu yang beli. belilah 5 helai.






jadi, total belanja dekat Jakel RM 139.70 untuk 3 meter kain chiffon, 3 pasang kain cotton dan 5 helai tudung.





padahal niat nak beli kain chiffon tu je yang berharga RM 14.70. dah terlebih-lebih pulak. takpe-takpe, bukan belikan orang lain pun. keluarga sendiri jugak.






kena pesan dekat diri sendiri. nampak gaya makin nak majlis makin banyak membeli belah. padahal duit banyak nak guna ni. siap ada beli koleksi tudung syria baru lagi coming soon... aduhai cik zira. cukuplah. tak nak beli apa-apa dah lepas ni ye. janji!







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 30 november 2011 7.59 a.m.

berbuka puasa 29.11.2011





hari pertama puasa : nasi kerabu + kepak ayam + laksa penang
hari kedua puasa : nasi + sambal petai + magi goreng






hari ketiga ?






nasi + tempe goreng masak kicap + gulai ikan tongkol. menu lain untuk bersahur jam 10.30 malam ialah bihun goreng taucu.


bihun goreng taucu, tempe masak kicap by bik ani. 
gulai ikan tongkol, putu piring beli punya.





cik zira suka puasa. selain dapat tahan nafsu makan yang melampau di siang hari, bila tiba saat berbuka tu, rasa nikmat je. dan bila malam sambil makan tengok tv pulak, rasa santai je.






cik zira, suka sangat makan malam. isyh-isyh. bukan elok pun!






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 30 november 2011 7.41 a.m.

Tuesday, November 29, 2011

dia yang banyak jasanya.





kalau ada pembaca blog MERAH yang seringkali terbaca tulisan cik zira tentang bik ani dan tertanya-tanya siapalah bik ani tu kan. ha, ni cik zira nak cerita lagi. atok moyang cik zira keturunan jawa. jadi, kitorang panggil makcik kitorang semua ada panggilan bik di depan nama. macam bik ani, bik sah, bik idah, bik moi, bik hanifa. bik tu maksudnya makcik. jadi, bik ani yang selalu cik zira cerita lagi-lagi pasal makan tu, adalah makcik cik zira. kakak kepada abah.






cik zira adik beradik tinggal dengan atok dan bik ani lepas je mak meninggal. jadi, memang banyak jasa bik ani dan atok buat cik zira dan adik-adik. sehinggalah untuk ke majlis disember nanti, bik ani banyak sangat tolong cik zira. dah macam mak sendiri yang jaga anak-anaknya dengan baik.






semalam, dalam pukul 11 lebih, cik zira menghantar bik ani ke pasar larkin, bik ani nak masuk singapura sebab nak menghantar kad dekat sedara yang tinggal dekat sana. selalu memang bik ani akan naik teksi atau ada kereta yang masuk terus ke singapura hantar terus ke destinasi. dalam SD 12 ke SD 14. senang. bik ani balik pun petang, pukul 5 dah sampai rumah.


seorang wanita yang baik, berbakat, cekal dan tabah. 
respect dengan bik ani.
(gamba semalam bik ani nak ambil teksi di pasar larkin ke singapura)





memang banyak jasa bik ani buat cik zira. cik zira hanya mampu berdoa semoga bik ani akan selalu dimurahkan rezeki oleh Allah. dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang berpanjangan. bik ani dah macam mak sejak mak dah takde. dah jaga cik zira adik beradik dengan baik. tak tahu macam mana nak balas budi bik ani. bik ani memang terbaik!!








~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 29 november 2011 8.03 a.m.

bekas hantaran





cik zira ni jenisnya yang suka membeli, menyimpan dan membuat koleksi.






sebab itulah, untuk majlis disember nanti, cik zira dah berhabis banyak jugaklah sebab hampir kesemuanya cik zira beli sendiri dan tidak menyewa. 






cik zira jenis yang lebih rela belanja lebih sikit asalkan dapat barangnya. tak suka bayar tapi tak dapat barang. yelah, kalau sewa, memang bayar murah, tapi nanti tak dapat apa-apa pun, cuma masa hari langsung sahaja. tapi, kalau beli sendiri, keluar duit, dapat barangnya dan boleh simpan untuk kegunaan masa depan. 






macam tu lah kiranya.






memang sekarang, tak dinafikan kalau pergi jek ke kedai perkahwinan, banyak sangat bekas hantaran yang cantik-cantik. geram jek tengok dan harga pun ikutlah reka bentuk dan bahannya. ada yang jenis rotan, ada yang jenis besilah, kayulah dan macam-macam lagi.






cik zira dan buah hati beli bekas hantaran masa pergi nilai jun yang lepas. beli pun jenis bakul dan kotak sebab nak guna balik nanti untuk letak apa-apa kan.






hantaran nanti, buah hati bagi 5 kotak untuk cik zira. cik zira akan balas 7 bakul.






bekas hantaran buah hati, buah hati bagi kotak silver. cik zira balas dengan bakul warna cream. simple je kan. takpe, boleh guna balik bekasnya tu, tu yang penting,,, =)


 5 kotak silver

7 bakul cream




gubahan hantaran cik zira dah hantar pagi tadi. nak cerita lebih lanjut pasal hantaran, tunggu lepas majlis ye. macam mana rupanya, siapa yang gubahnya, berapa harga gubahannya. itu semua tunggu lepas selesai majlis sebab cik zira niat nak cerita lebih lanjut pasal majlis disember lepas selesai nanti. supaya dapat gambaran lebih jelas tentang persiapan cik zira menuju disember. boleh cik zira kongsikan kepada bakal pengantin nanti. lagi details, dari A sampai ke Z, cik zira akan ceritakan. dari cinonet ke gedabak, cik zira akan kongsikan. Insya Allah.






barang hantarannya apa ye? biasa sahaja, benda biasa yang orang akan bagi. semua yang buah hati bagi nanti cik zira akan guna dan jaga dengan baik. termasuk kotak bekas hantaran tu dan bakul tu pun dapat kat cik zira balik sebab dah pesan dekat buah hati, semua bekas simpan sebab boleh guna balik,, ^__^






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 29 november 2011 8.25 a.m.

berbuka puasa 28.11.2011





semalam hari kedua berpuasa. kalau hari pertama menu berbuka cik zira ialah nasi kerabu dan sahur dengan magi goreng. hari kedua menunya tetap nasi. yelah bila dah berpuasa ni, nak berbuka mestilah cari nasi sebab nak kembalikan tenaga.






oleh sebab semalam berpuasa hari isnin, jadinya makanan berbuka pun beli di pasar malam sahaja sebab bik ani masuk singapura menghantar kad dekat sedara di sana. 






jadi, menu berbuka cik zira untuk hari kedua, semalam ialah nasi + sambal tumis petai + sayur lemak + air soya. peh, cik zira kalau dah dapat sambal petai, memang terbaiklah! habiskan kalau boleh.






jadi, semalam, semangkuk kecil sambal petai berharga RM 3 tu cik zira punya sorang. sampai licin cik zira makan. pulak tu memang dah lama tak pekena sambal petai. sayur pun cik zira licinkan jugak. memang senang ceritalah, makanan malam semua habis cik zira makan,,, =)






makan nasi dengan habiskan lauk buat cik zira kenyang sangat. berehat dulu lepas makan, kemudian solat maghrib.






malam tadi tengok cerita zahiril adzim dengan wan sharmila berlakon, cerita setitis hidayah sempena maal hijrah dekat tv3. comel zahiril berlakon dalam cerita tu. sambil tengok tv, setelkan kain basuhan semua, sahur pulak pukul 9 lebih nak dekat kul 10. makan laksa penang kampung melayu RM 1 yang sedap tu.






dan alhamdulillah, hari ni berpuasa untuk hari ketiga. bestkan bila dah ganti puasa awal ni, boleh buat puasa sunat pulak,,, =)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 29 november 2011 7.53 a.m.

Monday, November 28, 2011

hadiah untuk orang kenduri kesyukuran





Assalamualaikum.







seperti yang dah ramai tahu, majlis cik zira akan diadakan pada 11 disember nanti, pada hari ahad. tapi, pada malam sebelumnya, sabtu malam, 10 disember tu, abah, atok dengan bik ani akan adakan majlis kenduri kesyukuran untuk orang surau lelaki dan untuk keluarga terdekat. memang kebiasaannya, rumah atok ni akan ada majlis kenduri kesyukuran jika ada majlis perkahwinan pada esok harinya.






jadi, cik zira dah sediakan mangkuk bercorak sebanyak 50 biji untuk diberikan kepada tetamu yang hadir. dalamnya tu nanti mungkin akan diisi kerepek. tapi kerepek tak dibeli pun lagi. kiranya nanti orang surau dan keluarga terdekat ke yang datang malam tu, akan dapat sedikit cenderahati untuk dibawa pulang. 








bunga telur berwarna MERAH-putih juga akan diberikan kepada mereka yang datang pada malam itu.






cik zira setiap hari berdoa semoga semuanya berjalan dengan lancar.






nanti, cik zira akan ceritakan lagi sikit-sikit pasal persiapan cik zira ye. lagi 13 hari je lagi. tapi takdelah sibuk pun buat persiapan sebab takde apa pun nak buat. mungkin lagi 2-3 hari nak majlis tu dah mula sibuk. sekarang boleh rilek-rilek dulu,,, =)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 27 november 2011 8.20 a.m.

sudah berpuasa semula. dah lama tak puasa kan, penatnya lain macam.




Alhamdulillah, semalam cik zira dah mula berpuasa balik. kalau bukan puasa sunat, cik zira akan niatkan puasa cik zira untuk arwah mak. mana yang cik zira mampu, cik zira akan puasakan untuk arwah mak. sebab puasa ganti memang selalu dah siap ganti masa raya, jadi banyak masa yang ada untuk puasa sunat dan puasakan mak.






jadi, dah mula puasa semalam. dek kerana sejak lepas puasa ganti masa syawal tu, memang dah tak puasa lah sampai ke sudah. makan memang terlebih sudah. bila mula jek puasa balik, rasa badan penat semacam. melepek jek kat rumah. tapi petang gagahkan jugak badan pergi berjalan dengan bik ani menghantar kad rumah sedara dan pergi pasar malam.






apa lagi, menu untuk berbuka yang bermain di minda ialah nasi kerabu. peh, sedap. biasalah kalau puasa ni memang selera dan keinginan makan tinggi betul. macam boleh jek makan semua kalau boleh. jadi, belilah cik zira nasi kerabu + lauk kepak ayam. buka puasa jek, makan sampai licin. siap tambah kepak ayam goreng pulak seketul lagi lepas nasi dah habis.






masa tengok bola makan magi goreng pulak, untuk sahurlah kononnya. sahur pukul 9 lebih, bagus betul. cik zira kan susah nak sahur. kalau sahur pun minum air jek. tu yang selalu makan malam. memang dari dulu payah beno nak sahur pagi.






ok, semalam dah nasi kerabu + kepak ayam 2 ketul + magi goreng.






hari ni berbuka nak makan apa pulak ye?






esok cik zira cerita pulak ea. makan apa lah cik zira berbuka karang,,, ^___*






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 28 november 2011 7.45 a.m.

Kasihan Pasukan Malaysia





mungkin dengan menganggap telah mendahului dengan 2-0 dan mungkin dengan menganggap pasukan Bahrain dengan 10 pemain tak mungkin akan dapat gol membuatkan harimau muda leka. leka untuk bertahan dan tidak cuba untuk menyelamatkan pemain bahrain dari terlepas ke gawang dan mendapat 3 gol sekaligus dalam masa yang singkat dan mengalahkan pasukan malaysia.






ini pengajaran buat pemain kita. pengajaran yang tidak bermakna mendahului 2-0 itu pasti akan menang. masa yang ada pasti akan terjadi apa sahaja.






kecewa betul. macam tak percaya pun ada tengok bola semalam. tapi, apakan daya, rezeki memang berpihak kepada Bahrain yang berusaha keras dan hasilnya, kemenangan milik mereka.






dan lepas ni, kena pakai jersey MERAH lah kot sebab pasukan yang pakai jersey MERAH selalu menang. betul tau, tak tipu! MERAH tu ada tuah sebenarnya,,, =)






oh, buat harimau muda. perlu belajar banyak lagi. buat jurulatih, Ong Kim Swee, kerah lagi anak-anak harimau muda itu supaya ada strategi yang lebih mantap dan pasukan pertahanan yang tidak mudah leka. cuba kuatkan latihan larian sebab pemain kita pancit sikit tang larian dan bab tendangan sudut, payah betul nak lepas walau dapat banyak kali. kalau pasukan lawan dapat sudut, senang pulak nak gol.






ini cuma pendapat dari seorang peminat dan penyokong pasukan harimau muda yang tak pandai pun main bola, tapi pandai bercakap je. tapi, mana tahu perkara ni betul dan perlu diambil perhatian oleh keseluruhan team harimau muda jika hendak terus disokong rakyat. Insya Allah.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 28 november 2011 7.36 a.m.

Sunday, November 27, 2011

nak masak pun kena ada padanan lauk yang sesuai





cik zira kan belum masih berkesempatan masak memasak ni. dulu masa kat UUM, memang masak sendiri sebab nak jimat dan makan banyak. tapi sejak dah balik tinggal dengan atok dan bik ani, tiada dah masak memasak. hanya makan makan sahaja besarkan badan,,, ;)






oh, bukan pasal masak memasak sebenarnya cik zira nak cerita. cik zira nak cerita pasal padanan lauk yang sesuai untuk dimasak dan dimakan.






betul kan para isteri dan kaum ibu yang memasak, kalau nak masak lauk, mestilah ada padanan lauk yang sesuai. maksudnya, kalau dah ada lauk lemak, mesti nak padankan dengan lauk sambal, baru sedap. sayur pun tak payah sayur berkuah dah sebab dah ada kuah, jadi sayur goreng sahaja sudah cukup.


kuah lemak vs. kuah sambal = baru syok!




kalau dah ada kuah contoh lauk sup ke, lebih sedap kalau ada ayam atau ikan goreng. tak perlu dah lauk berkuah sebab dah ada sup.






lebih kurang macam tu lah kan padanan lauk yang sesuai kan. cik zira kalau setiap hari tengok lauk yang bik ani masak, sememangnya bik ani seorang yang pandai gabungkan lauk untuk dimakan dengan bernikmat. dah macam-macam lauk cik zira makan bik ani masakkan dan semuanya sedap dan cik zira suka.






lagi satu, kalau dalam satu hidangan tu cik zira tengok, bik ani mesti akan masak lauk seperti ayam atau ikan yang akan digandingkan dengan 1 lauk lain dan kemudian mesti ada sayur. kiranya paling sikit bik ani akan masak 2 lauk, tapi selalunya akan ada 3-4 lauk dalam satu hidangan. heaven kan rasa tukang makannya macam cik zira ni, macam-macam lauk ada,,, hehe






jadi, nanti bila dah tiba masa cik zira kena masak memasak semula, cik zira kena belajar jugak padanan lauk sesuai untuk dimasak dan dihidangkan. Insya Allah.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 27 november 2011 8.10 a.m.

Cucu lelaki pertama tokyam yang kahwin.




semalam, 26 november, merupakan majlis resepsi sebelah lelaki, iaitu Firdaus Aziz, sepupu belah mak cik zira. dia merupakan cucu lelaki pertama tokyam dah selamat mendirikan rumah tangga.


cik zira : 26.11.2011




sebelum ni, hanya sorang je cucu tokyam, kak nurul selamat berkahwin dan dah ada 2 anak lelaki dah. sekarang, tahun ni, 3 orang sekaligus akan ikut jejak langkah kak nurul pula berumah tangga. semalam giliran firdaus atau kitorang panggil cipi. minggu depan ni, 3 disember, giliran qila, anak mak jah. dan minggu selepas itu, giliran anak abah dan arwah mak pula, si MERAH ini,,, =)






semalam pergi makan nasi minyak + ayam + daging + kambing + acar. lepas habis makan nasi, makan mee rebus pulak. nak makan laksa johor tapi semua orang dah habis makan. pastu tak naklah nanti orang kata cik zira tamak haloba, selagi ada makanan nak dimakan. segan plak. cukuplah nasi dan mee rebus.






bergambar dengan pengantin. alahai, sungguh comel pengantin perempuan. kira macam sepupu ipar kitorang lah. welcome tu tokyam's family ye widad! sempat berbual dengan widad dan ye, dia memang sangat comel. kecik molek jek orangnya. berpimpin tangan jek si pengantin baru.


lagi 2 minggu, si baju hitam tu pulak,,, ^___*




dah cukup jumpa sedara mara tokyam semua, salam dan jemput menjemput, tibalah masa untuk pulang, cik zira datang berdua dengan bik ani sambil singgah rumah sedara atok hantar kad jemputan. mak ngah bagi lah hadiah sebelum pulang. untuk dewasa dapat cawan yang comel dari SSF dan telur pindang. untuk kanak-kanak dapat beg comel dalam tu ada jajan + air kotak. suka sangat hadiah untuk tetamu. simple tapi comel.






selesai dah untuk pak ngah dan mak ngah. lega semalam tanya mak ngah. 2 minggu lagi tinggal datang majlis qila dan cik zira jelah. anak teruna dia satu-satunya dah lepas bergelar suami si widad.


pengantin dengan si luqman, anak kak nurul. comel jek.





Tahniah Cipi dan Widad. cik zira doakan semoga berkekalan sehingga ke akhirnya. Amin.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 27 november 2011 7.50 a.m.

Saturday, November 26, 2011

alahai sri ayu





ada yang panggil sri ayu, ada yang pangil puteri ayu. walau apa pun namanya, kuih ni tetap dipandang ayu.






berwarna hijau dan ada kelapa sikit di bahagian atasnya. memang sangat sedap untuk dimakan.






semalam, bik ani cik zira rajin buat kuih sri ayu ni. dia kata saja nak cuba acu, takut dah lama tak buat melekat. tapi okey jek nampaknya. jadi cantik sangat kuih. dan sangat sedap.






bik ani buat banyak. siap bagi kat sedara. masa nak bagi kat uma buyut, cik zira dan makan dalam kereta 2 biji. tak tahan tengok kejelitaan kuih sri ayu.



sedap!!




untung kan orang pandai masak semua makanan macam bik ani ni. pulak tuh semua sedap. dan untung jugak cik zira jadi anak sedara bik ani, duduk dengan bik ani, semualah cik zira habiskan,,, ;)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 26 november 2011 7.40 a.m.

makan hebat semalam






bukan hebat apa, cuma makan yang banyak dan banyak kali bila dah mula cuti ni. cik zira senaraikan ye apa yang cik zira makan semalam, di hari jumaat.




 makan tengah hari

makan malam



  • di sebelah pagi sarapan bakso. tak sampai sejam makan soto nasi plak. ok fine, perut memang tak kenal erti kenyang agaknya. mulut pun tak kenal erti berhenti mengunyah. huhu
  • tengah hari, makan nasi + sayur + sambal tempe + ikan caru bakar + sambal kicap + milo ais 2 cawan. ini makan macam dekat kedai siap ada 2 pinggan sebab nak ratah makan ikan bakar tu cicah sambal kicap.
  • petang dalam kul 4 cam tuh, makan keropok lekor entah berapa batang dengan popia goreng pun berapa biji entah. tapi sebelum tuh dah makan kuih bik ani buat, kuih sri ayu, 3-4 biji.
  • dalam kul 6 lebih plak makan bihun hong kong yang penuh semangkuk jugak.





aduhai. lepas tuh malam tadi tido awal. lepas isyak jek dah stand by atas katil, tutup lampu. cik zira tido sebelum pukul 9 malam okeh. akibat terlampau kenyang lah tu,, hehe. lepas tuh pukul 1 lebih terbangun, nak tido balik dah susah. nasib baik bangun tak teringin nak makan lagi, kalau tak memang hebatlah semalam.
niat nak puasa tau nak dekat majlis ni. tapi, nampaknya, korang pun nampak kan sama ada tercapai ke tidak niat cik zira tu. aduhai...






p/s hari ni sepupu cik zira belah mak ada majlis resepsi di dewan nun di skudai. lepas tu sekali menghantar kad dengan bik ani kat rumah sedara. makan dan sibuk jugak hari ni macam hari semalam.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 26 november 2011 7.33 a.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails